Ameerah Jerai

Ameerah Jerai Wanita Muda PAS
Kepimpinan | Informatif | Politik Islam

3 Pendekatan Mendekati Anak Muda 🫶🏼
05/09/2026

3 Pendekatan Mendekati Anak Muda 🫶🏼

"Anak muda bukan untuk dikawal, tetapi untuk dirai dan dibimbing. Mesej Muslimat Muda PAS ringkas: fahami maklumat mereka, kuasai media mereka, dan raikan minat mereka!

Dengan tiga langkah ini, saya yakin dan percaya, anak muda bukan sahaja akan menyokong kita, malah akan berdiri di benteng terhadapan bersama perjuangan ini."

💚
03/09/2026

💚

03/09/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘-𝟲𝟵MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Hargailah nikmat kemerdekaan ini dengan menghay...
30/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘-𝟲𝟵

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Hargailah nikmat kemerdekaan ini dengan menghayati pengorbanan leluhur kita dahulu yang telah mempertaruhkan nyawa mereka demi agama, bangsa dan negara.

Semoga Malaysia terus maju dan sejahtera, berdiri gah di persada dunia.



30/08/2026

Minda Presiden PAS

APA MAKNA KEMERDEKAAN

Al-Quran ialah Kitab Allah petunjuk pada semua zaman dan di sepanjang jalan dalam semua perkara, khususnya kepada manusia. Antaranya, al-Quran menyatakan makna kemerdekaan yang sebenar bagi mereka.

Allah SWT berfirman:

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٣٦

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah taghut (pelampau) itu.’ Maka, antara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada p**a antara mereka orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka, berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).” [Surah al-Nahl: 36]

Kemerdekaan yang sebenar apabila manusia berada bawah kerajaan Allah Yang Maha Penyayang kepada hamba-Nya, khususnya manusia apabila mereka bebas dalam sempadan fitrahnya.

Para rasul AS yang dipilih oleh Allah dalam kalangan manusia diperintahkan untuk menegakkan konsep kemerdekaan yang sebenar supaya pengabdian diri hanya kepada Allah Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, dan Maha Adil. Demikian supaya mereka tidak diperhambakan oleh kalangan sesama makhluk, termasuk manusia sendiri yang melampaui batas (taghut), bilamana mereka berlaku zalim sehingga memperhambakan manusia bawah perintah mereka apabila berlagak berkuasa, bukan menunaikan amanah yang diwajibkan oleh Allah supaya berlaku adil kepada semua.

Maka, makna kemerdekaan itu hanya memperhambakan diri kepada Allah sahaja dan menafikan yang lain daripada-Nya. Perkara ini disimpulkan dalam dua kalimah syahadah.

Dalam aspek menunaikan amanah yang diwajibkan, firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak (layak) menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Amanah memerintah, mentadbir, dan memimpin semua manusia wajib berlaku adil. Setiap rasul AS diutus dan dilantik oleh Allah pada zaman masing-masing supaya membetulkan pemerintah yang melampaui batas, sama ada yang bersifat individu seorang sahaja seperti Firaun di Mesir dan Namrud di Babil (Babylon) yang berlagak menjadi tuhan yang berkuasa mutlak memperhambakan rakyat, ataupun bersifat kump**an, termasuk para agamawan.

Firman Allah SWT:

ٱذۡهَبَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ٤٣

“Pergilah kamu berdua (wahai Musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas!” [Surah Taha: 43]

Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِي حَآجَّ إِبۡرَٰهِـۧمَ فِي رَبِّهِۦٓ أَنۡ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ رَبِّيَ ٱلَّذِي يُحۡيِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحۡيِۦ وَأُمِيتُۖ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِي بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِهَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِي كَفَرَۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٢٥٨

“Adakah kamu tidak memerhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberi orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, ‘Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan,’ orang itu berkata, ‘Saya dapat menghidupkan dan mematikan.’ Ibrahim berkata, ‘Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat,’ lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Surah al-Baqarah: 258]

Termasuk berkenaan para al-mala’ (kump**an yang menjadi pemimpin), firman Allah:

أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَـٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١

“Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (daripada Allah), tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.” [Surah al-Shura: 21]

Firman Allah SWT menceritakan Nabi Nuh AS menghadapi golongan al-mala’ yang memimpin rakyat:

فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓئِكَةٗ مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤

“Maka, pemuka-pemuka orang yang kafir antara kaumnya menjawab, ‘Orang ini (Nabi Nuh) tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi daripada kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu.’” [Surah al-Mu’minun: 24]

Begitu juga firman Allah SWT berkenaan kalangan agamawan (paderi dan sami):

ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٣١

“Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah daripada apa-apa yang mereka sekutukan.” [Surah al-Taubah: 31]

Pemerintah itu sama ada yang dilantik oleh rakyat, merampas kuasa dan melantik diri sendiri, ataupun warisan. Demikian juga sama ada bangsa sendiri yang zalim ataupun bangsa asing yang menjajah.

Rasulullah SAW membebaskan Makkah, tanah airnya sendiri daripada pemimpin jahiliah dalam kalangan keluarga dan bangsa Arab.

Perutusan Rasulullah SAW kepada Raja Rom dan Raja Habsyah mengajak kepada tauhid dan menolak syirik (adanya sekutu bagi Allah) dalam segala pendekatan, dengan menyebut firman Allah SWT:

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ كَلِمَةٖ سَوَآءِۢ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَيۡـٔٗا وَلَا يَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُولُواْ ٱشۡهَدُواْ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ ٦٤

“Katakanlah, ‘Wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) pada suatu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dengan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita sekutukan Dia dengan sesuatu pun serta tidak (p**a) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah!’ Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka, ‘Saksikanlah bahawa kami ialah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).’” [Surah Ali ‘Imran: 64]

Perkara ini ditegaskan lagi oleh Rub‘i bin ‘Amir RA kepada Rustam, panglima Parsi yang bersedia untuk menghantar bantuan kepada bangsa Arab yang hidup di padang pasir yang gersang:

اللَّهُ ابْتَعَثْنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللَّهِ، وَمِنْ ضِيقِ الدُّنْيَا إِلَى سِعَتِهَا، وَمِنْ جَوْرِ الْأَدْيَانِ إِلَى عَدْلِ الْإِسْلَامِ.

“Allah mengutus kami untuk menyelamatkan sesiapa yang mahu (tanpa paksaan) daripada menjadi hamba kepada para hamba juga kepada hanya hamba kepada Allah, daripada wawasan dunia yang sempit kepada wawasan akhirat yang terbentang luas selama-lamanya, serta daripada kezaliman beberapa agama dan ajaran kepada Islam yang adil (kepada semua).” [Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 7, hlm. 39]

Manusia bebas dan merdeka bawah pemerintahan Allah Yang Maha Mengetahui sempadan fitrah manusia yang selamat. Sebarang langkah melampaui sempadan fitrah yang merosakkan bukannya bebas atau merdeka, tetapi dinamakan terbabas yang membawa kerosakan hidup manusia dan alam sekitarnya. Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah al-Rum: 41]

Semua raja serta pemimpin kaum dan agama yang memeluk Islam berada bawah perlembagaan Islam dan bawah perintah Allah dinyatakan oleh firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya serta ulu al-amr antara kamu! Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]

Semuanya menjadi hamba kepada Allah dan menerima secara mutlak para rasul yang dilantik oleh Allah yang dikawal dengan sifat maksum (bersih secara wahyu) kerana diamanahkan untuk menjadi teladan kepada manusia.

Inilah Islam yang datang ke Nusantara yang bersifat al-din yang sempurna bilamana fahaman bertuhankan para raja, para sami, patung, dan berhala kepada sebarang makhluk dihapuskan, menjadikan rakyat tidak diperhambakan. Islam yang adil kepada semua menarik raja dan rakyat memeluk Islam.

Bagi Semenanjung, penganut Islam dinamakan Melayu daripada semua rumpun yang berkumpul di dalamnya, sehingga perkataan ‘Melayu’ menjadi seerti dengan perkataan ‘Islam’ dan negerinya dinamakan Semenanjung Tanah Melayu.

Islam menjadi ajaran yang berkuasa memerintah negara yang berdaulat, bermakna bebas dan merdeka bawah tamkin (kuasa Islam) yang dijanjikan Allah SWT:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡـٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia sungguh-sungguh akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” [Surah al-Nur: 55]

Maka, diwujudkan kerajaan Melayu Islam di semua negeri Semenanjung Tanah Melayu, namun akhirnya menerima bencana kelemahan kerajaan-kerajaan Islam, terawal pada tahun 1511 sebelum jatuhnya khilafah pada tahun 1924. Namun begitu, mereka tetap berjihad menentang penjajah sehingga beberapa abad lamanya dan cahaya Islam gagal dipadamkan oleh penjajah. Akhirnya, penjajah berjaya dikeluarkan, tetapi kesan pengaruhnya masih lagi bertapak dalam pemikiran umat Islam yang jahil agamanya. Walaupun tanah airnya merdeka, kefahaman atau fikirannya masih dijajah.

Kita telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah asing apabila majoriti Ahli Parlimen menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh penjajah yang tidak dapat merungkai ikatan pengaruhnya, lalu tetap menjadikan kita belum merdeka sepenuhnya dengan sempurna.

Adapun syarat-syarat penerimaan kerakyatan warga asing yang menjadi masyarakat majmuk bertujuan untuk diadudombakan. Akan tetapi, tidak menjadi masalah kepada orang Melayu yang beragama Islam dan masih berpegang dengan ajaran Islam, walaupun membawa konsep perpaduan Melayu, kerana Islam juga membawa konsep kemanusiaan yang adil kepada semua. Hanya mereka yang buta al-Quran menuduh perpaduan Melayu bersifat radikal.

Pada awal kemerdekaan, semua kaum menerima melalui parti-parti (kerajaan dan pembangkang) yang diwakilkan dalam parlimen bahawa Islam ialah agama negara dan hak kebebasan beragama turut diberikan kepada penganut bukan Islam berserta beberapa keistimewaan Melayu Islam yang menjadi penduduk asal terawal.

Apa yang menjadi masalah apabila masih ada kalangan yang mentafsirkan Islam mengikut perkataan ‘religion’ bahasa penjajah, bukan al-din dalam bahasa al-Quran. Hal ini menjadikan Islam tidak sempurna pelaksanaannya, di samping masih ada perkara menghalang yang dicatat dalam perlembagaan yang wajib dimansuhkan. Maka, wajib menolak kalangan yang mempertahankan istilah warisan penjajah.

Banyak urusan pentadbiran British dipengaruhi oleh Tamadun Islam, tetapi dengan mereka membuang aspek roh agama dalam urusan duniawi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kita melaksanakan teori-teori yang gagal dalam aspek duniawi seperti politik, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, dan lain-lain yang tetap menjadi masalah pada hari ini kepada semua negara penjajah pelbagai ideologi yang telah meruntuhkan Blok Timur dan menjadi tanda keruntuhan Blok Barat. Tempias kegagalannya menyebabkan banyak masalah yang sama menimpa masyarakat kita.

Banyak kump**an Islam bangkit semula kembali kepada Islam yang sebenar. Namun begitu, Islam yang berjaya tetap dianggap musuh kerana masih dengki terhadap Islam. Firman Allah SWT:

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka, maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Baqarah: 109]

Kenyataan yang bermusuh terhadap Islam merujuk kepada sebarang bentuk ucapan, tulisan, atau propaganda yang berniat menghina, mencemuh, menanam prasangka buruk, atau merendahkan-rendahkan ajaran Islam, Nabi Muhammad, dan penganutnya.

Bentuk-bentuk kenyataan atau naratif yang sering dikaitkan dengan permusuhan terhadap Islam termasuklah:

Bentuk dan Contoh Kenyataan

• Islamofobia: Tuduhan bahawa Islam ialah agama yang menggalakkan keganasan, ekstremisme, atau menolak keamanan.
• Penghinaan terhadap Nabi: Tindakan mempersenda, melukis karikatur, atau mengeluarkan kenyataan nista terhadap peribadi junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
• Garis Panduan Palsu: Menyebarkan diayah bahawa hukum syarak atau al-Quran bertujuan menganiaya pihak tertentu atau mencabuli hak asasi manusia.
• Propaganda Budaya: Kenyataan yang menggambarkan cara hidup Islam sebagai mundur dan tidak selari dengan arus modenisasi. Penganut Islam dibesar-besarkan kesalahannya seolah-olah perkara itu merupakan kelemahan ajaran Islam.

Cara Umat Islam Menangani

• Berilmu: Memahami ajaran Islam yang sebenar agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda luar.
• Akhlak Terpuji: Membalas permusuhan atau kejahilan dengan perbuatan yang baik, sabar, dan berhemah tinggi seperti akhlak Rasulullah SAW.
• Penjelasan Rasmi: Menyangkal sebarang fitnah menggunakan fakta, dialog yang matang, serta saluran undang-undang yang betul.

Mereka juga menipu dengan membawa Islam yang salah berserta istilah yang menarik seperti Islam liberal sehingga mengheret di luar sempadan halal dan haram, begitu juga Islam progresif yang hanyut bersama arus perubahan yang merosakkan. Semua ini telah diberikan amaran oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” [Surah al-Ra‘d: 11]

Perubahan kepada keburukan berlaku apabila tidak istiqamah bersama Islam yang sebenar, maka Islam dan penganutnya p**a yang disalahkan.

Ada juga yang membawa pendekatan Islam sekular sebagaimana pendekatan Turkiye terkini yang terus mempertahankan prinsip sekularisme yang diwajibkan dalam perlembagaannya. Pendekatan ini ditolak oleh Rasulullah SAW apabila ditawarkan kuasa yang tidak mendaulatkan Islam.

Berlaku kezaliman terhadap penguasaan parti Islam setelah dikatakan mencapai kemerdekaan.

Adnan Menderes, seorang negarawan dan Perdana Menteri Turkiye pertama yang dipilih secara demokratik melalui sistem berbilang parti, beliau memimpin Turkiye dari tahun 1950 hingga 1960, sebelum digulingkan oleh rampasan kuasa tentera dan dihukum gantung kerana usaha mengembalikan Turkiye kepada Islam.

Kejayaan Milli Selamet Partisi (Parti Penyelamat Negara), kemudian Refah Partisi (Parti Sejahtera) yang dipimpin oleh Najmuddin Erbakan di Turkiye juga digulingkan dan diharamkan beberapa kali.

Adapun Recep Tayyip Erdogan diterima kerana mengekalkan konsep sekularisme dalam Perlembagaan Turkiye melalui ikatan perjanjian.

Kemudian, Parti Islam Majelis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi) di Indonesia selama masa kejayaannya, terdapat tokoh utama Masyumi yang berhasil memimpin kabinet pemerintahan Indonesia, namun diharamkan pada tahun 1960.

Selanjutnya, Revolusi Islam Iran (1978–1979), sebuah gerakan rakyat yang berjaya menumbangkan pemerintahan monarki Shah Mohammad Reza Pahlavi yang bermazhab Syiah yang melampau. Sistem pentadbiran Iran ditukar kepada sebuah republik Islam bawah pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Republik Islam Iran juga berslogankan perpaduan umat Islam, bersembahyang satu imam di Makkah tidak lagi berasingan seperti pada zaman Shah, mengharamkan Israel, serta membantu Bosnia dan Palestin yang bermazhab Sunni kerana saudara seagama. Mereka melakukan islah daripada mazhab Syiah yang berpegang pada Wilayah al-Mahdi al-Muntazar (Kepimpinan Imam al-Mahdi yang Ditunggu Kelahirannya) kepada Wilayah al-Faqih (Kepimpinan Ulama’) yang menyerupai ahkam siasah syar‘iyyah dalam mazhab Sunni, di samping mengadakan pilihan raya umum yang tidak ada dalam mazhab Syiah.

Mereka turut mengadakan pusat kajian mazhab seperti Majma‘ al-Buhuth al-Islamiyyah yang mengkaji semua mazhab yang muktabar dalam ajaran Islam yang diadakan di Universiti al-Azhar. Tiba-tiba, Republik Islam Iran dikepung dengan sokongan negara Barat yang mengepungnya. Adapun Syiah yang dianut pada zaman Shah Iran diterima p**a Islamnya (tiada kepungan).

Seterusnya, kemenangan kump**an Islam Hamas dalam Pilihan Raya Perundangan Palestin 2006. Hamas memperoleh 74 daripada 132 kerusi parlimen. Parti Fatah kalah dengan hanya mendapat 45 kerusi. Kemenangan ini mengejutkan ramai pihak di peringkat antarabangsa, namun tidak diiktiraf dan tidak diterima menjadi anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab. Apabila Hamas membentuk kerajaannya sendiri di Gaza, menyebabkan mereka dikepung dan diganyang habis-habisan.

Begitu juga kerajaan Taliban di Afghanistan tidak diiktiraf, walaupun penjajahnya dihalau dan mereka melakukan perubahan semasa yang tidak meninggalkan dasar Islamnya. Adapun kerajaan komunis melalui rampasan kuasa sebelumnya boleh p**a diiktiraf.

Di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat kerusi terbanyak di parlimen dan memerintah banyak kerajaan negeri yang berkonsepkan federalisme — yang tidak dihormati dan perjanjian yang boleh dimungkiri. PAS memerintah masyarakat majmuk dan menunjukkan Islam adalah paling mampu menyelesaikan masalah.

Namun begitu, kerajaan persekutuannya ditegakkan melalui kerajaan campuran Islam liberal, progresif, dan sekular, dipimpin oleh parti kecil yang pragmatik dan diterima oleh semua blok yang bergabung menjadi banyak jumlahnya. Maka, dilaksanakan konsep pragmatisme agama. Kiblat solat dan haji umat Islamnya ke arah Makkah, tetapi kiblat politik dan ekonomi negara pragmatik ke arah mana-mana sahaja mengikut tiupan angin politik antarabangsa.

Banyak masalah yang tidak selesai, bahkan makin bertambah dalam era Pakatan Harapan (PH) yang pendek. Di sini menunjukkan kegagalan penyelesaian warisan penjajah dan yang diimport, demikian juga menunjukkan bahawa kemerdekaan kita tidak sempurna dan perjuangan Islam belum selesai. Kesan penjajahan masih berterusan.

Namun begitu, kita masih bergantung dan berpegang pada asas Perlembagaan Persekutuan yang wajib dipertahankan yang meletakkan Islam, dengan mentafsirkannya sebagai al-din dalam bahasa al-Quran, kitab suci mukjizat yang mampu menyelesaikan semua masalah.

Kemerdekaan sebenar ialah bebas dalam sempadan ketetapan Allah dengan kembali kepada tujuan manusia diciptakan dan memperhambakan diri kepada-Nya sahaja.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 28 Ogos 2026

[Bil: 53 / 2026]

26/08/2026

🇲🇾 MERDEKA: SEKADAR LAUNGAN ATAU KEBEBASAN SEBENAR?🇲🇾

Apa erti merdeka bagi wanita muda hari ini? Adakah merdeka sekadar bebas daripada penjajahan, atau lebih jauh daripada itu — bebas jiwa, bebas pemikiran dan bebas daripada pengaruh yang menjauhkan kita daripada Allah?

✨ Ayuh dengarkan perkongsian menarik dalam AKWAM – Apa Kata Wanita Muda?

🎙️ Panel: Ustazah Siti Mekiah
🎤 Moderator: Sis Syafiqah
📅 26 Ogos 2026 | Rabu
⏰ 9.30 malam
📱 TikTok

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama kita hayati erti kemerdekaan yang sebenar .❤️🇲🇾

📲 Jangan lupa tag kawan-kawan dan share!


24/08/2026

📚 BENGKEL PEPERIKSAAN STPM, SPM, UPKK

Anjuran PKWR Parlimen Jerai, PKWR DUN Sungai Limau & PKWR DUN Gurun.

🗓️Tarikh :
📌 SPM - 11, 18, 19 September 2026
Mata pelajaran : BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK,SEJARAH,SAINS, LAM.

📌 UPKK - 25 & 26 September 2026
Mata pelajaran : BAHASA ARAB, JAWI, SIRAH,ADAB.

📌 STPM - 23 & 24 Oktober 2026

⌚Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
🏢 Bertempat : Dewan SRITI Al-Akhlak Al-Islamiah, Guar Chempedak
📍https://maps.app.goo.gl/jxwuUAe57m5WxNE17
💵 Yuran : RM5.00/bengkel
▶️ Makanan
Dan Bahan modul di sediakan

📢 Tempat adalah terhad!
Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk belajar teknik menjawab bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.

Link Pendaftaran *"Bengkel Peperiksaan SPM, UPKK, STPM"*

📌 SPM - https://forms.gle/WK8V6aMbMGmz2TxGA

📌 UPKK - https://forms.gle/vayMtPibZTMZHwZD7

📌 STPM - https://forms.gle/trY1H6K9XjJCmwBz6

📲 *Pendaftaran:*
🧕🏻 Pusat Khidmat Parlimen Jerai - www.wasap.my/601133104471/DaftarBengkel

🧕🏻Pusat Khidmat DUN Sungai Limau - www.wasap.my/60135664420/DaftarBengkel

🧕🏻Pusat Khidmat DUN Gurun - www.wasap.my/60174977677/DaftarBengkel

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛Maulidur Rasul bukan sekadar sambutan, tetapi ia mengingatkan kita untuk meneladani akhlak Bag...
24/08/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛

Maulidur Rasul bukan sekadar sambutan, tetapi ia mengingatkan kita untuk meneladani akhlak Baginda SAW dalam seluruh aspek kehidupan sama ada dalam keluarga, masyarakat, mahupun pentadbiran negara.

Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh kepimpinan yang amanah, kasih sayang tanpa batas, serta perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan sejagat.

Jadi, jom memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW, memperkukuhkan ukhuwah, serta kembali menghayati sirah perjuangan Baginda dalam membina sebuah kehidupan yang berteraskan iman dan taqwa.



24/08/2026

Catatan Duha
Jangan lupakan Allah ketika hidup kita mudah, kerana kita tidak tahu bila kesusahan akan datang. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 11 Rabiul Awal 1448, 24 Ogos 2026 Isnin@top fans

24/08/2026

Address

Batu 15, Padang Lumat
Sala Besar
GUARCHEMPEDAK

Telephone

+60103831730

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Jerai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Jerai:

Shortcuts

Share