Sabah Forestry Department

Sabah Forestry Department The official page of the Sabah Forestry Department, Malaysia The past functions of the department focused primarily on the collection of royalty.
(1)

The Sabah Forestry Department (SFD) was established in 1914 when the state was still under the rule of the British Borneo Chartered Company. Starting from a humble beginning of 6 staff, the department has grown over the years and has established 27 District Forestry Offices with a workforce of about 2,000 staff. The department however has evolved over the years and later assumed broader responsibi

lities covering the protection and conservation of forest reserves based on the concept of Sustainable Forest Management (SFM). Since its establishment, the Forestry Department has established forest reserves throughout the state, and is currently the custodian for about 3.6 million hectares or 49.1% of the stateโ€™s land mass. Based on the powers vested under the Forest Enactment 1968 and Forest Rules 1969, the department has undertaken various efforts to protect and manage the stateโ€™s forests. The crucial turning point which has influenced the department as an organisation is in the late 1980s when SFM was introduced and later adopted for statewide application in 1997. Since then, the department had been restructured and its capacity enhanced to cover the many facets of SFM.

12 Jun 2026 - Majlis Jasamu Dikenang Bagi Pesara Tahun 2026 telah dilaksanakan di Dewan Rainforest Discovery Centre, Pus...
13/06/2026

12 Jun 2026 - Majlis Jasamu Dikenang Bagi Pesara Tahun 2026 telah dilaksanakan di Dewan Rainforest Discovery Centre, Pusat Penyelidikan Perhutanan.

Tahun 2026 seramai 50 pegawai Jabatan Perhutanan Sabah yang bersara wajib dan 4 memilih bersara atas pilihan sendiri.

Perasmian Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Indra Purwandita bin Herry Sunjoto, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan) dan dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan.

Majlis diselaraskan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Pada majlis tersebut para pesara telah menerima sijil penghargaan dan saguhati berbentuk wang tunai daripada Kerajaan Negeri Sabah.

KUNJUNGAN HORMAT TAMAN PERTANIAN SABAH KE JABATAN PERHUTANAN SABAHSANDAKAN, 12 JUN 2026: Jabatan Perhutanan Sabah telah ...
12/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT TAMAN PERTANIAN SABAH KE JABATAN PERHUTANAN SABAH

SANDAKAN, 12 JUN 2026: Jabatan Perhutanan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Taman Pertanian Sabah yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan.

Rombongan Taman Pertanian Sabah telah diketuai oleh Puan Dynon Affendy Koroh, Pengurus Taman, bersama enam (6) orang pegawai.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta bertukar maklumat di antara kedua-dua Jabatan, di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi serta berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan usaha pemuliharaan spesies tumbuhan liar dan kepelbagaian flora Sabah.

Jabatan Perhutanan Sabah merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat tersebut dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah biodiversiti negeri Sabah.

๐’ANDAKAN | 11.06.2026 Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Penyediaan Fo...
11/06/2026

๐’ANDAKAN | 11.06.2026 Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Penyediaan Forest Management Plan (FMP), Prosedur Kerja dan Perhutanan Sosial pada 11 Jun 2026 di Auditorium, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah.

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan menentukan kaedah inventori hutan, kaedah diagnostic sampling, menyediakan panduan pelaksanaan program Social Forestry, membangunkan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi penyediaan FMP, dan menyediakan pelan operasi bagi pengawalan aktiviti agroforestry.

Bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh En. Daim Balingi, Ketua Bahagian Pengurusan Hutan Lestari, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Sabah.

๐ŸŒฟ FORiNS Open Day 2026 ๐ŸŒฟ๐Ÿ“ TELUPID | 06 Jun 2026 Buat julung kalinya, Bahagian Institut Perhutanan Sabah (Forestry Instit...
08/06/2026

๐ŸŒฟ FORiNS Open Day 2026 ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“ TELUPID | 06 Jun 2026

Buat julung kalinya, Bahagian Institut Perhutanan Sabah (Forestry Institute of Sabah; FORiNS), Telupid telah berjaya menganjurkan FORiNS Open Day 2026, sebuah program yang menghimpunkan komuniti, agensi kerajaan, sektor swasta serta warga FORiNS dalam usaha memupuk kesedaran terhadap pendidikan perhutanan dan pemuliharaan alam sekitar.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan dan Pengurusan), Tuan Indra Purwandita Henry Sunjoto mewakili Ketua Konservator Hutan iaitu Datuk Zulkilfli Suara di Dewan Serbaguna FORiNS. Turut hadir bersama, Pengetua FORiNS; En. Muhd. Razali bin Mohammad, Timbalan Pengetua FORiNS; En. Fedelis Tangkim, barisan Ketua Bahagian, Pegawai Pejabat Perhutanan Daerah, pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Sabah, pelatih FORiNS serta masyarakat setempat.

Selaras dengan slogan *"Educate, Engage & Conserve"*, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program, antaranya:

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Fun Run 5KM
๐Ÿ Pertandingan Bola Tampar
๐ŸŽฏ Sukaneka
๐ŸŽฎ E-Sports (MLBB)
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna
๐ŸŽฃ Pertandingan Memancing
๐Ÿ›๏ธ Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian
๐Ÿฉธ Kempen Derma Darah
๐Ÿ›’ Jualan Rahmah
๐Ÿฝ๏ธ Food Festival
๐ŸŽ Cabutan Tiket Bertuah

Walaupun persiapan program dilaksanakan dalam tempoh yang singkat, sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan membuktikan semangat kerjasama serta sokongan padu daripada semua pihak.

โœจ Pihak FORiNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, peserta, sukarelawan, pempamer, peniaga serta para pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan FORiNS Open Day 2026.

Semoga program ini menjadi platform berterusan dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat dan sektor perhutanan, di samping menyemai kesedaran terhadap kepentingan memelihara serta memulihara khazanah hutan demi kelestarian generasi akan datang.

.0

๐๐ˆ๐Ž๐ƒ๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐˜ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐‚๐Ž๐„๐—๐ˆ๐’๐“๐„๐๐‚๐„ ๐ˆ๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€๐ ๐Ž๐ˆ๐‹ ๐๐€๐‹๐Œ ๐๐‹๐€๐๐“๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‹๐€๐๐ƒ๐’๐‚๐€๐๐„๐’๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€, ๐Ÿ‘โ€“๐Ÿ’ ๐‰๐”๐๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: The Sabah Fore...
08/06/2026

๐๐ˆ๐Ž๐ƒ๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐˜ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐‚๐Ž๐„๐—๐ˆ๐’๐“๐„๐๐‚๐„ ๐ˆ๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€๐ ๐Ž๐ˆ๐‹ ๐๐€๐‹๐Œ ๐๐‹๐€๐๐“๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‹๐€๐๐ƒ๐’๐‚๐€๐๐„๐’

๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€, ๐Ÿ‘โ€“๐Ÿ’ ๐‰๐”๐๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: The Sabah Forestry Department was represented by two officers at the Biodiversity Forum 2026, themed โ€œCoexistence in Malaysian Oil Palm Plantation Landscapesโ€, jointly organised by the Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) and the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) at The Everly Putrajaya.

The forum served as an important platform for knowledge sharing, conservation initiatives and strategic collaboration among various stakeholders in addressing human-wildlife conflict issues in Malaysia, while highlighting the importance of balancing economic development with environmental conservation at the landscape level.

A poster on the Forest Rehabilitation of Orangutan Habitat at Lower Kawag, Ulu Segama Forest Reserve Project was also showcased during the forum. The project is funded by MPOGCF under its Reforestation Pillar, demonstrating ongoing efforts to restore and enhance critical orangutan habitats in Sabah.

A notable achievement highlighted during the forum was the recognition of Community Nursery Kampung Tempenau, whose active participation in raising and supplying seedlings for the project received the Community Conservation Champions Award. This recognition reflects the vital role of local communities in supporting forest restoration and biodiversity conservation efforts.

Selamat Menyambut Pesta Menuai
29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Menuai

๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ใ€!ใ€‘Dimaklumkan bahawa bermula hari ini, 26 Mei 2026, sebarang tempahan pendakian ke Kabili-Sepilok Trail ๐—ช๐—”...
28/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ใ€!ใ€‘

Dimaklumkan bahawa bermula hari ini, 26 Mei 2026, sebarang tempahan pendakian ke Kabili-Sepilok Trail ๐—ช๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ฎ๐—ป. Walk-in adalah tidak diterima.

Setiap pendakian perlu diiringi oleh Guide daripada Jabatan Perhutanan Sabah.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan RDC

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

JERAYAWARA KIPMAPS WILAYAH TAWAU13 Mei 2026, Hotel Heritage, TawauJerayawara KIPMAPS Wilayah Perhutanan Tawau telah berj...
26/05/2026

JERAYAWARA KIPMAPS WILAYAH TAWAU
13 Mei 2026, Hotel Heritage, Tawau
Jerayawara KIPMAPS Wilayah Perhutanan Tawau telah berjaya diadakan dengan kehadiran kira-kira 95 orang peserta yang terdiri daripada komuniti-komuniti tempatan, pihak-pihak berkepentingan dan juga kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah dari sekitar Wilayah Perhutanan Tawau.. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Mohd Arapa Lamuda, Pegawai Perhutanan Wilayah Tawau mewakili Ketua Konservator Hutan Sabah dan ditutup oleh Tn. Ricky Alisky Martin dari Bahagian Pengurusan Hutan Lestari (SFM). Jerayawara ini dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah melibatkan Bahagian SFM, FRC dan RDC dengan kerjasama WWF-Malaysia (Sabah) dan dengan sokongan Pejabat Perhutanan Wilayah Tawau. Antara penceramah jemputan yang turut menjayakan program ini ialah Encik Oswald V. Iking dan Encik Nathaniel Maikol dari Projek Permalab Kuyungon, Tambunan, Encik Fredinand Lobinsiu dari WWF-Malaysia (Sabah ) serta Puan Rashidah Maqbool Rehman dari Conservation and Biodiversity Unit, Sawit Kinabalu. Secara keseluruhannya, para peserta menyatakan kefahaman terhadap tujuan penerbitan dan kegunaan buku KIPMAPS serta menyokong pelaksanaan Sistem Pengurusan Hutan Lestari (SFM) di Sabah.

*LAWATAN PELAJAR PROGRAM PERHUTANAN TROPIKA ANTARABANGSA, FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA UMS, KOTA KINABALU KE FORiNS & PEJA...
26/05/2026

*LAWATAN PELAJAR PROGRAM PERHUTANAN TROPIKA ANTARABANGSA, FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA UMS, KOTA KINABALU KE FORiNS & PEJABAT PERHUTANAN DAERAH TELUPID*

*TELUPID | 23 Mei 2026* โ€“ Seramai 60 orang pelajar Program Perhutanan Tropika Antarabangsa, Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), UMS, Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan akademik ke FORiNS, Telupid dan Pejabat Perhutanan Daerah (PPD) Telupid yang diketuai oleh Dr. Dayang Nur Sakinah bersama tiga (3) orang pegawai pengiring.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan hutan secara mampan di Sabah. Sesi taklimat mengenai pengurusan hutan telah disampaikan oleh En. Mohd. Faizal Basirin, Penolong PPD Telupid, manakala taklimat mengenai Institut Perhutanan Sabah (FORiNS) telah disampaikan oleh Pn. Teckonia D Mudi, Pensyarah FORiNS, Telupid.

Selain itu, para pelajar turut berpeluang menyertai aktiviti penanaman pokok yang dianjurkan oleh PPD Telupid sebagai pendedahan kepada amalan pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.

Address

Headquarters Forestry Department
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Forestry Department posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sabah Forestry Department:

Share