USNO N.8 Pintasan

USNO N.8 Pintasan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from USNO N.8 Pintasan, Political Party, Sandakan.

Jelajah Presiden USNO dikawasan P189 Semporna bagi menemui para Perwakilan dengan tujuan bersuai kenal sambil memberi pe...
13/06/2022

Jelajah Presiden USNO dikawasan P189 Semporna bagi menemui para Perwakilan dengan tujuan bersuai kenal sambil memberi penerangan dan menjelaskan kepada mereka berkaitan beberapa Agenda/ pindaan perlembagaan semasa EGM yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Presiden bersama rombongan USNO Pusat sangat terharu dan mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Ahmad Kenajaan, Ketua Bahagian USNO Semporna bersama J/K dan ahli²nya diatas sambutan dan layanan istimewa kepada rombongan Presiden.

Jelajah Presiden USNO dikawasan P184 Libaran bagi menemui para Perwakilan dengan tujuan bersuai kenal sambil memberi pen...
13/06/2022

Jelajah Presiden USNO dikawasan P184 Libaran bagi menemui para Perwakilan dengan tujuan bersuai kenal sambil memberi penerangan dan menjelaskan kepada mereka berkaitan beberapa Agenda EGM yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Siri Jelajah Presiden USNO ke Bahagian P168 Kota Marudu, 5/6/2022
05/06/2022

Siri Jelajah Presiden USNO ke Bahagian P168 Kota Marudu, 5/6/2022






Program 1 Ramadhan dihujung minggu, Jawatankuasa Penyelaras USNO N8 Pintasan mengambil inisiatif menyampaikan sedikit su...
05/04/2022

Program 1 Ramadhan dihujung minggu, Jawatankuasa Penyelaras USNO N8 Pintasan mengambil inisiatif menyampaikan sedikit sumbangan berupa air minuman di Masjid² sekitar Kg. Payas², Kg. Liang, Kg. Pantai Emas, Kg. Pintasan, Kg. Tamau, Kg. Tamau (Lilud).
In syaaAllah jika ada rezeki lagi dimasa akan datang, kami akan bergerak dan usahakan menghantar ke kawasan Sodara² yg lain 😃

Alhamdulillah tertubuhnya Jawatankuasa PDM Merabau dengan jayanya pada 13/3/2022 yg diketuai oleh Tn. Sazali Abdul Zaman...
18/03/2022

Alhamdulillah tertubuhnya Jawatankuasa PDM Merabau dengan jayanya pada 13/3/2022 yg diketuai oleh Tn. Sazali Abdul Zaman.
Semoga perjuangan murni dan kerja keras kalian kelak dibalas dengan kejayaan 🤲

09/03/2022

Hidup adalah sebuah perjuangan dan harus diperjuangkan. Kemenangan juga ada di depan mata, namun sempurnakanlah ia bersama segala usaha seiring dengan doa 🤲, kemudian bersabarlah sambil menanti hasil yang sempurna berserta kejayaan 💪

Selamat berjuang semua ✊

* Tan Sri Pandikar Amin Mulia merupakan ahli politik veteran Malaysia, dilahirkan pada 17 September 1955, berasal dari K...
07/03/2022

* Tan Sri Pandikar Amin Mulia merupakan ahli politik veteran Malaysia, dilahirkan pada 17 September 1955, berasal dari Kota Belud, Sabah.

* Berlatarbelakangkan sebagai seorang Pengamal Undang-Undang (Peguam) lulusan University of Wolverhampton, England.

* Beliau merupakan mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia bagi penggal ke-12 selepas pilihan raya umum ke-12 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

* Beliau kini merupakan Presiden Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Penubuhan Jawatankuasa PDM Dudar yg dipengerusikan oleh Datu Asal Datu Ariffin, Ketua Penyelaras DUN N.8 Pintasan, pada ...
07/03/2022

Penubuhan Jawatankuasa PDM Dudar yg dipengerusikan oleh Datu Asal Datu Ariffin, Ketua Penyelaras DUN N.8 Pintasan, pada 5/3/2022.
Tahniah di atas sokongan dan komitmen semua AJK.

'Pampasan RM62.5 billion'USNO SERU PEMIMPIN LETAK KEPENTINGAN RAKYAT SABAH DI ATAS SEGALANYAKOTA KINABALU: Pertubuhan Ke...
04/03/2022

'Pampasan RM62.5 billion'

USNO SERU PEMIMPIN LETAK KEPENTINGAN RAKYAT SABAH DI ATAS SEGALANYA

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin parti politik di Sabah untuk memfokuskan pemikiran mereka dengan meletakkan kepentingan rakyat negeri Sabah di atas segalanya.

Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia berkata, masanya telah tiba untuk pemimpin-pemimpin di negeri Sabah tanpa mengira ideologi parti,mengekang ego masing -masing, mengelakkan pergeseran pendapat antara satu sama lain yang tidak berkesudahan demi untuk kepentingan dan kemakmuran negeri Sabah dan rakyatnya yang berbilang kaum, kebudayaan dan agama.

Perebutan kedudukan dan kuasa akan menguntungkan pihak lain yang mempunyai agenda politik pecah dan perintah, katanya yang juga mantan Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berita yang tersebar luas di media sosial kononnya Malaysia perlu membayar kepada pewaris Sultan Sulu sejumlah RM62 bilion.

Kewajaran untuk membayar ini dizahirkan oleh satu badan timbangtara di negara Sepanyol ekoran dari suatu tindakan undang-undang dari pewaris Sultan Sulu terhadap negara Malaysia.
Kononnya, ini adalah akibat pelanggaran perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik Syarikat British Borneo Utara.

Penimbangtara Sepanyol, Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu semasa perbicaraan di Mahkamah Arbitrasi di Paris Perancis.

“Setahu kami rakyat Negeri Sabah yang merdeka sejak 1963 melalui Malaysia,soal tuntutan negara Filipina terhadap negeri Sabah yang disandarkan kepada kaitan sejarah Sultan Sulu dan penjajah dahulu, telah bertahun-tahun disedari oleh pihak-pihak yang berwajib di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Akan tetapi sehingga isu pampasan lebih RM62 bilion ini tercetus, tidak ada tindakan tuntas dan tegas dari mereka yang berwajib di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu tuntutan ini,”tambahnya.

Beberapa tahun yang lalu, rakyat Malaysia terkejut dengan kehilangan Pulau Batu Puteh-sebuah pulau miliki Malaysia mengikut sejarah. Dalam isu pertikaian di antara negara mana yang memiliki Pulau Batu Putih, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Menurutnya, majoriti rakyat negeri Sabah kini khuatir dan tertanya-tanya “dapatkah negara Malaysia mengatasi isu pampasan lebih RM62 bilion ini?”

Dalam erti kata lain, apakah negara Malaysia dari sudut perundangan mempunyai alasan untuk tidak dipaksa membayar pampasan berkenaan.
Adalah suatu malapetaka yang besar yang akan menimpa rakyat negeri Sabah sekiranya permasalahan ini tidak dapat ditangani, kata Pandikar.

“Dengan membayar lebih RM62 bilion kepada pewaris Sultan Sulu, adalah sama seperti negara Malaysia menjual hak-hak rakyat negeri Sabah kepada kuasa asing.

Katanya, dalam isu pampasan RM62 bilion ini, parti USNO berpendirian bahawa adalah lebih baik wang sejumlah itu, dihadiahkan kepada rakyat Negeri Sabah daripada membayar pewaris Sultan Sulu.

“ Ini adalah kerana rakyat negeri Sabah lah yang lebih berhak untuk diberikan pampasan daripada mana-mana pihak termasuk pewaris Sultan Sulu,” tegasnya.

“Dengan jumlah wang tersebut, rakyat negeri Sabah akan dapat menggunakannya untuk membangunkan negeri Sabah disamping dapat menjaga dan mempertahankan kedaulatannya sebagai sebuah negara yang merdeka sejak tahun 1963,” katanya.

Jelasnya, rakyat negeri Sabah akan dapat dibangun dan dijaga kedaulatannya dengan adanya wang sejumlah lebih RM62 bilion ini.

Beliau berkata, pihak-pihak yang berwajib di peringkat kerajaan Persekutuan wajar mengambil iktibar kepada apa yang berlaku dalam kes Pulau Batu Puteh yang jaraknya cuma 7.5 batu dari Negeri Johor dan 25 batu dari Singapura.

“Jangan atas kecuaian oleh pihak-pihak yang berwajib di Putrajaya, rakyat negeri Sabah akan menjadi mangsa.

Presiden dan Ketua Penyelaras USNO N.8 Pintasan memveri penghormatan terakhir sambil mengiringi upacara pengebumian jena...
04/03/2022

Presiden dan Ketua Penyelaras USNO N.8 Pintasan memveri penghormatan terakhir sambil mengiringi upacara pengebumian jenazah arwah Hj. Alim Pandita di Kg. Rampayan Laut, 2/3/2022 baru² ini

Semoga Allah mengampunkan dosa² arwah dan rohnya dicucuri rahmat, Aamin YRA.. 🤲

Address

Sandakan
90000 TO 90999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USNO N.8 Pintasan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to USNO N.8 Pintasan:

Share