Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam

Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam 𝐔𝐧𝐒𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐒 𝐊𝐞𝐬𝐒𝐑𝐚𝐭𝐚𝐧 | ππŠπƒ π’πšπ›πšπ€ 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦
~Medium penyampaian infomasi kesihatan semasa dan mempromosikan gaya hidup sihat kepada komuniti.~

πŸ›‘PROGRAM FUN RUN BINJAI JAYA 2026 – JOM SIHAT BERSAMAπŸ›‘πŸ“†Tarikh : 16 Ogos 2026 🏫Tempat : Terminal Bas Merbau Berdarah, Par...
16/08/2026

πŸ›‘PROGRAM FUN RUN BINJAI JAYA 2026 – JOM SIHAT BERSAMAπŸ›‘

πŸ“†Tarikh : 16 Ogos 2026
🏫Tempat : Terminal Bas Merbau Berdarah, Parit 16 Sungai Panjang

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam telah dijemput untuk membuka booth Pameran Kesihatan dan Saringan Kesihatan kepada semua tetamu yang hadir sempena Program Fun Run Binjai Jaya 2026.

Dalam program ini, Unit Promosi Kesihatan Daerah telah membuka booth Pameran Kesihatan sebagai medium pendidikan dan perkongsian maklumat berkaitan penyakit Demam Denggi dan penyakit HFMD kepada para peserta dan komuniti yang hadir.

Turut disediakan perkhidmatan Saringan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Merbau Berdarah, memberi peluang kepada para tetamu untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mengetahui status kesihatan masing-masing.

Program seperti ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat untuk aktif melakukan aktiviti fizikal, malah turut menekankan kepentingan pencegahan penyakit, pengesanan awal dan penjagaan kesihatan secara berterusan.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini dapat terus membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan sejahtera dalam kalangan masyarakat.

🌿 Aktif bergerak, sihat bersama
🩺 Saring kesihatan, cegah penyakit
❀️ Kesihatan tanggungjawab kita bersama








πŸ›‘LAWATAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH KE LOKASI PERTANDINGAN SUKMA SELANGOR 2026πŸ›‘πŸ† SUKMA XXII SELANGOR 2026πŸ“† 15 Ogos 2026πŸ“ D...
15/08/2026

πŸ›‘LAWATAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH KE LOKASI PERTANDINGAN SUKMA SELANGOR 2026πŸ›‘

πŸ† SUKMA XXII SELANGOR 2026
πŸ“† 15 Ogos 2026
πŸ“ Dewan Seri Bernam, Sungai Besar

Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Dr. KawseΒ­lyah Juval, telah mengadakan lawatan ke Dewan Seri Bernam, salah satu lokasi pertandingan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Lawatan ini bertujuan melihat sendiri kesiapsiagaan serta pelaksanaan tugasan oleh Pasukan Perubatan dan Pasukan Operasi Akta 852 yang bertugas sepanjang berlangsungnya kejohanan.

Dalam lawatan tersebut, Dr. KawseΒ­lyah Juval turut berkesempatan menyantuni dan bergambar bersama anggota Pasukan Perubatan serta Pasukan Ops Akta 852 sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang diberikan dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang temasya SUKMA Selangor 2026.

Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas yang sentiasa komited menjalankan amanah demi memastikan aspek kesihatan dan kesejahteraan atlet, pegawai serta pengunjung sentiasa terpelihara.









PEMANTAUAN PREMIS MAKANAN & PENGUATKUASAAN AKTA 852 SEMPENA SUKMA SELANGOR 2026πŸ“ Dewan Seri Bernam, Sungai BesarSempena ...
15/08/2026

PEMANTAUAN PREMIS MAKANAN & PENGUATKUASAAN AKTA 852 SEMPENA SUKMA SELANGOR 2026

πŸ“ Dewan Seri Bernam, Sungai Besar

Sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, anggota penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam telah menjalankan aktiviti pemantauan premis makanan di sekitar Dewan Seri Bernam bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan pengendalian makanan sentiasa berada pada tahap yang baik.

Pada masa yang sama, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) turut dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang berkaitan produk merokok dan rokok elektronik, khususnya di kawasan tumpuan awam sepanjang berlangsungnya temasya SUKMA Selangor.

Pemantauan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam dalam memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat kepada atlet, petugas, pengunjung serta seluruh komuniti yang hadir.

Bersama kita jayakan SUKMA Selangor 2026 dengan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas daripada bahaya merokok!





πŸ«€ PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) DERMA ORGAN ANGGOTA KESIHATAN πŸ«€Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)Tempat : Pusat Latihan...
14/08/2026

πŸ«€ PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) DERMA ORGAN ANGGOTA KESIHATAN πŸ«€

Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat : Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian, Tanjung Karang

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Training of Trainers (TOT) Derma Organ bagi Anggota Kesihatan yang dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran anggota kesihatan dalam menyampaikan maklumat berkaitan derma organ, di samping memperkasakan peranan mereka sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat.

Semoga program ini dapat melahirkan lebih ramai duta derma organ dalam kalangan anggota kesihatan serta membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan manfaat pendermaan organ.






13/08/2026

13 Ogos 2026 (Khamis) adalah HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA bertujuan meningkatkan kesedaran di peringkat global tentang kepentingan pendermaan organ dan tisu serta menggalakkan lebih ramai individu membuat keputusan yang tepat dan bermaklumat untuk menjadi penderma.

Kita menyambut hari ini kerana:

1, Untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa

- Ribuan pesakit di seluruh dunia sedang menunggu pemindahan organ yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.
- Pendermaan organ memberikan peluang kedua untuk hidup kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir.

2. Untuk menghargai penderma organ dan keluarga mereka

- Hari ini menjadi penghargaan terhadap kemurahan hati luar biasa individu yang memilih untuk mendermakan organ dan tisu selepas kematian, serta keluarga yang menghormati dan menyokong keputusan tersebut.
- Sumbangan mereka meninggalkan legasi yang berkekalan dengan mengubah dan menyelamatkan kehidupan orang lain.

3. Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
- Masih terdapat pelbagai salah faham mengenai pendermaan organ, termasuk berkaitan faktor usia, agama dan kelayakan perubatan.
- Hari Pendermaan Organ Sedunia memberikan peluang untuk menyampaikan maklumat yang tepat serta menjelaskan salah faham mengenai pendermaan organ.

4. Untuk menggalakkan perbincangan bersama keluarga
- Keputusan seseorang untuk menjadi penderma adalah lebih bermakna apabila hasrat tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga.
- Apabila keluarga mengetahui dan memahami hasrat seseorang, mereka lebih bersedia untuk menghormati dan melaksanakan hasrat tersebut.

"WARISKU, HORMATI IKRARKU"

5. Untuk menggalakkan lebih ramai individu mendaftar sebagai penderma organ
- Peningkatan kesedaran masyarakat dapat menggalakkan lebih ramai individu membuat ikrar pendermaan organ, sekali gus membantu mengurangkan tempoh menunggu dan memberikan harapan kepada pesakit yang memerlukan pemindahan organ.

13/08/2026

Program Pancaran Cahaya Lampu Hijau merupakan simbolik kepada harapan, kehidupan dan sokongan terhadap usaha pendermaan organ. Pancaran cahaya ini bertujuan meningkatkan keterlihatan mesej pendermaan organ kepada masyarakat, di samping menghargai jasa para penderma serta keluarga yang telah memberikan peluang kehidupan kepada pesakit yang memerlukan pemindahan organ.

Mengapa lampu hijau?

🟒 1. Hijau melambangkan harapan dan kehidupan
Cahaya hijau menjadi simbol harapan kepada pesakit yang sedang menunggu pemindahan organ serta peluang untuk meneruskan kehidupan.

🟒 2. Meningkatkan keterlihatan mesej pendermaan organ
Bangunan atau mercu tanda yang diterangi lampu hijau dapat menarik perhatian orang ramai dan menjadikan mesej pendermaan organ lebih mudah dilihat oleh masyarakat.

🟒 3. Mewujudkan simbol perpaduan
Pancaran lampu hijau di pelbagai lokasi menunjukkan bahawa masyarakat, organisasi, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai pendermaan organ.

🟒 4. Mengenang jasa penderma dan keluarga
Cahaya hijau juga boleh menjadi simbol penghargaan kepada penderma organ dan tisu serta keluarga yang menghormati hasrat pendermaan mereka.

🟒 5. Menggalakkan perbualan dalam keluarga
Apabila masyarakat melihat mercu tanda diterangi warna hijau, ia boleh mencetuskan persoalan dan perbualan:
β€œMengapa lampu hijau?”
Daripada situ, mesej mengenai pendermaan organ dapat disampaikan kepada lebih ramai orang.

🟒 6. Membawa mesej daripada simbol kepada tindakan
Matlamat akhirnya bukan sekadar menyalakan lampu, tetapi menyalakan kesedaran β€” supaya masyarakat mendapatkan maklumat yang betul, berbincang dengan keluarga dan membuat keputusan mengenai pendermaan organ.

13/08/2026

Jom dengarkan Pagi On Point Kool FM Malaysia bersama Pak Nil, Haiza dan Muaz pagi ini Khamis,13 Ogos 2026 yang akan menemubual Dr. Emila dari National Transplant Resource Centre berkaitan pendermaan dan transplantasi organ & tisu sempena Hari Pendermaan Organ Sedunia!

πŸ›‘SIARAYA & EDARAN RISALAH BERKAITAN TUBERKULOSIS (TB)πŸ›‘Pada 12 Ogos 2026, Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daera...
12/08/2026

πŸ›‘SIARAYA & EDARAN RISALAH BERKAITAN TUBERKULOSIS (TB)πŸ›‘

Pada 12 Ogos 2026, Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam telah melaksanakan aktiviti siaraya dan edaran risalah berkaitan penyakit Tuberkulosis (TB) kepada komuniti di sekitar Parit 10 Ban Kenal, Simpang Lima.

Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanda dan gejala TB, langkah-langkah pencegahan serta kepentingan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya mengalami gejala atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit TB.

Antara tanda TB ialah batuk berpanjangan, demam, berpeluh pada waktu malam, susut berat badan dan kurang selera makan.

πŸ’™Kenali TB, Cegah Penularannya.
Bersama-sama kita tingkatkan kesedaran dan menjaga kesihatan komuniti.






12/08/2026

Selamat pagi!

Setitis darah anda amat bermakna, kerana ia mampu menyelamatkan nyawa!

πŸ“GiatMara Sabak Bernam
πŸ—“οΈ Jumaat, 14 Ogos 2026
πŸ•’ 10.00 pagi - 12.00 tgh hari

Jangan tunggu lagi, mari hadir beramai-ramai! Setitis darah anda mungkin jadi penyelamat untuk seseorang di luar sana.

12/08/2026

Hello Selangor i-Sihat

Address

Sabak Bernam District
45300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60332242355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam:

Shortcuts

Share