02/09/2026
🚒 PANDUAN KESELAMATAN DI SEKOLAH 🏫🔥
Keselamatan di sekolah merupakan tanggungjawab bersama. Murid, guru dan seluruh warga sekolah perlu sentiasa peka terhadap risiko yang boleh berlaku bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat, kondusif dan bebas daripada bahaya.
🧯 Antara panduan keselamatan yang perlu diamalkan:
✅ Kenal pasti lokasi alat pemadam api dan pintu keluar kecemasan.
✅ Jangan bermain atau menggunakan peralatan elektrik tanpa kebenaran.
✅ Pastikan laluan tangga dan pintu kecemasan tidak dihalang.
✅ Jangan panik sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
✅ Segera maklumkan kepada guru jika ternampak punca bahaya atau kebakaran.
✅ Ketika kecemasan, bergerak keluar dengan teratur dan berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan.
✅ Jangan kembali ke dalam bangunan sehingga mendapat arahan daripada pihak berkuasa.
🚨 INGAT!
Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa. Tindakan pantas, pengetahuan dan disiplin dapat membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda.
“Keselamatan Bermula Dengan Kita.” ❤️🔥
📍 Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sabah