Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin

Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin (MGPKDR) ditubuhkan pada 19 Julai 2021.

Penubuhan MGPKDR adalah bertujuan untuk menyatupadukan semua guru Pendidikan Khas dan meningkatkan kecemerlangan Murid Bekeperluan Khas (MBK).

MGPK DAERAH ROMPIN merakamkan ucapan tahniah kepada Guru-guru Pendidikan Khas Daerah Rompin yang telah menerima APC Bagi...
28/06/2024

MGPK DAERAH ROMPIN merakamkan ucapan tahniah kepada Guru-guru Pendidikan Khas Daerah Rompin yang telah menerima APC Bagi Tahun 2023 di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cermelang 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Rompin yang diadakan pada 27.6.2024 bertempat di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin.

Daripada ,
Pengerusi & Seluruh Ahli MGPKDR 2024

27.4.2024Part 6Warna warni Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin Alhamdulillah, gambar ikut warna, geng girl mgpkdr ...
28/04/2024

27.4.2024
Part 6
Warna warni Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin

Alhamdulillah, gambar ikut warna, geng girl mgpkdr dan geng boy mgpkdr. Terbaik. Semua satu kepala ajak gambar semua mari belake. 😂😂😆😆.

Semoga teruskan ukhwah demi kemenjadian Pendidikan Khas Daerah Rompin

Akhir kalam, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Renjis Katering. Memang menyediakan hidangan yang terbaik dan sedap di kawasan muadzam. Menu yang sangan rendah dan jimat. Sesuai dengan pelbagai program. Kafe free je, bayar makan je. Boleh contact khalil renjis +6016-9194001 dan Lily White. Owner Renjis. Jangan lupa sebut nama Cikgu Afid. Nanti ejas diskaun ngan owner🤭🤭🤭

27.4.2024Part 5Penyerahan Nota Serahan Tugas kepada Pengerusi BaharuAlhamdulillah, Ahli MGPKDR sebulat suara bersetuju u...
27/04/2024

27.4.2024
Part 5
Penyerahan Nota Serahan Tugas kepada Pengerusi Baharu

Alhamdulillah, Ahli MGPKDR sebulat suara bersetuju untuk Melantik Cikgu Faisal guru PPKI dari SK Kampung Kolam sebagai Pengerusi Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin 2024/2025 selepas menggantikan Cikgu Afid yang berpindah ke Daerah Rompin.

27.4.2024Part 4Lambaian Kasih Cikgu Afid Tahniah Cikgu Afid Ainzat Suhaimi selaku Pengerusi MGPKDR 2024/2025 kerana tela...
27/04/2024

27.4.2024
Part 4
Lambaian Kasih Cikgu Afid

Tahniah Cikgu Afid Ainzat Suhaimi selaku Pengerusi MGPKDR 2024/2025 kerana telah berkhidmat di Rompin.

Sekarang beliau telah berpindah ke Daerah Maran. Semoga terus cemerlang di tempat baru. Kami warga MGPKDR sentiasa merindui Cikgu Afid.

27.4.2024Part 3Penyerahan Surat Lantikan Kepada AJK MGPKDR 2024/2025Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Yaz...
27/04/2024

27.4.2024
Part 3
Penyerahan Surat Lantikan Kepada AJK MGPKDR 2024/2025

Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Yazid Bin Kamarudin (KPPD). Tahniah kepada semua AJK MGPKDR atas perlantikan dan penyerahan surat lantikan. Terima kasih telah bertungkus-lumus dalam melaksanakan program tahun ini.

Muafakat yang kuat akan membawa kepada kerjasama yang erat. Semoga semua perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.



27.4.2024Part 2Sumbangan Jamuan Raya Dari Semua PPKI di Daerah Rompin (Potluck)Terima kasih diucapkan kepada semua  Pend...
27/04/2024

27.4.2024
Part 2
Sumbangan Jamuan Raya Dari Semua PPKI di Daerah Rompin (Potluck)

Terima kasih diucapkan kepada semua Pendidikan Khas Daerah Rompin atas sumbangan jamuan raya yang sangat sangat sedap dan mengenyangkan.

Kemaafan dipinta Kemeriahan dirasai,
Terima kasih Puan Norzafarlini (Timbalan Sektor Pembelajaran) atas Sumbangan Kek yang Sangat Sedap.



27.4.2024Part 1Jamuan Hari Raya Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan ses...
27/04/2024

27.4.2024
Part 1
Jamuan Hari Raya Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah majlis kita kali ini turut dihadiri Tn Hj Mohd Yazid (KPPD) & Pn Nur Zafalini (Timbalan Sektor Pembelajaran) PPD Rompin, PPD Rompin Unit Pendidikan Khas Encik Khairizat Bin Ahmad Awangku Khairizat Ahmad, Pengerusi MGPKDR Cikgu Afid Ainzat Suhaimi, Barisan AJK MGPKDR dan Semua Guru - Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin.

Sangat sangat meriah dan seronok. Ukhwah dibina persabahatan dijalin. Majlis jamuan hari raya berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga talian persahabatan berkekalan sampai bila bila.

Terima kasih & tahniah semua.

Assalamualaikum wbtKepada: Semua warga MayaJemputan menyertai Bacaan Yasin & Doa Selamat buat rakan-rakan yang ditimpa u...
18/04/2024

Assalamualaikum wbt

Kepada:
Semua warga Maya

Jemputan menyertai Bacaan Yasin & Doa Selamat buat rakan-rakan yang ditimpa ujian(sakit) secara maya

Untuk makluman semua, seorang ahli MGPK Rompin Cikgu Solehin sedang dirawat di Wad ICU.

Tarikh : 18.4.2024 ( Khamis)
Masa : 8.00 pm
Medium: GOOGLE MEET
Link: https://meet.google.com/mnr-xczs-xgo
Pengelola : MGPK DAERAH ROMPIN
Bacaan Diketuai : USTAZ SHAHIDDIN BIN SAAD - PPKI SK KERATONG 1

"Keprihatinan Kita membawa makna Seribu Kasih Sayang"

Ikhlas daripada,
PENGERUSI MGPKDR

12/12/2023

Address

Rompin

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 12:00

Telephone

+60123456789

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share