PD Kg Batu Putih Sandakan Sabah

PD Kg Batu Putih Sandakan Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PD Kg Batu Putih Sandakan Sabah, Government Organization, Sandakan.

13 Ogos 2026Kuiz PatriotismeJom likeโœ… dan jawabโœ…Terima kasih๐Ÿ˜˜
13/08/2026

13 Ogos 2026

Kuiz Patriotisme

Jom likeโœ… dan jawabโœ…
Terima kasih๐Ÿ˜˜

13/08/2026

Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri
========
1. Rasulullah mencela mereka yang s**a mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

ูƒูู„ู‘ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ู…ูุนูŽุงูู‹ู‰ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูุฑููŠู†ูŽ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูŽุฑูŽุฉู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ุนูŽู…ูŽู„ู‹ุง ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูุตู’ุจูุญูŽ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุณูŽุชูŽุฑูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ูŽ ูŠูŽุง ููู„ูŽุงู†ู ุนูŽู…ูู„ู’ุชู ุงู„ู’ุจูŽุงุฑูุญูŽุฉูŽ ูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุจูŽุงุชูŽ ูŠูŽุณู’ุชูุฑูู‡ู ุฑูŽุจู‘ูู‡ู ูˆูŽูŠูุตู’ุจูุญู ูŠูŽูƒู’ุดููู ุณูุชู’ุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู

โ€œSetiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan โ€˜mujaharahโ€™ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.โ€

2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan p**a gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan p**a pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:

"ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑู‘ูŽุชูƒูŽ ุญูŽุณูŽู†ูŽุชููƒูŽ ูˆูŽุณูŽุงุกูŽุชูƒูŽ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุชููƒูŽ ููŽุฃูŽู†ุชูŽ ู…ูุคู…ูู†ูŒ"

โ€œSekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.โ€ (HR Ahmad)

3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya.

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู…ูุคู…ูู†ูŽ ูŠูŽุฑูŽู‰ ุฐูู†ููˆุจูŽู‡ู ูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงุนูุฏูŒ ุชูŽุญุชูŽ ุฌูŽุจูŽู„ู ูŠูŽุฎูŽุงูู ุฃูŽู† ูŠูŽู‚ูŽุนูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ููŽุงุฌูุฑูŽ ูŠูŽุฑูŽู‰ ุฐูู†ููˆุจูŽู‡ู ูƒูŽุฐูุจูŽุงุจู ู…ูŽุฑู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ููู‡ู

โ€œSesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya.โ€ (HR al-Bukhari).

4. Hadis sangat jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:

ูˆุงู„ุฅุซู… ู…ุง ุญุงูƒ ููŠ ู†ูุณูƒ ูˆูƒุฑู‡ุช ุฃู† ูŠุทู„ุน ุนู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุงุณ

โ€œDosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.โ€ (HR Muslim).

5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya tujuan atas kepentingan yang s**ar difahami.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime

13/08/2026

Peraduan Cerita Malaysia Kita masih dibuka hingga 11 September 2026. Ini peluang untuk jadikan momen kecil anda sebahagian daripada cerita Malaysia sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kalau ada gambar atau video yang buat anda rasa โ€œinilah Malaysiaโ€, mungkin itulah cerita yang patut dikongsi sekarang. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Cara penyertaan:
1๏ธโƒฃ Muat naik gambar JPEG atau video MP4 HD (maksimum 30 saat), momen perpaduan anda
2๏ธโƒฃ Tulis caption ringkas tentang cerita di sebalik momen tersebut
3๏ธโƒฃ Ikuti semua akaun rasmi dan sertakan supaya kami boleh temui penyertaan anda!

*Pastikan akaun anda dalam tetapan umum.

Penyertaan terpilih akan kami kongsikan di media sosial kami, bersama tag akaun anda supaya orang ramai boleh tahu cerita anda.

๐Ÿ“… Peraduan tamat: 11 September 2026, 11.59 malam

Ago Dagang Yuneswaran Ramaraj Sobri Daud




13/08/2026

5 MAUT DI LOUISIANA AKIBAT JANGKITAN VIBRIO VULNIFICUS

Lima kematian dilaporkan di Louisiana, Amerika Syarikat selepas dijangkiti Vibrio vulnificus, sejenis bakteria yang boleh ditemui dalam air laut dan air payau yang hangat.

Jangkitan boleh berlaku apabila air yang mengandungi bakteria ini terkena pada luka terbuka, walaupun hanya luka kecil atau calar.

Dalam sesetengah kes, jangkitan boleh menjadi sangat agresif. Kawasan luka boleh menjadi merah, bengkak, sangat sakit, berubah warna atau melepuh. Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan kematian tisu, jangkitan dalam darah, amputasi malah kematian.

Individu yang mempunyai penyakit hati, diabetes atau sistem imun yang lemah mempunyai risiko lebih tinggi mendapat komplikasi serius.

Vibrio vulnificus juga boleh menjangkiti manusia melalui makanan laut mentah atau kurang masak, terutama tiram mentah.

Jika anda mempunyai luka terbuka, elakkan masuk ke air laut atau air payau. Jika terpaksa, lindungi luka dengan dressing kalis air.

Sekiranya luka menjadi semakin sakit, merah, bengkak atau melepuh selepas terkena air laut, dapatkan rawatan segera.

Luka mungkin kecil. Tetapi jangkitan tidak semestinya kecil.

13/08/2026

Dia sudah selamat keluar.

Selepas gempa bumi melanda Aeon Mall Kumamoto, Kurumi Otake, 22 tahun, berjaya meninggalkan bangunan bersama pekerja lain.

Di luar, dia bertemu ibu saudara dan sepupunya.

Kemudian dia memberitahu mereka bahawa dia perlu masuk semula untuk menyimpan wang hasil jualan ke dalam peti besi.

Keluarganya cuba menghalang.

Bahaya. Jangan masuk semula.

Tetapi Kurumi berkata itu arahan daripada tempat kerja.

Dia masuk semula bersama seorang rakan sekerja.

Beberapa minit kemudian, letupan berlaku.

Mereka tidak sempat keluar.

Yang membuat kisah ini lebih menyayat hati, Jepun bukan negara yang asing dengan bencana.

Sejak usia tadika, kanak-kanak di sana sudah dibiasakan dengan latihan gempa bumi, laluan pemindahan, tempat berkumpul dan apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

Mereka diajar sejak kecil bahawa apabila sudah keluar dari bangunan berbahaya, keselamatan diri adalah keutamaan.

Tetapi bertahun-tahun pendidikan kesiapsiagaan itu boleh runtuh hanya kerana satu arahan daripada orang atasan.

Dalam situasi kecemasan, ayat seperti โ€œkalau boleh, masuk semula sekejapโ€ bukan perkara kecil.

Bagi pekerja, ia boleh terasa seperti arahan yang wajib dipatuhi.

Sebab itu budaya keselamatan tidak cukup dengan latihan, poster dan prosedur.

Ketika kecemasan, ketua mesti berani berkata:

Tinggalkan semuanya.

Keluar.

Jangan masuk semula.

Wang boleh dicari semula.

Nyawa tidak boleh.

Public Health Malaysia

13/08/2026

DENGKUR KUAT SETIAP MALAM? JANGAN ANGGAP BIASA.

Dengkur bukan sekadar bunyi yang mengganggu orang sebelah.

Yang lebih kita risau ialah apabila dengkur itu datang bersama nafas yang terhenti-henti ketika tidur.

Keadaan ini boleh menjadi tanda obstructive sleep apnea (OSA), apabila saluran pernafasan tertutup berulang kali semasa tidur.

Setiap kali itu berlaku, paras oksigen boleh menurun dan otak terpaksa โ€œterjagaโ€ seketika untuk memastikan kita bernafas semula.

Kita mungkin tidur 7 atau 8 jam, tetapi tidur sebenarnya terputus berkali-kali tanpa kita sedari.

Sebab itu ada yang bangun pagi masih letih, sakit kepala, mengantuk sepanjang hari, mudah lupa dan s**ar fokus.

Dalam jangka panjang, sleep apnea dikaitkan dengan masalah kognitif dan peningkatan risiko demensia.

Bukan bermaksud semua orang yang berdengkur akan mendapat demensia.

Tetapi dengkur yang kuat, kerap dan disertai episod berhenti bernafas tidak sepatutnya dianggap normal.

Lebih-lebih lagi jika pasangan pernah berkata:

โ€œAwak tadi macam berhenti bernafas masa tidur.โ€

Itu bukan perkara kecil.

Dapatkan penilaian jika anda atau pasangan:

โ€ข berdengkur kuat hampir setiap malam
โ€ข nafas terhenti ketika tidur
โ€ข kerap tersentak, tercungap atau seperti tercekik
โ€ข sakit kepala ketika bangun pagi
โ€ข terlalu mengantuk pada waktu siang
โ€ข s**ar fokus walaupun sudah tidur lama

Kadang-kadang orang yang tidur di sebelah kita adalah orang pertama yang sedar ada sesuatu yang tidak kena.

Jangan cuma suruh dia mengiring.

Periksa.

Public Health Malaysia

13/08/2026

Selama ini omega-3 sering dikaitkan dengan kesihatan otak. Tetapi satu kajian baharu dari Medical University of South Carolina menunjukkan kesannya mungkin lebih kompleks, terutama pada individu yang mengalami kecederaan kepala ringan berulang.

Penyelidik memberi perhatian kepada EPA, salah satu komponen utama omega-3 dalam minyak ikan.

Dalam model tikus yang mengalami hentakan kepala ringan berulang, pengambilan minyak ikan jangka panjang dikaitkan dengan pemulihan neurologi dan pembelajaran ruang yang lebih lemah. Mereka turut melihat perubahan pada salur darah otak serta pengump**an protein tau di sekitar salur darah.

Menariknya, apabila sel salur darah otak manusia diuji di makmal, EPA dikaitkan dengan keupayaan pembaikan dan pembentukan salur darah yang lebih lemah dalam keadaan tertentu. DHA p**a tidak menunjukkan kesan yang sama.
Tetapi jangan terus buang semua minyak ikan di rumah.

Kajian ini bukan bukti bahawa minyak ikan โ€œmerosakkan otakโ€ bagi semua orang. Sebahagian besar eksperimen dilakukan pada haiwan dan sel makmal, manakala sampel manusia daripada pesakit chronic traumatic encephalopathy hanya memberikan kaitan biologi, bukan bukti sebab-akibat. Penyelidik sendiri menegaskan bahawa hasil ini khusus kepada konteks kecederaan kepala berulang.

Malah, kajian terdahulu turut menunjukkan potensi manfaat omega-3 dalam beberapa keadaan kecederaan otak. Ini menunjukkan bahawa EPA, DHA, dos, tempoh penggunaan dan keadaan seseorang mungkin memberikan kesan yang berbeza.

โ€œSupplementโ€ tidak bermaksud ia sentiasa bermanfaat dalam setiap keadaan.

Jika seseorang mengalami concussion atau kecederaan kepala berulang, jangan anggap mengambil lebih banyak omega-3 akan mempercepatkan pemulihan. Bukti klinikal pada manusia masih diperlukan sebelum cadangan rawatan boleh dibuat.

Public Health Malaysia

13/08/2026

Anak kecil sebenarnya tak pernah minta hidupnya dimulakan dengan rasa manis.

Kita yang memperkenalkannya.

Sedikit gula dalam bubur.
Biskut manis supaya dia diam.
Minuman kotak sebab โ€œdia s**aโ€.
Yogurt manis sebab nampak macam makanan bayi.
Kemudian lama-lama, air kosong terasa hambar dan buah pun tidak lagi cukup manis.

Yang menariknya, kesannya mungkin jauh lebih panjang daripada yang kita sangka.

Satu kajian besar yang diterbitkan dalam Science melihat satu โ€œeksperimen semula jadiโ€ di United Kingdom ketika catuan gula selepas Perang Dunia Kedua dihentikan.

Apabila catuan tamat, penggunaan gula hampir berganda.

Puluhan tahun kemudian, mereka yang terdedah kepada pengambilan gula lebih rendah sejak dalam kandungan hingga awal kanak-kanak didapati mempunyai risiko diabetes jenis 2 sekitar 35% lebih rendah dan hipertensi sekitar 20% lebih rendah. Permulaan penyakit juga berlaku beberapa tahun lebih lewat.

Malah, manfaat paling ketara mula kelihatan apabila sekatan gula berterusan selepas usia 6 bulan, iaitu ketika kebanyakan bayi mula diperkenalkan kepada makanan pejal.

Sebab itu 1,000 hari pertama kehidupan sangat penting.

Ia bukan bermula ketika anak sudah pandai berjalan.

Ia bermula sejak dalam kandungan.

Dan apabila bayi mula mengenal makanan, kita sebenarnya bukan sekadar mengisi perutnya.

Kita sedang memperkenalkan rasa.
Membentuk kebiasaan.
Dan mungkin menentukan apa yang dianggap โ€œnormalโ€ oleh lidahnya untuk bertahun-tahun selepas itu.

WHO menyarankan supaya gula tidak ditambah ke dalam makanan pelengkap bayi, manakala makanan tinggi gula dan minuman manis bagi kanak-kanak kecil sebaiknya dielakkan.

Ini bukan bermaksud buah perlu dielakkan.
Bukan juga bermaksud semua karbohidrat itu jahat.

Yang menjadi masalah ialah gula bebas dan gula tambahan yang kita sebenarnya tidak perlu ajarkan kepada anak terlalu awal.

Dan ini juga bukan cerita untuk menyalahkan ibu bapa.

Hari ini gula berada hampir di mana-mana. Dalam bijirin sarapan, minuman kanak-kanak, biskut, pencuci mulut, sos malah makanan yang dipasarkan seolah-olah โ€œsesuai untuk bayiโ€.

Sebab itu tugas kita bukan membesarkan anak yang โ€œlangsung tak kenal manisโ€.

Cukuplah jangan jadikan manis sebagai rasa yang mereka perlu cari setiap kali makan.

Kadang-kadang, hadiah kesihatan paling besar yang kita boleh beri kepada seorang anak bukan vitamin mahal.

Tetapi membiarkan lidah kecil mereka belajar bahawa makanan tidak semestinya perlu manis untuk menjadi sedap.

Public Health Malaysia

13/08/2026

BAYANGKAN DOKTOR MENCARI DEGUPAN JANTUNG DI SEBELAH KIRI

Tapi bunyinya paling jelas di sebelah kanan.

Keadaan ini benar-benar wujud. Namanya dextrocardia.

Dextrocardia ialah keadaan sejak lahir apabila jantung berada dan menghala ke sebelah kanan dada, berbeza dengan kedudukan biasa yang menghala ke kiri. Ia agak jarang, dianggarkan berlaku sekitar 1 dalam 12,000 kehamilan.

Menariknya, ada individu yang mempunyai dextrocardia tetapi langsung tidak mengalami sebarang gejala. Mereka mungkin hanya mengetahuinya bertahun-tahun kemudian apabila menjalani X-ray, ECG atau pemeriksaan untuk masalah lain.

Ada juga keadaan di mana bukan jantung sahaja yang berada di sebelah bertentangan.

Dextrocardia boleh berlaku bersama situs inversu, iaitu organ dalaman seperti hati, limpa dan organ lain tersusun seperti imej cermin daripada kedudukan biasa.

Namun dextrocardia tidak semestinya bermaksud seseorang itu sakit.

Jika struktur dan fungsi jantung normal, seseorang boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi sesetengah jenis dextrocardia boleh hadir bersama kecacatan struktur jantung atau keadaan kongenital lain yang memerlukan pemantauan dan rawatan.

Tubuh manusia memang mempunyai variasi yang luar biasa.

Kadang-kadang, seseorang boleh hidup berpuluh tahun sebelum mengetahui..

jantungnya selama ini berada di sebelah kanan.

13/08/2026

Pernah tak kucing datang perlahan-lahan, kemudian gesel p**i atau tekan dahinya pada kaki, tangan atau muka kita?

Bukan dia nak tanduk.

Tingkah laku ini dikenali sebagai โ€œbuntingโ€ atau โ€œhead buntingโ€.

Pada bahagian p**i dan muka kucing terdapat kelenjar bau. Apabila ia menggeselkan muka pada manusia atau objek, sebahagian bau dan feromon wajahnya boleh ditinggalkan di situ.

Sebab itu kucing juga s**a buat perkara yang sama pada bucu sofa, kaki meja, pintu dan barang di kawasan yang selalu digunakannya.

Dalam interaksi dengan manusia, rubbing dan head bunting juga merupakan tingkah laku sosial yang biasanya dikaitkan dengan rasa familiar dan keselesaan. Malah, head bunting boleh menjadi salah satu cara kucing meminta perhatian daripada manusia.

Jadi kalau dia datang, ekor tegak, kemudian perlahan-lahan sondol kepala pada andaโ€ฆ

lebih kurang bahasa kucingnya:

โ€œAku kenal orang ni. Orang ni sebahagian daripada kawasan selamat aku.โ€

Cuma satu perkara.

Jangan paksa kucing membalas belaian. Biarkan dia yang menentukan bila mahu datang, berapa lama mahu disentuh dan bila mahu beredar.

Kucing mungkin tak pernah cakap dia sayang kita.

Kadang-kadang dia cuma datangโ€ฆ

dan geselkan kepalanya perlahan-lahan pada kaki kita.

Itu pun sudah cukup banyak bercerita.

Address

Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Batu Putih Sandakan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share