AADK Daerah Sandakan

  • Home
  • AADK Daerah Sandakan

AADK Daerah Sandakan Aduan penyalahgunaan dadah sahaja,sila hubungi di talian 089215239
pada waktu pejabat.

16/08/2026
AADK DEKATI WARGA SMK BELURAN II LESTARIKAN MESEJ PENCEGAHAN DADAH DI KARNIVAL MATEMATIK MATH-ON-THE-GO.15 Ogos 2026 | S...
15/08/2026

AADK DEKATI WARGA SMK BELURAN II LESTARIKAN MESEJ PENCEGAHAN DADAH DI KARNIVAL MATEMATIK MATH-ON-THE-GO.

15 Ogos 2026 | Sabtu

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus komited meluaskan penyampaian mesej pencegahan dadah menerusi pembudayaan hidup sihat di peringkat sekolah. Terbaharu, AADK telah dijemput bagi menjayakan Pameran Antidadah bersempena Karnival Matematik Math-On-The-Go yang berlangsung di SMK Beluran II.

​Penglibatan AADK dalam karnival ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal serta kesedaran berterusan kepada para pelajar, guru, dan komuniti setempat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, bahan terlarang, serta ancaman bahan sintetik terkini.

​Menerusi Pameran Antidadah yang dilaksanakan, para pengunjung bukan sahaja dapat melihat bahan pameran interaktif, malah berpeluang berinteraksi secara terus dengan pegawai AADK. Pelbagai maklumat penting mengenai kesan buruk dadah terhadap fizikal, mental, dan masa depan pelajar turut dikongsi bagi menyemaikan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu untuk membanteras najis dadah.

​Pihak AADK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran SMK Beluran II atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Usaha kolaboratif seumpama ini membuktikan bahawa pencegahan dadah adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipupuk seawal peringkat sekolah lagi.

​Semoga ilmu dan kesedaran yang disampaikan menerusi pameran ini dapat menjadi benteng kendiri yang teguh buat para pelajar SMK Beluran II agar sentiasa memelihara gaya hidup sihat tanpa dadah.

Bersama kita realisasikan

🧑‍🧑‍🧒‍🧒 Daftar SKUAD Antidadah di :
🌐 https://skuad.adk.gov.my/pendaftaran

​📍 follow kami untuk maklumat terkini:
☑️ Facebook
https://www.facebook.com/AADKDaerahSandakan/

☑️ Tiktok
https://www.tiktok.com/.sandakan.official

☑️ Instagram
https://instagram.com/aadkdaerahsandakan

☑️ Twitter
https://twitter.com/aadksandakan

☑️ YouTube
https://youtube.com/user/MrAADK

​⚠️ Ada masalah berkaitan dadah?
Dapatkan bantuan segera :
📞 Hotline AADK : 1-800-22-2235
💬 WhatsApp : 019-6262233
🌐 Portal aduan dalam talian : icari.aadk.gov.my






14/08/2026
14/08/2026

PEMERKASAAN PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN SECARA SUKARELA

Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang mula berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025 selepas pindaan memberi nafas baharu dengan memperluas akses untuk merawat penagih serta penyalah guna dadah dan bahan.

Akta ini juga menggalakkan individu tampil mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela di fasiliti AADK.

Ingin tahu tentang program ini dengan lebih lanjut, ikutkan temu bual eksklusif bersama Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Dato’ Ruslin Jusoh dalam Radio NasionalFM pada 14 Ogos 2026, pukul 11.15 pagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah







14/08/2026

"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;
"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana yang demikian lebih patut agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang Allah SWT telah berikan."

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini mendidik kita agar menjauhi sifat membandingkan diri dengan mereka yang lebih berada sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati atau keluh kesah.

Sebaliknya, Islam mengajar kita untuk mensyukuri rezeki yang ada, menghargai setiap nikmat serta memupuk sifat qanaah dan rendah hati dalam kehidupan seharian.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh nilai kesyukuran, memperbaiki akhlak serta mendidik diri dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sejahtera, bermakna dan diberkati.

13/08/2026

Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering kita abaikan.

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang. Ambil serius setiap amaran dan buat pilihan yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK SRI MELANTA JAYA, SANDAKAN TAHUN 2026.12 Ogos 2026 | RabuAgensi Ant...
12/08/2026

PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK SRI MELANTA JAYA, SANDAKAN TAHUN 2026.

12 Ogos 2026 | Rabu

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan melalui Unit Pencegahan telah dijemput bagi menjayakan Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Sekolah yang dianjurkan oleh Unit PPDa SK Sri Melanta Jaya, Sandakan dengan kerjasama Unit Disiplin serta Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan.

​Program yang bertempat di Kantin SK Sri Melanta Jaya ini melibatkan pendedahan khusus kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi memupuk kesedaran awal mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

​Antara pengisian utama program adalah ceramah bertajuk "Gaya Hidup Sihat dan Jauhi Dadah dan Bahan Terlarang" yang disampaikan oleh Encik Ardar bin Arsad dari Unit Pencegahan AADK Daerah Sandakan. Menerusi ceramah ini, para pelajar khususnya murid Tahun 4, 5, dan 6 didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan jenis-jenis bahan terlarang, keburukan penyalahgunaan dadah, serta amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan sejak awal lagi.

​Selain ceramah, pihak AADK Daerah Sandakan turut mengadakan Pameran Antidadah bagi memberi peluang kepada para pelajar melihat secara lebih dekat bahan pameran, maklumat pendidikan visual, dan info grafik mengenai pencegahan dadah. Pameran ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga sekolah.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SK Sri Melanta Jaya atas jemputan dan kerjasama erat yang diberikan. Semoga usaha berterusan ini mampu menyemai nilai-nilai positif dan melahirkan generasi berilmu yang bebas daripada ancaman dadah.

Bersama kita realisasikan

🧑‍🧑‍🧒‍🧒 Daftar SKUAD Antidadah di :
🌐 https://skuad.adk.gov.my/pendaftaran

​📍 follow kami untuk maklumat terkini:
☑️ Facebook
https://www.facebook.com/AADKDaerahSandakan/

☑️ Tiktok
https://www.tiktok.com/.sandakan.official

☑️ Instagram
https://instagram.com/aadkdaerahsandakan

☑️ Twitter
https://twitter.com/aadksandakan

☑️ YouTube
https://youtube.com/user/MrAADK

​⚠️ Ada masalah berkaitan dadah?
Dapatkan bantuan segera :
📞 Hotline AADK : 1-800-22-2235
💬 WhatsApp : 019-6262233
🌐 Portal aduan dalam talian : icari.aadk.gov.my






MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT TANPA DADAH SEAWAL SEKOLAH RENDAH DI SK PERANCANGAN, BELURAN.11 Ogos 2026 | SelasaAgensi A...
12/08/2026

MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT TANPA DADAH SEAWAL SEKOLAH RENDAH DI SK PERANCANGAN, BELURAN.

11 Ogos 2026 | Selasa

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan menerusi Unit Pencegahan telah berjaya melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Sekolah Tahun 2026 bertempat di Dewan SK Perancangan, Sandakan. Program yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah hari ini telah merangkumi penglibatan seluruh warga dan murid SK Perancangan.

​Program berimpak tinggi ini bertujuan untuk menyebarluaskan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang, di samping memupuk gaya hidup sihat dan sejahtera dalam kalangan murid-murid sekolah rendah seawal usia.

​Antara pengisian utama program termasuklah pengisian Ceramah Kesedaran bertajuk "Gaya Hidup Sihat dan Jauhi Dadah dan Bahan Terlarang" yang telah disampaikan oleh Encik Ardar bin Arsad dari Unit Pencegahan AADK Daerah Sandakan. Dalam ceramah tersebut, murid-murid didedahkan dengan maklumat asas mengenai jenis-jenis bahan terlarang, implikasi buruk terhadap kesihatan diri, masa depan dan keluarga, serta kemahiran menyatakan "TIDAK" kepada sebarang bentuk desakan atau pengaruh negatif.

AADK Daerah Sandakan turut mengadakan Pameran Antidadah khas bagi memberi peluang kepada murid-murid melihat secara dekat bahan-bahan pameran, bahan pendidikan, serta maklumat visual berhubung bahaya dadah. Sambutan yang diterima amat menggalakkan di mana para murid menunjukkan keterujaan serta respons aktif sepanjang sesi pameran berlangsung.

​Pihak AADK Daerah Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbiran SK Perancangan atas jemputan serta kerjasama erat yang diberikan. Semoga usaha kolaboratif ini dapat memperkasakan benteng pencegahan dari peringkat akar umbi demi melahirkan generasi muda yang bebas daripada ancaman dadah.

Bersama kita realisasikan

🧑‍🧑‍🧒‍🧒 Daftar SKUAD Antidadah di :
🌐 https://skuad.adk.gov.my/pendaftaran

​📍 follow kami untuk maklumat terkini:
☑️ Facebook
https://www.facebook.com/AADKDaerahSandakan/

☑️ Tiktok
https://www.tiktok.com/.sandakan.official

☑️ Instagram
https://instagram.com/aadkdaerahsandakan

☑️ Twitter
https://twitter.com/aadksandakan

☑️ YouTube
https://youtube.com/user/MrAADK

​⚠️ Ada masalah berkaitan dadah?
Dapatkan bantuan segera :
📞 Hotline AADK : 1-800-22-2235
💬 WhatsApp : 019-6262233
🌐 Portal aduan dalam talian : icari.aadk.gov.my






Address

Bandar Labuk Jaya,Blok C2,Lorong C5,Lot 1 Dan 2,Peti Surat 2989, 90000,Sandakan,Sabah

90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089215236

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share