Hazem Mubarak Musa

Hazem Mubarak Musa Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
N.51 Sungai Manila

08/06/2026

Alhamdulillah hari ini saya mengiringi Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman yang mengadakan lawatan kerja ke Sandakan.

Pada lawatan itu, TYT membuat tinjauan ke Pusat Islam Sabah bagi melihat proses pembinaan pusat itu yang ketika ini berada di peringkat akhir.

Lawatan itu memperlihatkan komitmen TYT terhadap pusat itu di mana apabila siap sepenuhnya akan dapat mengembangkan syiar Islam di negeri ini.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh  rakyat Sabah yang meraikannya pada 30 - 31 Mei. Kaamatan bukan sek...
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya pada 30 - 31 Mei.

Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang telah diwariskan turun-temurun.

Semoga semangat Kaamatan terus menyatukan kita dalam kepelbagaian, memperkukuh persaudaraan serta menjadi pemangkin kemajuan negeri yang kita cintai.

Marilah kita bersama-sama memelihara adat, budaya dan nilai murni yang menjadi identiti rakyat Sabah.

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"


29/05/2026

Alhamdulillah saya dapat menyampaikan 15 ekor lembu untuk ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

Sumbangan itu bukan hanya kepada masjid, surau dan kampung dalam DUN Sungai Manila tetapi juga saya serahkan sumbangan itu kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), PGA 20 dan Penjara Sandakan.

Antara masjid yang menerima tahun ini, masjid Kg Kenangan Manis, Kg Tanjung Pisau, Kg Daling, Peringkat 3, Kg Jawa, PPR Batu 12, Kg Pampang, Sentosa dan Masjid Seri Aman

Pada kesempatan itu, sebaik menyertai jemaah menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Kampung Sentosa, saya turut meninjau persiapan korban dan menyampaikan peralatan untuk kegunaan Masjid.

Semoga Aidil Adha pada kali ini akan mengeratkan dan memesrakan keharmonian rakyat.

Buat umat Islam Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Hazem Musa Gagasan Rakyat Sg Manila

Salam Aidiladha buat semua yang kasihi. Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, kedamaian dan ...
27/05/2026

Salam Aidiladha buat semua yang kasihi. Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, kedamaian dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan dalam menjalankan amanah. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai perpaduan, saling membantu serta memperkukuhkan semangat kebersamaan demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan Sabah tercinta.

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya kepada rakyat di Sungai Manila. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati Allah SWT.



Alhamdulillah perjumpaan dengan Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memberi makna buat Kumpulan Sawit Kin...
21/05/2026

Alhamdulillah perjumpaan dengan Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memberi makna buat Kumpulan Sawit Kinabalu.

Pandangan dan nasihat yang dilontarkan menerusi perbincangan pada pertemuan di pejabat menteri kewangan itu, menyuntik semangat dan tekad bagi memastikan hala tuju Kumpulan Sawit tercapai dengan jayanya.

Kumpulan Sawit Kinabalu berharap hubungan strategik bersama Kementerian Kewangan Negeri dapat diterjemahkan bukan sahaja melalui dasar dan perancangan, tetapi juga menerusi kesepaduan dalam merealisasikan agenda pembangunan yang berkesinambungan.

Alhamdulillah, saya telah menerima Pingat Kebesaran Negeri Sabah di Istana Sri Kinabalu pada Isnin lalu.Pingat Panglima ...
20/05/2026

Alhamdulillah, saya telah menerima Pingat Kebesaran Negeri Sabah di Istana Sri Kinabalu pada Isnin lalu.

Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu itu dikalungkan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Musa Haji Aman.

Pengurniaan pingat yang membawa gelaran datuk itu, menguatkan lagi semangat dan keazaman saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Insha Allah, saya akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan demi rakyat.

Terima kasih atas pengurniaan itu dan saya amat menghargainya.

Address

N51 Sungai Manila
Sandakan
90000

Telephone

+6089295698

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hazem Mubarak Musa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hazem Mubarak Musa:

Share