12/08/2026
PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK SRI MELANTA JAYA, SANDAKAN TAHUN 2026.
12 Ogos 2026 | Rabu
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan melalui Unit Pencegahan telah dijemput bagi menjayakan Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Sekolah yang dianjurkan oleh Unit PPDa SK Sri Melanta Jaya, Sandakan dengan kerjasama Unit Disiplin serta Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan.
Program yang bertempat di Kantin SK Sri Melanta Jaya ini melibatkan pendedahan khusus kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi memupuk kesedaran awal mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.
Antara pengisian utama program adalah ceramah bertajuk "Gaya Hidup Sihat dan Jauhi Dadah dan Bahan Terlarang" yang disampaikan oleh Encik Ardar bin Arsad dari Unit Pencegahan AADK Daerah Sandakan. Menerusi ceramah ini, para pelajar khususnya murid Tahun 4, 5, dan 6 didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan jenis-jenis bahan terlarang, keburukan penyalahgunaan dadah, serta amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan sejak awal lagi.
Selain ceramah, pihak AADK Daerah Sandakan turut mengadakan Pameran Antidadah bagi memberi peluang kepada para pelajar melihat secara lebih dekat bahan pameran, maklumat pendidikan visual, dan info grafik mengenai pencegahan dadah. Pameran ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SK Sri Melanta Jaya atas jemputan dan kerjasama erat yang diberikan. Semoga usaha berterusan ini mampu menyemai nilai-nilai positif dan melahirkan generasi berilmu yang bebas daripada ancaman dadah.
Bersama kita realisasikan
🧑🧑🧒🧒 Daftar SKUAD Antidadah di :
🌐 https://skuad.adk.gov.my/pendaftaran
📍 follow kami untuk maklumat terkini:
☑️ Facebook
https://www.facebook.com/AADKDaerahSandakan/
☑️ Tiktok
https://www.tiktok.com/.sandakan.official
☑️ Instagram
https://instagram.com/aadkdaerahsandakan
☑️ Twitter
https://twitter.com/aadksandakan
☑️ YouTube
https://youtube.com/user/MrAADK
⚠️ Ada masalah berkaitan dadah?
Dapatkan bantuan segera :
📞 Hotline AADK : 1-800-22-2235
💬 WhatsApp : 019-6262233
🌐 Portal aduan dalam talian : icari.aadk.gov.my