Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Rengit

Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Rengit Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di Tel: 07-424 1268 / Fax: 07-424 2370

17/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG

Encik Muhammad 'Izzuddin bin Mohd Azman
Penolong Pentadbir Tanah I
(Pembangunan dan Pelupusan)
Pejabat Tanah Batu Pahat

LAWATAN KERJA INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) KE PEJABAT TANAH DAERAH KECIL RENGITRengit, 13 Ogos 2026 β€” Pejabat...
14/08/2026

LAWATAN KERJA INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) KE PEJABAT TANAH DAERAH KECIL RENGIT

Rengit, 13 Ogos 2026 β€” Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit telah menerima kunjungan rasmi daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) bagi melaksanakan kajian berkaitan prosedur tindakan pentadbiran tanah terhadap tanah bermilik yang terkesan akibat fenomena maraan atau munduran laut atau sungai di Daerah Kecil Rengit.

Delegasi INSTUN seramai lima (5) orang telah diketuai oleh Encik Mohd Zulkifli bin Ani, Ketua Pasukan Kajian, Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah. Lawatan ini bertujuan mendapatkan input serta maklumat lapangan bagi menyokong kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak INSTUN.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Encik Mohamad Noor Azam bin Sulaiman. Seterusnya, satu sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa serta situasi pentadbiran tanah di kawasan yang terlibat, khususnya yang berkaitan dengan perubahan sempadan fizikal akibat kesan hakisan dan pergerakan garis pantai serta sungai.

Selepas sesi taklimat di pejabat, lawatan kerja diteruskan ke Kampung Berong Laut bagi meninjau sendiri keadaan sebenar di lapangan. Lawatan ini membolehkan delegasi melihat dengan lebih jelas kesan fenomena maraan atau munduran laut dan sungai terhadap tanah-tanah bermilik di kawasan berkenaan.

Lawatan kerja ini diharap dapat memberikan sumbangan signifikan kepada penambahbaikan kajian serta memperkukuhkan pelaksanaan prosedur dan tindakan pentadbiran tanah yang berkaitan dengan isu perubahan fizikal kawasan pesisir dan sungai.

Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak INSTUN atas kunjungan serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi lawatan ini.












13/08/2026
𝐀𝐋 π…π€π“πˆπ‡π€π‡HARI HOL HARI MEMPERINGATI KEMANGKATAN π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ 𝐈𝐁𝐍𝐈 π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπ’πŒπ€πˆπ‹21 JULAI BERSAMAAN ...
20/07/2026

𝐀𝐋 π…π€π“πˆπ‡π€π‡

HARI HOL HARI MEMPERINGATI KEMANGKATAN

π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ 𝐈𝐁𝐍𝐈 π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπ’πŒπ€πˆπ‹

21 JULAI BERSAMAAN 6 SAFAR 1448H

Ikhlas Daripada
Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit
Serta Warga Kerja
Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Rengit

12/07/2026

13 JULAI DIISYTIHAR CUTI PERISTIWA BAGI NEGERI JOHOR

Tarikh 13 Julai 2026 telah diisytiharkan sebagai CUTI PERISTIWA BAGI NEGERI JOHOR bagi menghargai para pengundi yang keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16.

Bagaimanapun, terdapat poster dan infografik palsu serta memanipulasi pemberitahuan cuti peristiwa berkenaan didapati tular di media sosial.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan atau mempercayai infografik palsu yang tular berkenaan kerana ia tidak dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor mahupun Media Digital Johor.

Sebarang maklumat yang terkandung dalam infografik berkenaan, termasuk penjelasan mengenai pelaksanaan cuti bagi sektor tertentu, tidak mewakili kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Johor.

Orang ramai disaran mendapatkan maklumat hanya daripada saluran komunikasi rasmi Kerajaan Negeri Johor bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.




12/07/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π π€πŠπ‡ππ€π‘

ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π π‚π”π“πˆ ππ„π‘πˆπ’π“πˆπ–π€ 𝐏𝐀𝐃𝐀 πŸπŸ‘ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” (πˆπ’ππˆπ) ππ€π†πˆ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π“π€β€™π™πˆπŒ π’π„πŒππ„ππ€ ππˆπ‹πˆπ‡π€π π‘π€π˜π€ π”πŒπ”πŒ 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„-πŸπŸ”

12/07/2026

Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengumumkan pada tarikh 13 Julai 2026 (Isnin) sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) di Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16.

Semoga lembaran baharu pentadbiran Kerajaan Negeri terus memacu Johor ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan demi manfaat seluruh rakyat.



πŸ—“οΈ27 JUN 2026 / SABTU🏒DEWAN MAKMUR RENGITπŸ“ Sekitar Hari Penamaan CalonPRN Johor Ke-16 | DUN N.25 RengitAntara suasana ya...
27/06/2026

πŸ—“οΈ27 JUN 2026 / SABTU
🏒DEWAN MAKMUR RENGIT

πŸ“ Sekitar Hari Penamaan Calon
PRN Johor Ke-16 | DUN N.25 Rengit

Antara suasana yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya Hari Penamaan Calon di DUN N.25 Rengit.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi memastikan perjalanan proses berjalan dengan lancar, teratur dan harmoni.



Address

PEJABAT TANAH DAERAH KECIL RENGIT
Rengit
83100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074241268

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Rengit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Rengit:

Shortcuts

Share