Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah

Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah

14/08/2026
14/08/2026
14/08/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐Š๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

๐Ÿ“ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun kecil getah!

Sertai Pertandingan Fotografi Lensa Merdeka RISDA 2026 : โ€œDua Bingkai, Satu Maknaโ€.

Rakam DUA FOTO yang menggambarkan Semangat Kemerdekaan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil dalam satu penceritaan yang kreatif serta bermakna.

Hadiah menarik menanti pemenang! Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

๐Ÿ“… Tarikh penyertaan: 1 โ€“ 31 Ogos 2026 ๐Ÿ“ฒ

Imbas kod QR pada poster untuk menghantar penyertaan anda!
Ayuh, sertai sekarang! Biar gambar anda mengabadikan makna kemerdekaan dan kemakmuran desa! ๐Ÿ“ทโœจ

Baca Terma Dan Syarat di pautan hantaran asal >>> https://www.facebook.com/share/p/1DPie1YtcH/

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐“๐”๐ˆ๐’๐˜๐„๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐Œ๐€๐๐…๐€๐€๐“๐Š๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐’๐„๐‹๐ˆ๐€๐€๐ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐โ€“ Pi...
07/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐“๐”๐ˆ๐’๐˜๐„๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐Œ๐€๐๐…๐€๐€๐“๐Š๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐’๐„๐‹๐ˆ๐€๐€๐ ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐

๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐โ€“ Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) khususnya Pejabat RISDA Daerah Sandakan terus komited memperkasa mutu pendidikan anak-anak pekebun kecil getah menerusi pelaksanaan Program Bantuan Tuisyen Rakyat RISDA yang melibatkan empat buah sekolah menengah terpilih di bawah seliaannya bagi sesi tahun ini.

Inisiatif khas ini difokuskan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terutamanya daripada golongan keluarga pekebun kecil getah RISDA di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Antara sekolah yang terpilih menerima manfaat ini adalah SMK Tagasan, Semporna, SMK Telupid, SMK Tongod dan SMK Beluran. Pengisian & fokus Program bantuan ini meliputi kelas bimbingan subjek teras. Tumpuan khas diberikan kepada subjek kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah.

Bimbingan intensif daripada guru-guru bagi memberi pendedahan awal mengenai format serta strategi menjawab SPM. Para pelajar dibekalkan dengan bahan rujukan terkini serta set alat tulis bagi membakar semangat belajar. Selain itu, Program Tuisyen Rakyat RISDA juga dapat mengurangkan kos tuisyen swasta yang perlu ditanggung oleh ibu bapa di kawasan luar bandar.

Pegawai RISDA Daerah Sandakan menyatakan bahawa pemilihan sekolah-sekolah di pelbagai daerah di bawah seliaan Sandakan ini adalah untuk memastikan bantuan pendidikan diagihkan secara saksama, merentasi kawasan seperti Semporna, Telupid, Tongod, dan Beluran. Menerusi sokongan pendidikan yang berterusan ini, RISDA Sandakan berhasrat melahirkan lebih ramai anak tempatan yang cemerlang akademik, seterusnya mampu membawa perubahan positif kepada taraf sosioekonomi keluarga khususnya pekebun kecil getah RISDA pada masa hadapan.




๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐“๐€๐๐†๐€๐ โ€“ Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus komited mendekati masyarakat luar ba...
07/08/2026

๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐“๐€๐๐†๐€๐ โ€“ Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus komited mendekati masyarakat luar bandar menerusi penganjuran Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) yang berlangsung dengan jayanya di Kampung Sri Ganda, Kinabatangan baru-baru ini.

Pelaksanaan PKPK di Kampung Sri Ganda ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan peringkat Stesen Sandakan dalam memastikan liputan maklumat serta saluran perkhidmatan RISDA sampai secara terus kepada golongan sasar.

Program ini direka khas bagi menyampaikan pelbagai informasi terkini berkaitan bantuan, insentif, dan skim keusahawanan yang ditawarkan oleh RISDA demi meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil setempat.

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama erat daripada pihak sekolah. Pihak RISDA Daerah Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pentadbiran SK SRI GANDA Kinabatangan, khususnya kepada Guru Besar, Puan Noor Iliani Julis Abdullah atas sokongan serta fasiliti yang disediakan bagi menjayakan majlis ini.

Pihak RISDA khususnya RISDA Daerah Sandakan berharap usaha berterusan ini bukan sahaja dapat memantapkan aliran maklumat kepada masyarakat kampung, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan, warga pendidik, dan komuniti pekebun kecil demi kemakmuran bersama.




๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐, ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข โ€” Pejabat RISDA Daerah Sandakan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan.06 Tahun 2026 ...
30/07/2026

๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐, ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข โ€” Pejabat RISDA Daerah Sandakan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan.06 Tahun 2026 yang berlangsung penuh tertib dan jayanya, bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat RISDA Daerah berkenaan hari ini.

Majlis perhimpunan berprestij ini telah disempurnakan oleh Pegawai RISDA Daerah Sandakan, Ts. Ahmad Lukman bin Rusli, dan dihadiri oleh seluruh warga kerja Pejabat RISDA Daerah Sandakan bagi memupuk semangat kerja berpasukan serta menyampaikan maklumat terkini pengurusan organisasi.

Pengisian utama perhimpunan bulanan kali ini dilengkapkan dengan sesi Learning Day yang disampaikan sendiri oleh Ts. Ahmad Lukman bin Rusli. Sesi pembelajaran ini memberikan tumpuan khusus kepada aspek tadbir urus dan kecekapan sumber manusia demi memastikan kelancaran tugasan harian serta pematuhan disiplin kakitangan.

Antara empat topik utama yang ditekankan dalam Learning Day tersebut merangkumi:

1) Kad Perakam Waktu
Penekanan terhadap kepentingan ketepatan masa, disiplin hadir bertugas, serta pematuhan standard operasi perakam waktu mengikut pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa.

2) Pengurusan Cuti
Penjelasan terperinci mengenai kelayakan, tatacara permohonan, dan kelulusan cuti secara sistematik bagi memastikan liputan penugasan pejabat sentiasa berada pada tahap optimum tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada pekebun kecil.

3) I-Medic
Pendedahan dan garis panduan penggunaan sistem kemudahan perubatan I-Medic bagi memudahkan warga RISDA mengakses serta menguruskan faedah kesihatan dan perubatan secara dalam talian dengan lebih efisien.

4) Bekerja Secara Hybrid
Pendedahan aspek pelaksanaan mod kerja fleksibel (hybrid), termasuk garis panduan kawal selia, keutamaan prestasi, serta pemanfaatan teknologi digital dalam mengekalkan produktiviti sama ada di dalam mahupun di luar pejabat.

Melalui penganjuran perhimpunan bulanan dan pengisian Learning Day ini, Pejabat RISDA Daerah Sandakan komited untuk terus menyemarakkan budaya kerja cemerlang, berintegriti, dan responsif terhadap perubahan persekitaran kerja moden demi kesejahteraan warga kerja dan masyarakat pekebun kecil setempat.




23/07/2026

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN KINI DIBUKA! ๐ŸŒด

PROGRAM JAMINAN KERJAYA โ€“ HARVESTING SPECIALIST (PAKAR PENUAI)
๐Ÿ“ Siri 2 | Ambilan Julai 2026

Adakah anda seorang belia yang sedang mencari peluang pekerjaan? Inilah peluang untuk membina kerjaya dalam industri perladangan sawit menerusi program latihan Train & Place dengan jaminan penempatan pekerjaan.

โœ… Apa yang ditawarkan?
๐ŸŒด Latihan teori & praktikal selama 3 bulan
๐Ÿ’ฐ Elaun bulanan RM1,200
๐Ÿ  Kemudahan penginapan
๐ŸšŒ Pengangkutan kerja disediakan
๐Ÿ’ผ Peluang penempatan pekerjaan selepas tamat latihan

Kelayakan:
๐Ÿ‘ค Belia tempatan
๐Ÿ‘ท Lelaki berumur 18 hingga 45 tahun

๐Ÿ“ Lokasi Latihan:
Genting Sekong Estate, Kinabatangan, Sabah.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan atau pendaftaran:
Wana: 017-3262263

๐Ÿ“… Road Tour Promosi:
๐Ÿ—“๏ธ 27 Julai 2026 โ€“ Jabatan Tenaga Kerja Ranau
๐Ÿ—“๏ธ 28 Julai 2026 โ€“ PERKESO Sandakan
๐Ÿ—“๏ธ 29 Julai 2026 โ€“ Jabatan Tenaga Kerja / Pusat Satelit Kinabatangan
๐Ÿ—“๏ธ 30 Julai 2026 โ€“ Genting Sekong Estate, Kinabatangan

๐Ÿ“ข Tempat adalah terhad! Jangan lepaskan peluang untuk memperoleh kemahiran, pengalaman dan kerjaya yang lebih terjamin.

Address

D5-D8, Commercial Development Batu 7 Jalan Labuk, Bandar Labuk Jaya
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat RISDA Daerah Sandakan - Sabah:

Shortcuts

Share