25/03/2024
Sayap-sayap Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian N55 Elopura telah mengadakan program Ziarah Sayang bersempena dengan bulan Ramdhan tahun ini, pada hari Sabtu (23 Mac) yang lalu.
Program ini adalah anjuran bersama Wanita Gagasan Elopura dan Beliawanis Gagasan Elopura, yang melibatkan pemberian sumbangan kepada golongan Asnaf di kawasan DUN Elopura.
Di bulan yang mulia ini, kami berharap mereka yang kurang berkemampuan juga akan dapat meraikan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam keadaan serba mencukupi.
Kami berharap program ini akan sedikit sebanyak meringankan beban golongan asnaf di kawasan DUN N55 Elopura di Bulan Ramadhan ini.
Hadir bersama semasa program tersebut adalah Ketua Wanita Gagasan Elopura, Normawati Sarjam; Ketua Beliawanis Gagasan Elopura Nur Ashriah Awang Asmi dan juga Ahli-Ahli Jawatankuasa Gagasan Elopura.
Amira Rebecca Syed Amir