04/09/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Sandakan, 4 September 2026 โ Prihatin terhadap kebajikan pegawai dan anggota, YDH Supt. Mohd Yusoff bin Daud, Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran telah meluangkan masa mengadakan pertemuan kebajikan bersama Insp. Auther Alfonsos Sikuat di Pejabat Pegawai Pemerintah, Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran.
Pertemuan tersebut diadakan bagi mengetahui keadaan semasa kesihatan Insp. Auther Alfonsos Sikuat yang baru menjalani rawatan dan pembedahan kecil di bahagian belakang.
Dalam pertemuan berkenaan, YDH Pegawai Pemerintah telah bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatan dan rawatan yang sedang dijalani oleh beliau sebelum mendapatkan rawatan susulan dalam masa terdekat.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan pegawai, YDH Pegawai Pemerintah turut menyampaikan sumbangan daripada Kelab Polis Batalion 20 PGA Beluran bagi membantu meringankan beban sepanjang tempoh rawatan.
YDH Pegawai Pemerintah turut menyampaikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Insp. Auther Alfonsos Sikuat diberikan kekuatan dan kesembuhan yang sempurna. Pihak pengurusan Batalion 20 PGA Beluran akan terus mengambil berat serta memantau perkembangan kesihatan dan kebajikan beliau.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan Batalion 20 PGA Beluran dalam memastikan kebajikan pegawai dan anggota sentiasa diberi perhatian, selaras dengan semangat kekeluargaan, keprihatinan dan kebersamaan dalam pasukan.
๐๐๐๐๐ โข ๐
๐๐๐๐๐๐๐ โข ๐ผ๐๐ก๐๐๐๐๐ก๐ฆ
๐ซ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐
๐ผ๐๐๐ ๐ด๐๐
๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ท๐ฎ๐จ