19/05/2026
19/05/2026 (Selasa)
Masa: 4.30ptg
Lawatan dan tinjauan telah dijalankan ke Jambatan 12 bagi meninjau keadaan semasa jambatan tersebut berikutan kerosakan pada bahagian pagar yang telah jatuh dan membahayakan pengguna jambatan serta penduduk sekitar. Turut hadir PPM PUAN EVEY BAIZURAH BINTI KAMARUDIN, PENYELIA DAN PEMAJU MUKIM.
Hasil tinjauan mendapati keadaan pagar jambatan mengalami kerosakan yang serius dan memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Lawatan ini turut bertujuan untuk mengenal pasti tahap kerosakan serta mendapatkan maklumat awal bagi tujuan tindakan susulan dan kerja-kerja baik pulih.
Pihak berkaitan diharap dapat mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya demi memastikan keselamatan pengguna jambatan sentiasa terjamin.