UPPM N.56 Tanjung Papat

UPPM N.56 Tanjung Papat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N.56 Tanjung Papat, Government Organization, Tingkat 1, Lot 1A & B, Blok 20. Pusat Bandar Sandakan, Lebuh Tiga, Sandakan.

Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah membuat aduan kepada pihak JPPS berkenaan manhole tersumbat di Jalan Singapura. Adua...
10/06/2025

Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah membuat aduan kepada pihak JPPS berkenaan manhole tersumbat di Jalan Singapura. Aduan dihantar pada 14 Mei 2025. Tindakan diambil pada 29 Mei 2025 kemudian manhole tersumbat untuk kali kedua pada 30 Mei 2025 dan sekali lagi pihak UPPM N.56 Tanjung Papat mengajukan aduan kepada pihak JPPS untuk kerja-kerja menyelenggara. Tindakan diambil pada 05 Jun 2025.

Pihak JPPS telah memaklumkan kepada pihak UPPM N.56 Tanjung Papat kelewatan tindakan ini diambil disebabkan pihak JPPS telah banyak menerima aduan berkenaan manhole tersumbat di kawasan Sandakan, longgokan aduan kerja-kerja penyelenggaran di kawasan Sandakan menyebabkan tindakan lewat diselesaikan.





Aduan berkenaan longkang yang dipenuhi dengan sampah sarap di Blok 75, Jalan Singapura pada 19 Mei 2025 kepada pihak Maj...
29/05/2025

Aduan berkenaan longkang yang dipenuhi dengan sampah sarap di Blok 75, Jalan Singapura pada 19 Mei 2025 kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan. Aduan telah diselesaikan pada 28 Mei 2025.





Aduan longgokan sampah dan pembuangan sisa pembinaan bangunan telah dilaporkan di Blok 20, Pusat Bandar Sandakan kepada ...
25/05/2025

Aduan longgokan sampah dan pembuangan sisa pembinaan bangunan telah dilaporkan di Blok 20, Pusat Bandar Sandakan kepada pihak Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Sandakan pada 06 Mei 2025. Pada 08 Mei 2025 aduan tersebut telah di ambil tindakan.

Terima kasih pihak Majlis Perbandaran Sandakan atas maklumbalas dan kerjasama menyelesaikan aduan ini dengan kadar segera.





Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah membuat aduan kepada pihak Telekom Malaysia (TM) berkaitan wayar telekom yang berjun...
07/05/2025

Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah membuat aduan kepada pihak Telekom Malaysia (TM) berkaitan wayar telekom yang berjuntai ke kaki lima di Jambatan 14, Kampung Sim-Sim. Aduan dihantar pada 30 April 2025. Wayar yang berjuntai ini risau akan membahaya penduduk yang lalu di kawasan tersebut terutama sekali kanak-kanak. Aduan telah diselesaikan pada 5 Mei 2025. Terima kasih pihak Telekom Malaysia atas tindakan menyelesaikan aduan ini.






Tarikh aduan dihantar : 07 Mac 2025Tarikh aduan diselesaikan: 09 April 2025Kawasan : Blok 15, Pusat Bandar Sandakan berh...
09/04/2025

Tarikh aduan dihantar : 07 Mac 2025

Tarikh aduan diselesaikan: 09 April 2025

Kawasan : Blok 15, Pusat Bandar Sandakan berhadapan The Elite Electronics

Jenis Aduan: Penutup parit konkrit berlubang

Agensi bertanggungjawab: Jabatan Penyelenggaraan MPS

Aduan berkenaan penutup parit konkrit berlubang di Blok 15, Pusat Bandar Sandakan berhadapan Kedai Yaw Lin telah dipanja...
08/04/2025

Aduan berkenaan penutup parit konkrit berlubang di Blok 15, Pusat Bandar Sandakan berhadapan Kedai Yaw Lin telah dipanjangkan kepada pihak MPS pada 25 Mac 2025.

Aduan telah diselesaikan pada 27 Mac 2025. Terima kasih pihak MPS atas tindakan pantas menyelesaikan aduan ini.




Tarikh Aduan: 31hb Mac 2025Tarikh Siap: 03hb April 2025Kawasan: Jalan Singapura (Padang Bandaran Sandakan / Depan Blok 4...
08/04/2025

Tarikh Aduan: 31hb Mac 2025

Tarikh Siap: 03hb April 2025

Kawasan: Jalan Singapura (Padang Bandaran Sandakan / Depan Blok 45, Jalan Sekolah)

Jenis Aduan: Jalan Raya berlubang (Sinkhole di Jalan Raya)

Agensi: Jabatan Kerja Raya (JKR)

Maklum Balas daripada JKR: Tindakan penutupan sinkhole telah dijalankan dan kini masih dalam pemantauan.

27 Mac 2025 (Khamis)Lawatan PPM Shaiful Bahari serta kakitangan UPPM N.56 Tanjung Papat ke rumah mangsa kejadian rumah r...
27/03/2025

27 Mac 2025 (Khamis)

Lawatan PPM Shaiful Bahari serta kakitangan UPPM N.56 Tanjung Papat ke rumah mangsa kejadian rumah roboh di Jambatan 18, Kg Melayu Bumiputera.

Hasil lawatan mendapati tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Namun mangsa iaitu Puan Sharipa Fahanipah Shariff Omang memaklumkan hanya dokumen penting yang dapat diselamatkan. Sebelum kejadian rumah roboh ini, mangsa mendapat petanda terdapat gegaran dan bunyi pada rumah mereka beberapa hari yang lepas. Mereka sekeluarga sempat berpindah di kawasan yang lebih selamat sebelum kejadian rumah mereka roboh.

Mangsa memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat dan pihak UPPM N.56 Tanjung Papat akan membantu mangsa untuk mendapatkan bantuan yang selayaknya diberikan untuk membantu Puan Sharipa yang ditimpa musibah dan meringkan beban beliau.
Semoga beliau terus kuat menghadapi ujian di bulan Ramadan ini.





25 Mac 2025 (Selasa)Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah mengadakan Program Sumbangan Bakul Ramadan daripada Pusat Zakat ...
27/03/2025

25 Mac 2025 (Selasa)

Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah mengadakan Program Sumbangan Bakul Ramadan daripada Pusat Zakat Bahagian Zakat dan Fitrah (MUIS)Negeri Sabah.
Sebanyak 300 bakul makanan disediakan untuk penerima kategori anak yatim/ibu tunggal/OKU/warga emas dan golongan Asnaf. Program ini diadakan di Surau Al-Furqan, Kg Sim-Sim dan bantuan disampaikan oleh PPM Shaiful Bahari.





19 Mac 2025(Rabu)Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana angin kencang yang ber...
25/03/2025

19 Mac 2025(Rabu)

Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana angin kencang yang berlaku pada 17 Mac 2025 yang lalu.

Sumbangan disampaikan oleh PPM Shaiful bersama kakitangan UPPM N.56 Tanjung Papat. Sumbangan yang disampaikan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban mangsa.





17 Mac 2025 (Isnin) Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah membuat lawatan mangsa bencana angin kencang di Kampung Sim-Sim ...
25/03/2025

17 Mac 2025 (Isnin)

Pihak UPPM N.56 Tanjung Papat telah membuat lawatan mangsa bencana angin kencang di Kampung Sim-Sim Sandakan.

PPM Shaiful bersama kakitangan telah membuat lawatan sekaligus mengambil laporan tentang mangsa bencana ini. Diharapkan mangsa bersabar dengan ujian ditimpa.





UPPM N.56 Tanjung Papat telah menyerahkan sumbangan bantuan beg sekolah kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan....
25/03/2025

UPPM N.56 Tanjung Papat telah menyerahkan sumbangan bantuan beg sekolah kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Sumbangan disampaikan oleh PPM Shaiful serta kakitangan UPPM N.56 Tanjung Papat. Sumbangan diserahkan di Pejabat UPPM N.56 Tanjung Papat.





Address

Tingkat 1, Lot 1A & B, Blok 20. Pusat Bandar Sandakan, Lebuh Tiga
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N.56 Tanjung Papat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share