UPPM DUN N.48 SUGUT

UPPM DUN N.48 SUGUT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM DUN N.48 SUGUT, Government Organization, jalan kudat-sandakan, Sandakan.

Dengan sukacitanya.Semua Masyarakat sekitar Daerah Paitan dijemput hadir ke Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak, p...
16/08/2025

Dengan sukacitanya.
Semua Masyarakat sekitar Daerah Paitan dijemput hadir ke Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak, pada tarikh seperti yang ditetapkan.

YB Datuk James Ratib menyempurnakan Program Pemimpin Bersama Rakyat Kg Abuan Lingkabau, pada 19 Julai 2025.Dalam Majlis ...
20/07/2025

YB Datuk James Ratib menyempurnakan Program Pemimpin Bersama Rakyat Kg Abuan Lingkabau, pada 19 Julai 2025.

Dalam Majlis ini, YB Datuk James Ratib berbesar hati menerima penyertaan Tuan Karis Nanau Timbalan Ketua Bahagian Perikatan Nasional Beluran ke PGRS - Gagasan Rakyat N.48 Sugut. Syabas dan tahniah Tuan Karis Nanau diatas keputusan dan ini tindakan tepat pada masanya.





05/07/2025

Alhamdulillah. Admin dan bagi pihak YB Datuk James Ratib serta seluruh Pemimpin UPPM DUN N.48 Sugut merakamkan syabas dan tahniah diatas kejayaan berganda adik Dywane Rayner Bin Roberth merangkul 3 emas dengan mencipta rekod baru. Syabas dan tahniah juga kepada Guru-Guru SMK Simpangan Paitan khususnya Pengurus dan Jurulatih. Kejayaan yang amat membanggakan dan mengkagumkan seterusnya mengharumkan nama Daerah Paitan.

Sebelum ini beberapa Belia telah mengharumkan nama Daerah Paitan diantaranya adik Rusmanizam Roseland berasal dari Kg Sungai-Sungai Sugut melalui Bola Sepak, adik Sidik Asran @ Palak berasal dari Lingkabau dan adik Mohd Safirul Kasbah berasal dari Paitan melalui Sepak Takraw Regu Lelaki. Manakala Sepak Takraw Regu Wanita adik Fisydiana Faradona bersama adiknya Fieorylla Faradona berasal dari Beluran yang mana Ibu mereka berasal dari Kg Sungai-Sungai Sugut. YB Datuk James Ratib telah menemui mereka ini dalam perjumpaan ramah mesra bersama mereka di Pejabatnya. Selain mereka ini beberapa lagi Belia lain kelahiran Sugut Paitan, turut mengharumkan nama Daerah Paitan melalui Kejohanan lain dan Kebudayaan. Sejak YB Datuk James Ratib memegang jawatan ADUN N.48 Sugut banyak kejayaan Kejohanan Sukan diraih oleh anak kelahiran Sugut Paitan.

Berasa bangga dan kagum kejayaan mereka ini. Ingin melahirkan generasi pelapis mereka ini disamping ingin mencungkil bakat Belia dari berbagai kemahiran di masa hadapan. Pertama-tama YB Datuk James Ratib lakukan selepas Beliau berjaya menaiktaraf Paitan ke Daerah Penuh adalah membina "Mini Kompleks Sukan SAGA Daerah Paitan", yang sedang rancak pembinaannya ketika ini. Inilah bukti YB Datuk James Ratib komited dalam pembangunan Belia Sugut Paitan sejak dari dulu hingga kini seterusnya di masa-masa mendatang. Sesungguhnya "Mini Kompleks Sukan SAGA Daerah Paitan" adalah HADIAH TERINDAH YB Datuk James Ratib kepada Belia Sugut Paitan, tanpa mengira latar belakang dan perbezaan fahaman politik mereka.

Alhamdulillah, terbaik YB Datuk James Ratib.Bagi pihak UPPM DUN N.48 SUGUT Dan Rakyat DUN Sugut Khususnya Yang Memerluka...
01/07/2025

Alhamdulillah, terbaik YB Datuk James Ratib.
Bagi pihak UPPM DUN N.48 SUGUT Dan Rakyat DUN Sugut Khususnya Yang Memerlukan Rawatan Melalui Mesin Tersebut, Admin Merakamkan Jutaan Terima Kasih Diatas Keprihatinan YB Datuk James Ratib.

https://www.facebook.com/share/p/18hNxdkohc/

27/06/2025
Dewan Kg Timpus hampir siap. Dewan ini salah satu bukti keprihatinan YB Datuk James Ratib khusus kepada penduduk Kg Timp...
12/06/2025

Dewan Kg Timpus hampir siap. Dewan ini salah satu bukti keprihatinan YB Datuk James Ratib khusus kepada penduduk Kg Timpus.

Saya merasa hairan ada seorang itu berpuluh tahun lamanya dia yb. Waktu dia yb Kerajaan pegang peruntukan juta-juta tetapi tidak terfikir beri peruntukan bina Dewan di Kg Timpus. Baru-baru ini p**a tanpa rasa malu yb itu berkunjung ke Kg Timpus dengan tajuk kunjungan dia "mendengar masalah rakyat", lebih kurang begitulah ayatnya. Sangat-sangat memalukan bagi seorang yb puluhan tahun dari kenaikan sampai kedudukan dekat-dekat mau bubar baru turun berkunjung tetapi bawa AIR LIUR saja.

Kg Timpus termasuk kebun sawit penduduknya diantara Kampung dan kebun sawit yang termasuk di dalam kawasan hutan simpan sebelum ini. Melalui usaha YB Datuk James Ratib ADUN Sugut, Kampung dan kebun sawit mereka dikeluarkan dari hutan simpan. Satu peristiwa sukar dilupakan berlaku beberapa tahun yang lalu. Tuan Ulah salah seorang diantara pengasas Kg Timpus dan seorang penduduk iaitu Tuan Janting telah ditangkap oleh Penguatkuasa Forest. Penangkapan keatas mereka disebabkan mereka melawan demi mempertahankan Kampung dan kebun sawit penduduk Kg Timpus. Mereka ditahan di lokap tahanan Balai Polis Sandakan. YB Datuk James Ratib memberikan sumbangan berupa wang belanja dapur kepada Isteri dan anak-anak mereka selama mereka berada dalam lokap tahanan. Seterusnya YB Datuk James Ratib yang telah mengeluarkan mereka dari lokap tahanan.

Budi dan jasa baik YB Datuk James Ratib tetap dikenang selama-lamanya oleh penduduk Kg Timpus.



08 Jun 2025 | Ahad | Waloi KDCA Paitan.Alhamdulillah. Dalam kepadatan jadual kerja dan program selaku Menteri KPMKR dan ...
08/06/2025

08 Jun 2025 | Ahad | Waloi KDCA Paitan.
Alhamdulillah. Dalam kepadatan jadual kerja dan program selaku Menteri KPMKR dan ADUN Sugut, tetapi YB Datuk James Ratib dapat meluangkan masa menyempurnakan Majlis Kurban Perdana Peringkat Daerah Paitan 1446H/2025M.

Sebelum ini, YB Datuk Menteri merasmikan Majlis Berbuka Puasa DUN Sugut pada bulan Ramadan lepas di bangunan Waloi KDCA Paitan ini. Hari ini Beliau merasmikan Majlis Kurban Perdana Peringkat Daerah Paitan di bangunan yang sama. Ini cukup jelas membuktikan bangunan ini diantara kemudahan Rakyat untuk Majlis Keagamaan seumpama ini dan program Kemasyarakatan.

Bagi pihak seluruh Rakyat Sugut Paitan, Admin dan UPPM DUN N.48 SUGUT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan...
04/06/2025

Bagi pihak seluruh Rakyat Sugut Paitan, Admin dan UPPM DUN N.48 SUGUT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah diatas keprihatinan YB Datuk James Ratib terhadap kepentingan, keperluan dan kebajikan Belia Sugut Paitan khususnya pemberian YB Datuk James Ratib sumbangan bagi memenuhi keperluan Belia Sugut Atlet Kejohanan PRA Kelayakan SAGA, sejak dari awal pemilihan sehinggalah ke Kejohanan ini dilaksanakan.




https://www.facebook.com/share/p/15eQwqqtuj/

26/05/2025

Ini Lagi Salah Satu Mercu Tanda Pembangunan Daerah Paitan.

Syabas Dan Tahniah YB Datuk James Ratib. Bagi Pihak Persatuan Etnik Kebudayaan Yang Ada Di Daerah Paitan Seterusnya Seluruh Rakyat DUN Sugut, Admin Merakamkan Jutaan Terima Kasih Diatas Usaha YB Datuk James Ratib.

22/05/2025

Dengan Takzimnya. Semua Rakyat Luar Dan Dalam Kawasan Daerah Paitan Dijemput Hadir Memeriahkan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Paitan Pada 24 Mei 2025, Bertempat Di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Paitan.

"BeKaamatan Dulu Bah Kita Boss Kuu. Simpan Tepi Dulu Sekejap Itu Politik Gaiss.."

Setelah kejayaan YB Datuk James Ratib Menteri KPMKR Negeri Sabah merangkap ADUN Sugut, menaiktaraf Paitan ke Daerah Penu...
15/04/2025

Setelah kejayaan YB Datuk James Ratib Menteri KPMKR Negeri Sabah merangkap ADUN Sugut, menaiktaraf Paitan ke Daerah Penuh atau Daerah Paitan. Kerja-kerja membina Mini Kompleks Sukan, 200 buah PPRT sedang giat dilakukan pada masa ini. Manakala bangunan KDCA dimaksudkan hampir 80% telah siap. Pejabat ADUN, UPPM dan Gagasan Rakyat (PGRS) serta Pejabat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Bahagian PGRS Sugut terletak di dalam bangunan KDCA Paitan tersebut. Sebelum YB Datuk Menteri mengumumkan projek pembangunan Kerajaan ini, kerja-kerja telahpun dimulakan dalam bulan Ramadhan baru-baru itu.

"Buat kerja dulu baru umum"..itulah dia seorangnya DJR.

Jadi Pemimpin Kenalah TEGAS,
Memelihara Waktu Dia Bergegas,
Buat Kerja Tepat Dan Pantas,
Pantang Berlalai Benci Bermalas.

Address

Jalan Kudat-sandakan
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM DUN N.48 SUGUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share