ADTEC Sandakan

ADTEC Sandakan Page Rasmi ADTEC JTM Kampus Sandakan, juga dikenali sebagai ILP Sandakan (2005 - Jun 2025)

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›14 Ogos 2026 | Jumaat - ADTEC JTM Kampus Sandakan melakar satu lagi pencapaia...
19/08/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

14 Ogos 2026 | Jumaat - ADTEC JTM Kampus Sandakan melakar satu lagi pencapaian penting apabila menerima kunjungan hormat KDR. (K) Datuk Charles O Pang, Pengarah SEQU-TAS Offshore Safety Sdn Bhd. Kehadiran beliau disambut mesra oleh pengurusan tertinggi kampus yang diterajui oleh Ts. Suhaidi bin Mustar (Timbalan Pengarah Latihan), Encik Andrew bin Arih (Penolong Pengarah CESS) dan Encik Jaikol bin Udar (Penolong Pengarah BKKL).

Pertemuan ini membawa nilai yang signifikan memandangkan SEQU-TAS merupakan penyedia latihan minyak dan gas pertama di Sabah sejak September 2008, selain bertaraf Pusat Bertauliah BTEC tunggal di Kota Kinabalu (serta pertama di Malaysia) dan diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah OPITO (Offshore Petroleum Industry Training Organization) bagi Juruteknik Operasi.

Matlamat utama pertemuan ini adalah untuk merintis potensi kerjasama bagi memperkasa modal insan anak Sabah dalam industri minyak dan gas melalui pengoptimuman fasiliti latihan serta kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua pusat bertauliah ini. Semasa lawatan, Datuk Charles turut dibawa meninjau lapan (8) bahagian kemahiran utama di ADTEC Sandakan bagi melihat sendiri kesiagaan infrastruktur berteknologi tinggi yang ditawarkan. Sinergi ini diyakini mampu bertindak sebagai platform 'bridging' yang kukuh buat para pelajar dan alumni ADTEC Sandakan untuk menembusi dan mendominasi sektor berpendapatan tinggi operasi minyak dan gas, khususnya di perairan Sabah (Sabah waters).

Di samping itu, jalinan usahasama perintis antara institusi dan industri ini turut menyokong aspirasi kelestarian di bawah The Greening Education Readiness Index (GERI). Menerusi pengaplikasian elemen Pembangunan Kapasiti Hijau (Green Capacity Building), inisiatif mengoptimumkan penggunaan fasiliti sedia ada secara guna sama berupaya meminimumkan keperluan pembinaan prasarana fizikal baharu. Impaknya, langkah holistik ini bukan sahaja dapat mengurangkan jejak karbon institusi, malah bakal melahirkan tenaga kerja mahir TVET yang berdaya saing, mampan dan bersedia memacu transisi ekonomi hijau di Sabah.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– ๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง10 Ogos 2026 | Isnin - ADTECJTM Kampus Sandakan telah ...
17/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– ๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง

10 Ogos 2026 | Isnin - ADTECJTM Kampus Sandakan telah menerima kunjungan hormat daripada Penyelaras Ruang Daya Cipta (RDC), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) Cawangan Sandakan seawal jam 9.00 pagi. Kunjungan berimpak tinggi ini dimulakan dengan sesi lawatan berpandu merangkumi lapan (8) bahagian kemahiran utama di ADTEC Sandakan bagi memperlihatkan kesiagaan kelengkapan dan prasarana latihan teknikal institusi tersebut, yang berpotensi besar menjadi pemangkin kepada sokongan kepakaran teknikal untuk program-program inovasi akar umbi.

Meneruskan momentum jalinan kerjasama tersebut, delegasi ADTEC Sandakan telah mengadakan lawatan balas pada sebelah petang ke RDC YIM Sandakan yang terletak di PPR Sungai Manila, Batu 12, sebuah kawasan berkepadatan tinggi yang menempatkan kira-kira 1,000 ketua isi rumah. Delegasi ini dibarisan oleh Ts. Suhaidi bin Mustar (Timbalan Pengarah Latihan), Encik Andrew bin Arih (Penolong Pengarah CESS), serta dua tenaga pengajar Bahagian Teknologi Telekomunikasi iaitu Encik Muhammad Haziq bin Hamzah dan Encik Mohd Hafizul bin Ibrahim.

Pertemuan ini memfokuskan kepada potensi pelaksanaan Kursus Jangka Pendek (KJP) dan kaedah mengoptimumkan kepakaran tenaga pengajar ADTEC bagi menyokong ekosistem RDC. Sebagai sebuah hab reka cipta dan teknologi, RDC menawarkan ruang pembelajaran dan pengalaman praktikal kepada komuniti berasaskan pendekatan Quintuple Helix, yang mensinergikan kerjasama akademik, industri, kerajaan, masyarakat awam, dan alam sekitar.

Melangkah ke hadapan, jalinan strategik ini diharap dapat melonjakkan kapasiti kemahiran dan sosioekonomi komuniti setempat, di samping menyumbang kepada pencapaian The Greening Education Readiness Index (GERI). Khususnya, penyediaan latihan KJP di hab RDC ini amat bertepatan dengan elemen 'Green Communities' (Komuniti Hijau) di bawah GERI, di mana pemindahan kemahiran TVET dan teknologi inovasi dapat digunakan oleh komuniti PPR Sungai Manila untuk menyelesaikan isu setempat secara mampan, sekaligus melahirkan masyarakat yang memperkasakan amalan lestari serta bersedia mendepani ekonomi hijau.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: ADTEC Sandakan
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

15/08/2026

Something BIG is coming your way!

Apakah elemen paling penting untuk menguasai Bidang Kimpalan ini?
A)Attitude?
B)Skill?
C)Mindset?
D)Tunjuk ajar yang mantap?

Cuba drop pandangan atau komen korang di bawah. Mana tahu jawapan korang ada kaitan dengan kejutan yang kami nak reveal tidak lama lagi

๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก12 Ogos 2026 | Rabu โ€“ Semangat keprihatinan dan khidmat masyarakat terus diperkasak...
14/08/2026

๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก

12 Ogos 2026 | Rabu โ€“ Semangat keprihatinan dan khidmat masyarakat terus diperkasakan! ADTEC JTM Kampus Sandakan menerusi Bahagian Teknologi Kimpalan telah menggerakkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Wira Kesuma bagi menyantuni Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Kawasan Sandakan, Sabah (KESAN JANM Sandakan).

Fokus utama program CSR ini adalah menyalurkan kepakaran teknikal bagi membaiki kerosakan pada kaki meja ping pong milik kelab berkenaan. Kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan secara pantas pada awal pagi 11 Ogos 2026 (Selasa) sebaik sahaja peralatan tersebut diterima di Bengkel Teknologi Kimpalan (TKIM), ADTEC Sandakan.

Di sebalik pelaksanaan program CSR ini, terdapat beberapa fokus dan impak penting yang diserlahkan:

โšซ๏ธ Pemantapan Kepakaran Teknikal: Memanfaatkan kemahiran praktikal sedia ada dalam menyelesaikan masalah kerosakan peralatan secara efisien.

โšซ๏ธ Penglibatan Pasukan Teknikal: Diterajui oleh Cik Norashsikin binti Mohd Arsad (Pengajar), Ts. Johannes Belili (Pengajar), serta Muhammad Danial Asymawi bin Rusdi (Pelajar Semester 4).

โšซ๏ธ Pembentukan Sahsiah Pelatih: Mendedahkan pelatih kepada aplikasi kerja sebenar dan nilai keprihatinan sosial menerusi pendekatan TVET untuk Komuniti.

โšซ๏ธ Sinergi Hubungan Inter-Agensi: Memperkukuh jalinan silaturahim serta kerjasama strategik antara ADTEC Sandakan dan pihak JANM Sandakan.

Pihak pengurusan ADTEC Sandakan sentiasa menyokong penuh inisiatif seumpama ini sebagai komitmen berterusan dalam menyumbang kepakaran kepada masyarakat setempat, sekaligus menyemarakkan aspirasi "Pekerja MADANI Kesuma Bangsa".

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ก๐—ง๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ12 Ogos 2026 | Rabu โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah melabuhkan tirai p...
13/08/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ก๐—ง๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

12 Ogos 2026 | Rabu โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan telah melabuhkan tirai penganjuran National Training Week (NTW) 2026 dengan kejayaan yang amat memberangsangkan dan bermakna kepada masyarakat setempat di Sandakan.

Penganjuran siri latihan percuma berterusan ini menyaksikan sokongan padu daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus membuktikan komitmen tinggi kampus dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Di sebalik kejayaan penganjuran NTW 2026 kali ini, berikut adalah pencapaian serta impak utama yang berjaya dilakar:

โšซ๏ธ 45 Kursus Berjaya Dilaksanakan: Pelbagai modul latihan kemahiran teknikal, latihan digital, dan Future Skills telah berjaya ditawarkan.

โšซ๏ธ 1,157 Penyertaan Dimanfaatkan: Sambutan menggalakkan daripada pelatih kampus, alumni, rakan industri, serta komuniti setempat.

โšซ๏ธ Pemerkasaan Up-skilling & Re-skilling: Pendedahan latihan secara percuma bagi meningkatkan kompetensi diri dan kebolehpasaran peserta.

โšซ๏ธ Sokongan Agenda KESUMA: Menterjemahkan hasrat Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dalam mendemokrasikan latihan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat.

Pihak pengurusan ADTEC Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa, tenaga pengajar, serta para peserta yang telah menjayakan penganjuran NTW 2026 ini!

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: ADTEC Sandakan
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž11 Ogos 2026 | Selasa โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan menerusi Bahagian Teknologi F...
13/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž

11 Ogos 2026 | Selasa โ€“ ADTEC JTM Kampus Sandakan menerusi Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (TFSLOG) terus proaktif memperkasakan pendedahan teknologi digital kepada generasi muda melalui penganjuran Kursus Jangka Pendek "Design with Tinkercad โ€“ Introduction to 3D Design Skills".

Program latihan berimpak tinggi ini telah memanfaatkan seramai 23 orang pelajar bersama seorang guru pengiring daripada SMK Agama Tun Juhar Sandakan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Pengajar Kanan, Encik Mohd Shamin Aizat bin Ahmad di bawah bimbingan dan kepimpinan Ketua Bahagian, Puan Asriyani binti Seraila. Menerusi kursus ini, para peserta diberikan pendedahan awal mengenai konsep asas reka bentuk tiga dimensi (3D) dengan memanfaatkan platform interaktif Tinkercad.

Pendekatan pembelajaran secara amali "learning by doing" diguna pakai sepenuhnya bagi membolehkan para peserta menterjemahkan idea kreatif secara kendiri. Mereka dibimbing untuk mereka bentuk objek 3D bermula daripada bentuk asas sehingga berkeupayaan menggabungkannya bagi menghasilkan model digital yang lebih kompleks.

Di sebalik pelaksanaan kursus jangka pendek ini, terdapat beberapa impak serta pemerkasaan penting yang berjaya dipupuk:

โšซ๏ธ Pemantapan Kemahiran Digital: Pendedahan awal penggunaan perisian reka bentuk 3D secara praktikal, mesra pengguna, dan interaktif.

โšซ๏ธ Pembangunan Pemikiran Kritikal: Mengasah kebolehan peserta dalam meneroka idea serta menyelesaikan masalah reka bentuk secara kendiri.

โšซ๏ธ Merangsang Budaya Inovasi: Memupuk minat awal anak muda terhadap bidang kejuruteraan, reka bentuk, dan pembuatan moden.

โšซ๏ธ Memperkasakan Pendedahan TVET: Membuka minda pelajar sekolah terhadap peluang pendidikan dan kerjaya berasaskan kemahiran teknologi tinggi.

Inisiatif seperti ini menjadi bukti komitmen berterusan ADTEC Sandakan dalam memupuk minat STEM dan TVET di peringkat sekolah, sekaligus melahirkan modal insan yang kreatif, berinovasi, serta bersedia mendepani cabaran Future Skills.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

12/08/2026

Sekitar suasana Pickeball Coaching Clinic bersama pihak JKKP Sandakan yang dilaksanakan oleh coach Pickleball Bertauliah Tc. Johannes Belili di ADTEC Sandakan. Lebih dari sekadar kemahiran TVET โœŒ

12/08/2026

A Day in Kimpalan @ ADTEC Sandakan

11/08/2026

Sekitar suasana Karnival STEM dan Kerjaya Sekolah Menengah Agama Tun Juhar, Sandakan

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ8 Ogos 2026 | Sabtu โ€” ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menerima undan...
11/08/2026

๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ

8 Ogos 2026 | Sabtu โ€” ADTEC JTM Kampus Sandakan telah menerima undangan untuk memeriahkan Karnival STEM dan Kerjaya yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Agama Tun Juhar (SEMAJU) Sandakan . Kehadiran pihak kampus bertujuan untuk memberikan pendedahan yang meluas kepada para pelajar mengenai pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta peluang kerjaya masa hadapan.

Karnival yang bermula seawal jam 7 pagi itu telah dirasmikan oleh Pengetua SEMAJU, Ustaz Muhamad Ramli bin Yahya. Acara yang berlangsung di Dewan Al-Khawarizmi, SEMAJU itu telah menarik kehadiran pengunjung yang memberangsangkan, dianggarkan seramai 700 orang, merangkumi para pelajar, guru, dan ibu bapa dari sekitar Sandakan.

Bagi memenuhi objektif jemputan, ADTEC Sandakan telah menghantar wakil dari tiga bahagian utama untuk mengadakan pameran interaktif dan memberikan ceramah kerjaya. Bahagian yang terlibat adalah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), Community Employment Support Services (CESS), dan Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR).

Pameran yang Interaktif dan Memberi Inspirasi
Suasana di booth pameran ADTEC Sandakan sangat meriah dengan minat yang mendalam daripada para pelajar. Para pelajar tidak ketinggalan menyertai demonstrasi yang dijalankan.

Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR) mendapat perhatian khusus dengan pelbagai komponen perkakasan komputer yang dipamerkan. Pelajar diberi peluang melihat dengan lebih dekat papan induk komputer (motherboard), mengenali pelbagai alatan merangkai (cabling tools) seperti crimping tool, dan mempelajari asas penyambungan rangkaian komputer.

Pameran TKR turut menampilkan penggunaan simulasi atau paparan perisian pada skrin komputer, memberikan gambaran yang lebih visual tentang teknologi yang dipelajari. Laluan Kerjaya dan Bimbingan Pendidikan
Selain demonstrasi teknikal, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) sedia memberikan maklumat lengkap mengenai program-program latihan yang ditawarkan di ADTEC Sandakan, syarat kemasukan, serta kemudahan pembelajaran yang disediakan. Ini sangat membantu pelajar, terutamanya mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang teknikal yang semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja.

Community Employment Support Services (CESS) p**a memainkan peranan penting dalam memberikan bimbingan mengenai laluan kerjaya selepas tamat latihan. Mereka berkongsi maklumat tentang prospek kerjaya dalam pelbagai industri yang berkaitan dengan STEM, membantu pelajar memahami bagaimana latihan TVET boleh membuka pintu kepada peluang pekerjaan yang luas.

Kejayaan penyertaan ADTEC Sandakan dalam Karnival STEM dan Kerjaya di SKMA Tun Juhar ini mencerminkan komitmen berterusan pihak kampus untuk mendekati komuniti, terutamanya golongan muda. Pameran sebegini adalah platform yang berkesan untuk memberi inspirasi kepada pelajar agar lebih berminat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), serta pendidikan vokasional sebagai satu pilihan kerjaya yang cemerlang.

"๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จ"
"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ"

Emel: [email protected]
Telefon: 089-240500
Website: https://adtecsandakan.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ilpsdk
Instagram: www.instagram.com/adtecsandakan
Tiktok: www.tiktok.com/
โฃ

Address

ADTEC JTM Kampus Sandakan, Batu 5, Jalan Sibuga
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ADTEC Sandakan:

Shortcuts

Share