28/11/2017
Siapa yang s**a selfie tu, ini dia pertandingan untuk anda..๐๐..jom join!!
*SYARAT-SYARAT PERADUAN SELFIE*:-
1. Hanya gambar selfie atau group selfie yang diambil dalam kawasan daerah Tambunan yang sah.
2. Gambar selfie yang menjolok mata tidak diterima.
3. Gambar tidak boleh diedit.
4. Ahli keluarga AJK Pelaksana Pameran Persatuan Pelancongan Tambunan tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
5. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelawat.
6. Peraduan Selfie adalah sah diterima dari tarikh 23 November hingga 31 Disember 2017.
7. โLIKEโ laman Facebook PERSATUAN PELANCONGAN TAMBUNAN, cari poster iklan SELFIE CONTEST kami, dan muat-turun gambar selfie yang dipertandingkan dengan deskripsi gambar (contoh: di mana gambar diambil dan tarikh serta sedikit penjelasan tentang tempat tersebut). Jangan lupa meletakkan hashtag
8. Hanya 1 gambar terbaik daripada koleksi pemenang yang akan mendapat hadiah (1 pemenang : 1 gambar).
9. Pemenang akan dihubungi oleh Persatuan dalam masa 1 minggu selepas keputusan diumumkan melalui laman Facebook Persatuan.
10. Peraduan akan dihakimi dengan 40% undian โLIKEโ gambar selfie daripada orang awam dan 70% daripada pakar gambar yang diadili oleh 3 orang juri jemputan. Keputusan adalah muktamad. Peserta digalakkan untuk menjemput kawan-kawan, ahli-ahli keluarga untuk memberi sokongan dengan cara โLIKE OUR PAGEโ, โLIKEโ gambar dan โSHAREโ gambar tersebut.
11. YURAN PENYERTAAN adalah RM10 sahaja untuk 3 upload yang pertama. RM5 untuk setiap upload seterusnya. Harus dibayar terus kepada Persatuan melalui Alliance Bank: 1009 3001 5017 405 (Rose Majin โ Bendahari Persatuan yang diamanatkan kepercayaan). Sila Whatsapp 01131427513 (Willebrord) atau PM melalui laman Facebook Persatuan, slip pembayaran dengan nama peserta sekali untuk rekod.
12. Gambar-gambar yang dimuat-turunkan di laman Facebook Persatuan akan dengan secara otomatiknya menjadi hakmilik Persatuan Pelancongan Tambunan yang mana Persatuan akan berhak menggunakan gambar-gambar tersebut sebagai tujuan publisiti dan promosi tanpa meminta kebenaran daripada pemilik asal gambar tersebut.