26/08/2026
Aktiviti memasang Jalur Gemilang dan bendera Sabah ialah program gotong-royong daripada Ahli Jawatankuasa KRT Taman Airport untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Sabah, dan Hari Malaysia pada bulan Ogos.
Tujuan Aktiviti:
1. Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan tanah air.
2. Mengukuhkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan komuniti setempat.
3. Menceriakan kawasan kediaman dan jalan raya.