25/01/2026
Tioman Surfest 2026 di Kampung Juara
Tioman Surfest 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Juara, Pulau Tioman bermula pada 23 hingga 25 Januari 2026. Festival sukan luncur ombak ini berjaya menarik penyertaan peserta dari pelbagai negara, sekali gus menjadikan Pulau Tioman sebagai tumpuan pelancong dan peminat sukan air antarabangsa.
Sepanjang penganjuran festival, aspek keselamatan dan ketenteraman awam telah diberi keutamaan sepenuhnya. Kawalan keselamatan telah dilaksanakan oleh anggota Balai Polis Pulau Tioman, yang diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Pulau Tioman, Inspektor Mohd Firdaus bin Mohamad bersama anggota RCJ Balai Polis Pulau Tioman,turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Pulau Tioman, Bomba dan KKM.
Penugasan kawalan ini bertujuan untuk memastikan keselamatan pengunjung, peserta serta penduduk setempat sentiasa terjamin, selain mengekalkan suasana aman dan terkawal sepanjang festival berlangsung.
Hasil kerjasama yang baik antara pihak penganjur dan pasukan keselamatan, Tioman Surfest 2026 telah berjalan dengan lancar, teratur dan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, sekali gus mencerminkan kecekapan pengurusan serta komitmen semua pihak yang terlibat.