26/07/2026
“Visi pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sejak 2018 perlu diteruskan demi menjamin masa depan ekonomi Negeri Sembilan.
Timbalan Setiausaha Agung Keadilan, Aidi Amin Yazid berkata dua hari lalu, projek pembangunan berskala besar itu bukan sekadar pelan pembangunan negeri, sebaliknya merupakan agenda transformasi ekonomi jangka panjang yang berpotensi mengubah landskap pelaburan negara.”
Entah lah....
Kebetulan p**a “visi Aminuddin” itu hampir sama bulat-bulat dengan projek Malaysia Vision Valley yang telah dilancarkan sejak 2017 oleh kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak bersama Tok Mat.
Bukan sekadar nama yang sama.
Butirannya pun hampir salin dan tampal:
Kawasan pembangunan:
2017: kira-kira 153,000 hektar meliputi Seremban dan Port Dickson.
2026: 153,411 hektar di Seremban dan Port Dickson.
Sasaran pelaburan:
2017: RM290 bilion.
2026: RM294 bilion.
Tempoh pembangunan:
Kedua-duanya sehingga tahun 2045.
Lokasi sama.
Skala hampir sama.
Nilai pelaburan hampir sama.
Tempoh siap pun sama.
Tetapi sekarang diceritakan seolah-olah ini “visi pembangunan Aminuddin” yang baru diterajui sejak 2018.
Hebat juga kebetulan ini.
Projek dilancarkan Najib dan Tok Mat pada 2017, kemudian setahun selepas itu bertukar kerajaan, lalu projek lama diberi nombor “2.0” dan dijual semula sebagai visi baharu.
Tukar nama sedikit, tukar pembungkusan, kemudian ambil kredit penuh.
Kalau betul mahu bercakap tentang kesinambungan pembangunan Negeri Sembilan, nyatakan sahaja dengan jujur bahawa MVV 2.0 ialah ciplak projek Malaysia Vision Valley yang sudah dimulakan kerajaan BN sebelum 2018.
Kalau langsung takde visi, cakap saja takde visi. Mengaku saja telah ciplak Tok Mat dan Najib.
PH boleh jujur sikit tak?