Gagasan Rakyat Elopura

Gagasan Rakyat Elopura Penerangan Parti Gagasan Rakyat N.55 Elopura

05/07/2025

Sekadar satu perkongsian. Mana tau ada yang kurang faham...

MESYUARAT AJK BAHAGIAN BAHAGIAN PGRS N.55 ELOPURA24 Mei 2025 :-Mesyuarat AJK Bahagian PGRS N.55 Elopura dirasmikan oleh ...
24/05/2025

MESYUARAT AJK BAHAGIAN BAHAGIAN PGRS N.55 ELOPURA

24 Mei 2025 :-
Mesyuarat AJK Bahagian PGRS N.55 Elopura dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Ag. Kadin Tang selaku Ketua Bahagian N.55 Elopura.

Sandakan 17 Mei 2025.Persiapan bagi Mesyuarat Bahagian N.55 Elopura. Yang Berbahagia Datuk Hj. Ag. Kadin Tang, Ketua Bah...
18/05/2025

Sandakan 17 Mei 2025.

Persiapan bagi Mesyuarat Bahagian N.55 Elopura.

Yang Berbahagia Datuk Hj. Ag. Kadin Tang, Ketua Bahagian N. 55 Elopura memberikan kata semengat kepada jentera N.55 Elopura supaya memastikan seluruh warga GRS memberikan komitmen yang jitu dalam menghadapi Pilihanraya tidak lama lagi.

Beliau menyeru kepada semua barisan kepimpinan, pemuda, wanita, dan seluruh jentera akar umbi untuk teruskan usaha, jangan mudah putus asa. Sabah memerlukan perjuangan semua ahli, Negeri ini memerlukan kepimpinan yang jujur, yang cekal, dan yang berani menyuarakan kebenaran.

Beliau percaya bahawa GRS adalah wadah terbaik untuk memacu kemajuan dan kestabilan di Sabah. Kita akan terus bekerja, bukan demi jawatan, tetapi demi amanah. Bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi demi rakyat.

Beliau mengajak semua ahli rapatkan saf, tingkatkan solidariti, dan terus berjuang dengan semangat yang tinggi. Sabah ini milik kita, masa depan ini tanggungjawab kita.

01/03/2025
Salam Marhaban Ya Ramadhan, ikhlas daripada YBHG. DATUK HAJI AWANG KADIN TANG, Ahli Majlis Tertinggi PGRS Sabah, Pengara...
01/03/2025

Salam Marhaban Ya Ramadhan, ikhlas daripada YBHG. DATUK HAJI AWANG KADIN TANG, Ahli Majlis Tertinggi PGRS Sabah, Pengarah UPPM, Merangkap Ketua Bahagian PGRS N.55 Elopura.

Happy Chinese New Year 2025, The Year Of Snake.From :-Datuk Awang Kadin TangKetua Bahagian N55 Elopura.
28/01/2025

Happy Chinese New Year 2025, The Year Of Snake.

From :-
Datuk Awang Kadin Tang
Ketua Bahagian N55 Elopura.

Bengkel Penerangan 2025, Zon 9 & 10.- Anjuran : Biro Penerangan PGRS- 11 Jan 2025 di Livingstone Hotel, Sandakan.Dirasmi...
11/01/2025

Bengkel Penerangan 2025, Zon 9 & 10.
- Anjuran : Biro Penerangan PGRS
- 11 Jan 2025 di Livingstone Hotel, Sandakan.
Dirasmikan oleh Datuk Masiung Banah
Naib Presiden PGRS.

Bengkel pemerkasaan perancangan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN 17), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) akan merancang beberapa strategi utama yang mencerminkan objektif dalam memperkuatkan kedudukan dan memperluaskan pengaruh PGRS di Sabah., BENGKEL ini adalah beberapa pendekatan yang boleh dijangkakan berdasarkan keadaan politik semasa.

“Suhaimi Sibuk Angkat Kaki, Gagal Urus Libaran”Sandakan, 9 Disember 2024Ahli Parlimen Libaran merangkap Ketua Penerangan...
08/12/2024

“Suhaimi Sibuk Angkat Kaki, Gagal Urus Libaran”

Sandakan, 9 Disember 2024

Ahli Parlimen Libaran merangkap Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, terus menerima kritikan apabila didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasannya tetapi sibuk bermain politik dengan menyerang kerajaan GRS PH Plus.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Elopura, Datuk Hj. Awang Kadin Tang, menegaskan bahawa Suhaimi perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada isu-isu rakyat di Libaran seperti infrastruktur yang ketinggalan, pembangunan ekonomi yang perlahan, serta keperluan asas seperti bekalan air dan elektrik yang tidak stabil.

“Sebagai Ahli Parlimen, Suhaimi seharusnya menggunakan kedudukannya untuk memperjuangkan nasib rakyat Libaran di Parlimen, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan politik tidak berasas untuk menutup kelemahan dalam partinya sendiri,” kata Datuk Hj. Awang Kadin Tang dalam satu kenyataan rasmi.

Beliau turut mempersoalkan integriti Suhaimi yang terus mempertahankan pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri B**g Moktar Radin, yang terpalit dengan pelbagai kontroversi rasuah dan salah guna kuasa.

Datuk Seri B**g Moktar kini sedang berdepan tiga pertuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta melibatkan pelaburan Felcra Bhd. Mahkamah telah mengarahkan beliau dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, untuk membela diri selepas siasatan mendapati terdapat bukti kukuh berkaitan penerimaan wang rasuah daripada beberapa syarikat pelaburan.

Selain itu, rekod kepimpinan B**g Moktar turut dipersoalkan apabila beliau sering dikaitkan dengan salah guna kuasa semasa mengetuai UMNO Sabah. Kes pemecatan dalaman, pelantikan politik kontroversi, dan sikap tidak mahu berundur walaupun desakan datang daripada ahli partinya sendiri menggambarkan betapa lemahnya etika kepimpinan dalam UMNO Sabah di bawah pimpinannya.

“Bagaimana Suhaimi mahu bercakap tentang integriti sedangkan pemimpin yang beliau sanjung sendiri masih enggan berundur walaupun telah diperintah oleh mahkamah untuk membela diri? Jangan sampai rakyat melihat UMNO Sabah sebagai parti yang hanya tahu bermain sandiwara politik,” tambah Datuk Hj. Awang Kadin Tang.

Beliau menasihatkan Suhaimi agar “jangan sekadar angkat kaki mempertahankan B**g Moktar,” sebaliknya turun padang dan menunjukkan kesungguhan dalam menyelesaikan masalah rakyat Libaran yang telah lama menunggu tindakan konkrit daripada seorang wakil rakyat.

“Rakyat Sabah sudah bijak menilai. Mereka mahukan wakil rakyat yang bekerja, bukan sekadar tokoh politik yang hanya pandai bercakap di media,” tegasnya.

Beliau mengakhiri kenyataan itu dengan peringatan tajam: “Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.”

“Serangan politik tanpa asas tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Libaran atau memulihkan imej UMNO Sabah yang semakin merudum,” katanya.

BERITA -BERITA TEMPATAN:Pasukan petugas dibentuk untuk pantau isu elektrik dan air di Sabahhttps://gagasanrakyat.my/pasu...
10/01/2024

BERITA -BERITA TEMPATAN:

Pasukan petugas dibentuk untuk pantau isu elektrik dan air di Sabah
https://gagasanrakyat.my/pasukan-petugas-dibentuk-untuk-pantau-isu-elektrik-dan-air-di-sabah/

GRS enggan terlibat dengan mana-mana ‘langkah’ tumbangkan kerajaan
https://gagasanrakyat.my/grs-enggan-terlibat-dengan-mana-mana-langkah-tumbangkan-kerajaan-hajiji/

SABAH BARU NEWS:

Pasukan petugas dibentuk untuk pantau isu elektrik dan air di Sabah
https://www.sabahbarunews.com/?p=35500

Armizan nafi tandatangan SD tumbang kerajaan
https://www.sabahbarunews.com/?p=35506

GRS enggan terlibat dengan mana-mana ‘langkah’ tumbangkan kerajaan
https://www.sabahbarunews.com/?p=35510

Krisis bekalan air di UMS dijangka selesai sebelum akhir bulan ini
https://www.sabahbarunews.com/?p=35513

*MOHON SEBARAN DENGAN SEGERA

Sabah Baru News - Kota Kinabalu : Isu bekalan air yang dialami warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka akan selesai apabila kerja paip utama bagi menyalurkan air tambahan dari Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 di Tuaran siap sebelum akhir bulan ini.

RUMAH KITA, KITA TUANNYA, RUMAH KITA, KITA PENENTU MENU DAN RESEPINYA DAN RUMAH KITA, KITA YANG JAGA.Kota Kinabalu, 13 N...
13/11/2023

RUMAH KITA, KITA TUANNYA, RUMAH KITA, KITA PENENTU MENU DAN RESEPINYA DAN RUMAH KITA, KITA YANG JAGA.

Kota Kinabalu, 13 November 2023 (Isnin) :
Pada Ucapan Dasar Sempena Persidangan Agung Gagasan Rakyat Sabah 2023 YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah berkata, atas kestabilan politik sahaja dapat meneruskan Halatuju Sabah Maju Jaya. YAB Presiden berkata, berkat dengan kerjasama rakan politik di Sabah dan Perseketuan parti Gagasan Rakyat Sabah dapat menerajui kepimpinan Negeri ini.

Justeru, dalam pada itu YAB Presiden mengesa para ahli parti supaya tidak leka dengan apa yang ada sekarang, sebaliknya terus mengandakan usaha untuk mempastikan parti terus diterima rakyat dan dapat memenangi pilihanraya pada bila-bila masa.

YAB Presiden juga memuji semangat serta iltizam semua sayap wanita, Pemuda dan Beliawanis dalam mempastikan Parti Gabungan Rakyat Sabah sebuah parti relevan dan menjadi pilihan Rakyat.

Dalam pada itu YAB Presiden menegaskan bagi mempastikan halatuju Sabah Maju Jaya tercapai, mekanisma serta kaedah rapi dilaksanakan dengan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan diberi keutamaan.

Ketua Penerangan
N55 Elopura

KETUA PENERANGAN SEBAGAI BENTENG UTAMA PGRSKota Kinabalu 12 November 2023 :Bercakap semasa merasmikan Seminar Penerangan...
12/11/2023

KETUA PENERANGAN SEBAGAI BENTENG UTAMA PGRS

Kota Kinabalu 12 November 2023 :
Bercakap semasa merasmikan Seminar Penerangan Gagasan Rakyat Pusat di SICC, Kota Kinabalu, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah berpesan kepada semua Ketua Penerangan supaya menjalankan Amanah dengan komitmen yang tinggi.

Beliau menambah, peranan Ketua2 Penerangan amat penting dalam parti, kewibaan ketua Penerangan dalam menangani isu2 semasa bagi golongan yang menghentam kerajaan, kaedah menggunakan media yang ‘famous’ seperti FB, Tiktok, Instagram adalah tepat pada masanya untuk memberikan kefahaman kepada semua pihak berkaitan dengan halatuju kerajaan dalam menterjemahkan Sabah Maju Jaya.

Beliau menambah, kualiti personaliti sebagai pemimpin amat berharga, dan sentiasa bersikap positif dalam semua hal.

Dalam seminar itu ketua-ketua Penerangan telah diberikan pendedahan kepada Peranan dan Keberkesanan Ketua-ketua Penerangan di Lapangan dan Media Sosial serta sudut Perundangan berkaitan dengan media.

Address

Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gagasan Rakyat Elopura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share