PAS Kawasan Sabak Bernam

PAS Kawasan Sabak Bernam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Kawasan Sabak Bernam, Political Party, Markas Tarbiyah PAS KAWASAN SABAK BERNAM, Sabak Bernam District.

29/06/2026

Perwakilan sebulat suara mahu PAS bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya akan datang.
~AGM PAS Sabak Bernam~

Kebangkitan Islam tidak pernah berhenti.Di setiap zaman, akan lahir generasi baharu yang bangkit mempertahankan Islam, m...
22/06/2026

Kebangkitan Islam tidak pernah berhenti.

Di setiap zaman, akan lahir generasi baharu yang bangkit mempertahankan Islam, membawa risalah kebenaran, dan menegakkan prinsip perjuangan walau berdepan tentangan dari pelbagai arah.

Sejarah membuktikan bahawa apabila umat Islam memiliki keyakinan, kesatuan dan keberanian politik, perubahan besar mampu berlaku.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi kebangkitan kesedaran, pembinaan kekuatan dan penegasan bahawa Islam mesti terus diperjuangkan sebagai panduan hidup, masyarakat dan negara.

Islam berdaulat, ummah bermaruah.



Kenyataan rasmi pengerusi PN
20/06/2026

Kenyataan rasmi pengerusi PN

Demi memperkukuh Perikatan Nasional dan mempersiapkan organisasi menghadapi cabaran mendatang, beberapa penstrukturan pentadbiran telah diputuskan berkuat kuasa serta-merta.

Temujanji kita mlm minggu ni. Jom turun !!!
18/06/2026

Temujanji kita mlm minggu ni. Jom turun !!!

Salam Maal Hijrah 1448HSemoga kehadiran tahun baru Hijrah ini membawa sinar keimanan, keberkatan rezeki dan ketenangan j...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga kehadiran tahun baru Hijrah ini membawa sinar keimanan, keberkatan rezeki dan ketenangan jiwa buat kita semua.

Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah sebagai inspirasi untuk terus memperbaiki diri, memperkukuhkan ukhwah dan meningkatkan amal soleh demi mencari keredaan Allah SWT.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H "Hijrah Membawa Rahmat, Istiqamah Membina Ummah."



08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

Salam Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat. Di hari raya yang penuh keberkatan ini, semoga kita dikurniakan jiwa...
31/05/2026

Salam Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat. Di hari raya yang penuh keberkatan ini, semoga kita dikurniakan jiwa yang sentiasa redha, hati yang bersih daripada sifat mazmumah, dan semangat untuk sentiasa berkorban demi kebaikan ke jalan Allah SWT.

​Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah, doa, dan ibadah korban kita pada tahun ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Address

Markas Tarbiyah PAS KAWASAN SABAK BERNAM
Sabak Bernam District

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share