Star Kuamut Page

Star Kuamut Page SEBAGAI SALURAN SIARAN BERITA DAN AKTIVITI-AKTIVITI STARSABAH DUN KUAMUT

StarSabah Bahagian N.57 Kuamut mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Tongod Tuan Fauzi Hj Norbeh pada 11 Ogo...
12/08/2022

StarSabah Bahagian N.57 Kuamut mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Tongod Tuan Fauzi Hj Norbeh pada 11 Ogos 2022. Rombongan tersebut diwakili oleh beberapa AJK Bahagian yang diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Tuan Mandek Yadam.

Antara tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memberi makluman kepada kepimpinan Daerah Tongod tentang pertukaran kepimpinan Parti StarSabah Bahagian N.57 Kuamut selepas Ketua Bahagian meletakkan jawatan dan meninggalkan parti StarSabah. Tugas Ketua Bahagian dipangku oleh Tuan Mandek Yadam sehingga Mesyuarat Agung Bahagian diadakan.

Selain itu, kunjungan hormat tersebut juga adalah menyatakan hasrat StarSabah Bahagian Kuamut untuk memberikan sokongan dan kerjasama kepada pihak kepimpinan Daerah Tongod.

AJK Bahagian yang terlibat juga memberikan idea-idea dan cadangan tentang pembangunan di Daerah Tongod seterusnya kedua-dua pihak membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan politik dan ekonomi dan mencapai kata sepakat yang baik.

Terbaik dan tahniah kepada AJK StarSabah Bahagian N.57 Kuamut dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Tongod yang memberikan kerjasama dan layanan yang baik.

Semoga pertemuan tersebut memberikan manfaat kepada masyarakat di Daerah Tongod dan semoga Parti Star Sabah terus bersinar di DUN Kuamut.

Tahniah diucapkan kepada Naib Ketua Bahagian dan Setiausaha Wiramuda Star N.57 Kuamut yang dianugerahkan Bacelor Eksekut...
09/08/2022

Tahniah diucapkan kepada Naib Ketua Bahagian dan Setiausaha Wiramuda Star N.57 Kuamut yang dianugerahkan Bacelor Eksekutif Perniagaan daripada Universiti Malaysia Pahang.

02/08/2022

Tuan Mandek Yadam menerima Watikah Perlantikan Sebagai Ketua Bahagian Star Sabah N.57 Kuamut yang baru daripada Setiausaha Agung Star Sabah Ybhg. Tuan Edward Linggu. Tahniah diucapkan atas perlantikan beliau dan semoga dapat memberikan nafas baru kepada warga Star Sabah di DUN Kuamut untuk meneruskan perjuangan.

Selamat maju jaya kepada mantan Ketua Bahagian StarSabah N.57 Kuamut Tuan James Aik yang memilih untuk meneruskan perjua...
01/08/2022

Selamat maju jaya kepada mantan Ketua Bahagian StarSabah N.57 Kuamut Tuan James Aik yang memilih untuk meneruskan perjuangan di luar Parti Star. Beliau membuat pengumuman rasmi melepaskan jawatan Ketua Bahagian dan keahlian parti seumur hidup pada 30 Julai 2022 di Bilik Mesyuarat Hotel Queen Alice Telupid.

Antara lain sebab beliau meninggalkan parti Star adalah kerana ingin menguatkan Parti Gabungan Rakyat Sabah(GRS) di DUN Kuamut melalui penajaan satu lagi komponen GRS selain Star, PBS dan PPBM. Dalam pengumuman rasmi tersebut, beliau memberi bayangan akan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu(USNO) seterusnya menaja parti tersebut di DUN Kuamut.

Sebagai rekod, Tuan James Aik merupakan antara individu yang terlibat dalam penajaan Star Sarawak di Sabah, penubuhan Parti Cinta Sabah(PCS) dan seterusnya penubuhan Star Sabah bersama-sama dengan Presiden Star Sabah DSP Dr. Jeffrey Kitingan dan mantan Setiausaha Star Sabah mandiang Datuk Guan Dee Kohoi. Beliau juga merupakan antara individu yang terawal dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah melalui program penyebaran Agenda Borneo, Perkara 20 Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963 melalui NGO United Borneo Front(UBF). Beliau juga merupakan Ketua Penyalaras UBF Kinabatangan sebelum menaja dan dilantik sebagai Ketua Bahagian Star Sabah N.57 Kuamut seterusnya dicalonkan pada PRU14 di DUN Kuamut.

Star Kuamut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Tuan James Aik di atas jasa dan sumbangan dalam pembangunan Star Sabah di DUN Kuamut. Star Sabah DUN Kuamut sudah pasti akan bersama dan berganding bahu dengan Tuan James Aik dan parti komponen lain untuk mengukuhkan kekuatan GRS di Kuamut.

Dalam perkembangan lain, satu perjumpaan tidak rasmi oleh AJK tertinggi StarSabah N.57 Kuamut diadakan di Restoran M&L Kampung Sanan dan sebulat suara mencadangkan Tuan Mandek Yadam sebagai Pemangku Ketua Bahagian StarSabah N.57 Kuamut yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian.

16/11/2020

StarSabah DUN N.57 Kuamut mengucapkan setinggi tinggi TAHNIAH kepada Presiden StarSabah YB Datuk Seri Panglima Doktor Jeffrey G Kitingan, yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia dan Setiausaha Agong StarSabah Ybhg Dato Guandee Kohoi yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional Malaysia.

Semoga StarSabah terus bersinar di Sabah dan seluruh Malaysia.

20/10/2020

STAR Bahagian N.57 Kuamut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan:

Presiden StarSabah
Timbalan Ketua Menteri
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Ahli Parlimen Keningau
ADUN Tambunan

Semoga DSP diberikan kesihatan, kekuatan dan hikmat kebijaksanaan untuk memimpin ke arah kemakmuran rakyat Sabah.

STAR Kuamut akan terus menyokong kepimpinan DSP dan berjuang bersama sehingga mencapai kejayaan.

06.09.2020Kg. Sanan, TONGOD - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian N57 Kuamut telah membentuk Jawatankuasa Jente...
07/09/2020

06.09.2020

Kg. Sanan, TONGOD - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian N57 Kuamut telah membentuk Jawatankuasa Jentera Pilihanraya bagi menghadi PRN Sabah yang diadakan pada 26.09.2020.

Walau pun mendapat maklumat bahawa parti-parti rakan komponen PN di DUN Kuamut juga sedang membuat persiapan, Star Kuamut juga ingin bersaing untuk mendapat kuota bertanding memandangkan pembahagian kerusi belum dimuktamadkan.

Star Kuamut yakin boleh memenangi Dun Kuamut jika diberi peluang utk bertanding dengan melihat kepada sokongan yang mendadak sejak akhir-akhir ini.

En. Mandek Yadam selaku Tim. Ketua Bahagian dan juga Ahli Majlis Tertinggi StarSabah dipilih sebagai Pengarah Jentera PRN Star Bahagian Kuamut.

En. Jupri Piloh sebagai perancang dan arkitek Star Bahagian Kuamut telah membentangkan Strategi Pilihanraya untuk pengetahuan awal semua ketua-ketua Jentera Daerah Mengundi sblum perancangan secara lebih khusus dibuat di semua PDM dan cawangan-cawangan.

Pada masa yang sama, beberapa cawangan menyerahkan borang keahlian yang baru sebanyak 325 orang kepada ketua bahagian En. James Aik.

StarSabah semakin bersinar di Kuamut.

Tahniah dan terima kasih kepada Ketua Bahagian STAR Kuamut Tuan James Aik kerana memberi sumbangan kerusi kepada gereja ...
24/08/2020

Tahniah dan terima kasih kepada Ketua Bahagian STAR Kuamut Tuan James Aik kerana memberi sumbangan kerusi kepada gereja yang terbakar di Kg. Karamuak Daerah Tongod. Walau pun sumbangan yang kecil tetapi dengan hati yang besar.

Address

Tongod
Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Star Kuamut Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share