PBS N49 Labuk - Beluran

PBS N49 Labuk - Beluran Parti Bersatu Sabah N.49 Labuk ( Beluran )

Salam Aidilfitri 1447 / 2026Moga nur Aidilfitri akan membawa bersama kebahagian, kedamaian, keharmonian dan kasih sayang...
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447 / 2026

Moga nur Aidilfitri akan membawa bersama kebahagian, kedamaian, keharmonian dan kasih sayang yang berkekalan di bawah Rahmat dan Keberkatan Allah SWT.

Maaf Zahir Dan Batin.

11/03/2026

10 Mac 2026

PBS Labuk dan PBS Sugut dengan kerjasama UPPM N48 Sugut telah melaksanakan misi menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Paitan.

Bantuan ini berupa pakaian terpakai yang telah disumbangkan oleh masyarakat Labuk dan dikumpul di Pejabat Bahagian PBS Labuk sebelum dibawa dan diserahkan ke Pusat Pengumpulan Bantuan Bencana di Balai KDCA Paitan dan diselia oleh Pejabat UPPM Sugut.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati dan simpati kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir di Daerah Paitan.

Setinggi penghargaan juga kepada semua rakan-rakan yang telah membantu mengangkut dan berkonvoi menghantar bantuan ini.

Semoga dengan sumbangan ini akan bermanfaat kepada mereka serta kita dapat mengongsi kesusahan dan kesedihan mangsa-mangsa banjir ini.

28/02/2026

27 Febuari 2026 I 6.30 malam
Restoran Hakka Kota Kinabalu

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parti Bersatu Sabah yang kebetulan diadakan pada Bulan Ramadhan.

Sebagai sebuah parti berbilang bangsa, hormat-menghormati dan toleransi adalah budaya parti yang menjadi amalan dan paradigma.

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa
18/02/2026

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa

18 Febuari 2026Pjbt PBS Bhg LabukMesyuarat AJK Bhg Bil:1/2026Membincangkan penjadualan AGM Caw bgi Tahun 2026 serta akti...
18/02/2026

18 Febuari 2026
Pjbt PBS Bhg Labuk

Mesyuarat AJK Bhg Bil:1/2026

Membincangkan penjadualan AGM Caw bgi Tahun 2026 serta aktiviti-aktiviti Bahagian.

Tahun ini merupakan Tahun Pembubaran dan Penyusunan Semula JK Caw.

Salam Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya.Wishing you and your family, Gong Xi Fa Cai (恭喜发财)May wealth, healt...
17/02/2026

Salam Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya.

Wishing you and your family, Gong Xi Fa Cai (恭喜发财)
May wealth, health, happiness good fortune all year long...endless prosperity and positive energy.

8 Febuari 2026 I SandakanRombongan daripada PBS Labuk yang diketuai oleh KB Tuan Zamil Ismail dan disertai oleh TKB Mirs...
08/02/2026

8 Febuari 2026 I Sandakan

Rombongan daripada PBS Labuk yang diketuai oleh KB Tuan Zamil Ismail dan disertai oleh TKB Mirsoh Ampak, KP Rashid Jamiol, KW Onie ZamnieSha, Ketua Belia Sazali Datu Arsat, Ketua Beliawanis Umi Aidah, Naib 2 En Alfred Polisa, Penerangan En Mohd Nasri Jalil, Ajk Pemuda En Shani Ssr, AJK Wanita Pn Kerispina dan Pn Fency Mirsoh, telah menyertai Program Walkabout CNY yang diadakan di Pasar Bandar Ramai-Ramai dan Pasar Kim Fong Sandakan.

Program ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh PBS Zon Sandakan yang diselaraskan oleh YBhg Datuk Linda Tsen.

Program Walkabout ini diketuai oleh YB DSP Dr Joachim, Pemangku Presiden PBS yang juga turut disertai oleh YBhg DSP Yee Moh Chai, Timbalan Presiden PBS dan Barisan Kepimpinan PBS, serta Ketua-Ketua Bahagian dan rombongan daripada semua Bahagian PBS Zon Sandakan.

Moga program seumpama akan terus menjalin hubungan mesra antara PBS dan masyarakat setempat.

Orang Ramai dengan sukacita dijemput datang memeriahkan
17/01/2026

Orang Ramai dengan sukacita dijemput datang memeriahkan

Selamat Tahun Baru 2026 daripada kami di PBS N49 Labuk.Tahun 2025 telah kita lalui dan sudah tentu banyak yang telah dip...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026 daripada kami di PBS N49 Labuk.

Tahun 2025 telah kita lalui dan sudah tentu banyak yang telah dipelajari dan menjadi pengalaman baru.

Moga Tahun 2026 akan membuka lembaran baru dan dapat kita lalui dengan lebih banyak kejayaan.

Apa yang pasti kita akan terus bersama memperkuatkan parti ini.

"PBS Rumah Kita".

28/12/2025

AGM Ke-40/2025: PBS terus mara ke hadapan membawa Suara Rakyat Sabah dengan lebih matang dan berkesan

Kepada semua ahli dan penyokong PBS Labuk serta seluruh masyarakat yang merayakannya kami mengucapkan Selamat Merayakan ...
24/12/2025

Kepada semua ahli dan penyokong PBS Labuk serta seluruh masyarakat yang merayakannya kami mengucapkan Selamat Merayakan Hari Krismas dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. Tuhan Memberkati.

18 Disember 2025Dewan KDCA PenampangKongres PBS Ke-40 berlangsung sehari di Dewan KDCA Penampang yang telah dirasmikan o...
18/12/2025

18 Disember 2025
Dewan KDCA Penampang

Kongres PBS Ke-40 berlangsung sehari di Dewan KDCA Penampang yang telah dirasmikan oleh YB DSP Dr Joachim Gunsalam Pemangku Presiden PBS.

Kongres ini penting kerana telah mengupas penglibatan PBS pada PRU DU Sabah Ke-17 yang lalu serta menjelaskan hala tuju PBS pada masa akan datang di dalam Kerajaan Perpaduan Sabah menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PBS akan komited berperanan sebagai salah satu parti dalam Kerajaan Sabah untuk memastikan agenda pembangunan negeri serta masa depan dan kepentingan rakyatnya akan terus terbela dan terpelihara.

Walaupun PBS Labuk tidak dipilih sebagai Calon GRS di Kawasan Labuk, namun PBS Labuk telah memainkan peranan penting membantu kemenangan Calon GRS Labuk dan dapat menyumbang kerusi untuk membantu GRS menjadi dominan membentuk Kerajaan Sabah yang baharu.

Tahniah kepada para perwakilan dan delegasi PBS Labuk yang telah menyertai Kongres pada kali ini.

.

Address

Sandakan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBS N49 Labuk - Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share