Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - PSIS

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - PSIS Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti menawarkan dua program diploma iaitu;
� Diploma Pengurusan Pelancongan
� Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal

18/08/2026

A little glimpse into our Étoile Dining experience ✨🍽️
Where every dish, every detail, and every moment was made to feel extraordinary.

18.08.2026 … a day to remember. 🤍

🌟 PENYERTAAN POLYCCSKILLS 2026 🌟Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terli...
07/08/2026

🌟 PENYERTAAN POLYCCSKILLS 2026 🌟

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) bagi POLYCCSKILLS 2026 dalam dua bidang pertandingan:

1. Bidang Bakeri - PINGAT PERAK
📍 KK Selayang
👥 Jurulatih: Pn. Nurull Hayati & Cik Syazwani (Penyelaras)
👩‍🍳 Peserta: Nur Insyirah binti Zulfikhri
🤝 Pembantu: Nurul Afrina Firzanah binti Mohd Amin

2. Bidang High Rope
📍 Wetland, Putrajaya
👥 Jurulatih: Pn. Nur Shahirah & Pn. Nurul Natasha
🧗‍♂️ Peserta: Mohammad Nazrin Hakimi bin Mohd Khalid
🤝 Pembantu: Siti Khadijah binti Mowardi

Tahniah atas kejayaan semua ✨🫶🏻🥰

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟎Sukacita dimaklumkan Majlis Konvokesyen Politeknik ...
30/07/2026

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟎

Sukacita dimaklumkan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Kali ke-20 bagi Semua Lulusan sesi II:2024/2025 dan Sesi I: 2025/2026 akan berlangsung secara berpusat pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sidang : 3

Sehubungan dengan itu, lulusan adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali ke - 20. Semua lulusan dijemput untuk merujuk pautan dibawah untuk menyemak kaedah bayaran , pengisian Borang Kajian dan mendapatkan maklumat lengkap berkaitan Majlis Konvokesyen PSIS.

📍Lulusan boleh merujuk Portal i-Konvo di website rasmi PSIS : ruangan komen

📍 Portal Induk: ruangan komen

Tarikh mula bayaran adalah pada 28/07/2026 (Ikuti kaedah bayaran yang disediakan di Portal i-Konvo PSIS & bayaran dibuat atas nama PSIS)
Tarikh akhir pembayaran yuran adalah pada 30.08.2026

Tahniah diucapkan kepada semua lulusan Politeknik Sultan Idris Shah.

THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X:






𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐃𝐇𝟏𝟒, 𝐃𝐇𝟏𝟑, 𝐃𝐇𝟏𝟐 & 𝐃𝐇𝟏𝟎 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓Pengarah dan seluruh ...
30/07/2026

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐃𝐇𝟏𝟒, 𝐃𝐇𝟏𝟑, 𝐃𝐇𝟏𝟐 & 𝐃𝐇𝟏𝟎 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Pengarah dan seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Politeknik Sultan Idris Shah yang telah berjaya pemangkuan ke Gred DH14, DH13, DH12 dan DH10 bagi Permohonan Tahun 2025.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai warga pendidik.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa kecemerlangan, meningkatkan profesionalisme serta menyemarakkan semangat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada institusi, pelajar dan negara, di samping melaksanakan amanah yang digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan iltizam demi memartabatkan pendidikan TVET serta mengangkat nama Politeknik Sultan Idris Shah ke tahap yang lebih cemerlang.

Tahniah dan selamat maju jaya!

THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X:






26/07/2026

Program Komuniti Hijau Sabak Bernam akan diperluaskan ke semua jabatan di daerah itu mulai tahun depan bagi memperkukuh usaha kelestarian alam sekitar.

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin berkata inisiatif itu membabitkan semua jabatan termasuk sektor pendidikan, kesihatan, penerangan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya agenda komuniti hijau dapat dilaksanakan secara menyeluruh.



Kami mencari rakan industri untuk mendapat input berkaitan program.Jemput sertai kami
24/07/2026

Kami mencari rakan industri untuk mendapat input berkaitan program.

Jemput sertai kami

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐉𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔SABAK BERNAM, 2 Julai 2026 – Perhimpunan Staf Politeknik Sultan...
06/07/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐉𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

SABAK BERNAM, 2 Julai 2026 – Perhimpunan Staf Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Bil. 2/2026 telah diadakan di Dewan Seri Lang, PSIS dengan Jabatan Pengajian Am (JPA) selaku tuan rumah.

Perhimpunan ini menghimpunkan warga staf PSIS sebagai platform penyampaian maklumat, pengukuhan hubungan silaturahim serta penyampaian amanat kepada warga kerja institusi. Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program, antaranya bacaan Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, bacaan ikrar, slot tazkirah, tayangan video montaj, slot kecergasan, saringan kesihatan, Anugerah Pekerja Contoh PSIS Sukuan 2 (April–Jun 2026), taklimat merit asrama oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan slot psikologi serta slot e-Game.

Majlis turut diserikan dengan amanat daripada Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid yang menekankan kepentingan komitmen, integriti dan semangat kerja berpasukan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi. Beliau turut menegaskan iltizam Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti melalui agenda 6K iaitu kebajikan, keharmonian, kesihatan, keselamatan, kebersihan dan keberkatan sebagai teras dalam memperkukuh kesejahteraan warga serta kecemerlangan institusi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Pengajian Am atas komitmen sebagai tuan rumah serta kepada seluruh warga PSIS yang hadir dan menjayakan perhimpunan ini. Semoga perhimpunan staf seperti ini terus menjadi wadah yang menyatukan warga kerja PSIS ke arah kecemerlangan berterusan.

THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X:






06/07/2026

𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐏 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 : 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jom Semua warga Politeknik, dan orang ramai dijemput hadir ke Program MELP Kuasa Ditangan Anda: Seminar ESG dan Pemerkasaan Diri 2026* yang dianjurkan secara kolaborasi bersama Politeknik Sultan Idris Shah dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berikut adalah butiran program:

🗓️ Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang
📍 Tempat: Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

Pengisian Menarik:
Pelbagai slot taklimat dan pameran interaktif menanti anda, antaranya:

6 Slot Taklimat Menarik Merangkumi :
🗒️Topik kecekapan tenaga (Energy Efficiency),
📈Pemahaman tarif elektrik & smart meter,
💰Kesedaran Bitcoin & Scam,
🧰Keselamatan elektrik awam/banjir,
🏢Serta peluang membina masa hadapan di UNITEN.

Pameran TNB: Lawati tapak pameran daripada
👉SMER Retail Selangor,
👉AMI - Smart Meter,
👉UNITEN,
👉HSE - Distribution Network,
👉Politeknik Merlimau,
👉Pameran EV Car (Kereta Elektrik).

🎁 Menarik! Hadiah-hadiah menarik menanti setiap pemenang!!!

Jumpa anda disana!!

THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X:






𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 Pengarah dan seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merakamkan sekalung...
06/07/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

Pengarah dan seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merakamkan sekalung penghargaan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Khirun bin Md Shah, Pensyarah Kanan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, atas pertukaran ke Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang berkuat kuasa mulai 7 Julai 2026.

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PSIS. Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat baharu serta dipermudahkan segala urusan.

Selamat maju jaya dan terima kasih.

THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X:





Seluruh warga JPH mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Encik Khirun, yang akan berpindah ke JPPKK.En. Khirun...
03/07/2026

Seluruh warga JPH mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Encik Khirun, yang akan berpindah ke JPPKK.

En. Khirun akan mula lapor diri pada minggu hadapan.

Maka hari ini adalah detik sedih buat warga JPH yang perlu melepaskan Encik Khirun, orang kuat PSIS sejak tahun 2005.

Semoga terus melakar kejayaan dan kecemerlangan, walau di mana tuan berada.

Address

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Sabak
45100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - PSIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - PSIS:

Shortcuts

Share