Penjara Sandakan

Penjara Sandakan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Sandakan, Prison & Correctional Facility, Peti Surat 1469, Sandakan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎMerdeka! Merdeka! Merdeka!Bersempena dengan tarikh keramat 31 Ogos 2...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Bersempena dengan tarikh keramat 31 Ogos 2026, seluruh warga kerja Institusi Penjara Sandakan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan dan keamanan negara yang telah dikecapi selama ini. Teruslah memupuk semangat perpaduan, memperkukuh jati diri, dan mencurahkan bakti demi kemajuan nusa dan bangsa selari dengan aspirasi Malaysia Madani.

Semoga negara kita Malaysia terus makmur, aman sejahtera, dan dilindungi sentiasa.

Ikhlas daripada:
PKP Muhammad Khalid bin Muhammad
Pengarah Penjara Sandakan
Serta seluruh warga kerja Institusi Penjara

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

PROGRAM OUTREACH KOREKTIF & PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN IHSAN MADANI (PBSL) MADANI YAKIN "KEPULANGAN YANG DINANTI" SE...
26/08/2026

PROGRAM OUTREACH KOREKTIF & PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN IHSAN MADANI (PBSL) MADANI YAKIN "KEPULANGAN YANG DINANTI" SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2026

26 Ogos 2026 (Rabu) – Pada jam lebih kurang 1000 hrs, bertempat di Dewan Mini Pangsapuri Taman Wira, telah diadakan Program Outreach Korektif dan Pelepasan Banduan Secara Lesen Madani Yakin "Kepulangan Yang Dinanti" sempena Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Institusi Penjara Sandakan tahun 2026.

Majlis yang padat dengan pelbagai pengisian bermakna dan telah berjalan mengikut atur cara seperti berikut:

- Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
- Bacaan Doa
- Ucapan dan gimik perasmian yang disempunakan oleh Pengarah Penjara Sandakan, PKP Muhammad Khalid bin Muhammad.
- Forum Outreach Korektif bertajuk Integrasi Komuniti Prospek Melalui Peluang Kerjaya dan Keusahawanan yang membariskan panel jemputan iaitu Encik Mohd Fauzie bin Yusof (PERKESO), Encik Ruddy bin Abd Rahman (MARA) dan KIP Nestor James (Pegawai Parol Daerah Sandakan) serta Encik Nourhazwan bin Awang Saini sebagai Moderator.
- Penyampaian Cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada barisan panel jemputan forum.
- Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) iaitu penyerahan Dokumen Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan Madani kepada seramai 11 orang prospek yang terpilih untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada majikan / Syarikat yang terlibat dalam Program Corporate Social Internship (CSI) dan Lembaga Penbebasan Banduan Jabatan Penjara Malaysia di Sandakan.
- Persembahan Deklamasi Sajak kemerdekaan yang penuh beremosi disampaikan oleh wakil prospek.
- Kibaran Jalur Gemilang: Nyanyian lagu Jalur Gemilang berserta sesi mengibarkan bendera oleh semua hadirin bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik.
- Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama semua pihak yang terlibat.

Program yang turut dihadiri oleh Orang Bebas Betlesen (OBB) dan Orang DiParol (ODP) di bawah seliaan Pejabat Parol Daerah Sandjan serta ahli keluarga prospek PBSL itu, berlangsung dengan penuh keharmonian dan melabuhkan tirainya dengan jayanya pada jam lebih kurang 1230 hrs

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"Bersempena dengan tarikh 12 Rabiulawal 1448H yang ja...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Bersempena dengan tarikh 12 Rabiulawal 1448H yang jatuh pada 25 Ogos 2026, seluruh umat Islam mensyukuri hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya, keperibadian, akhlak mulia, dan sunnah Baginda merupakan kompas serta contoh teladan yang paling agung dalam membina sebuah kehidupan yang berintegriti, harmoni, dan diberkati selari dengan aspirasi Malaysia Madani. Mari kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ikhlas daripada:
PKP Muhammad Khalid bin Muhammad
Pengarah Penjara Sandakan
serta seluruh warga kerja Institusi Penjara Sandakan.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

PROGRAM MAHABBAH RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M20 Ogos 2026 (Khamis), bermula jam 1800hrs – Bertemp...
20/08/2026

PROGRAM MAHABBAH RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

20 Ogos 2026 (Khamis), bermula jam 1800hrs – Bertempat di Masjid As Syakirin, Institusi Penjara Sandakan telah menganjurkan Program Mahabbah Rasul bagi menyemarakkan lagi kecintaan terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1448H.

Majlis ilmu yang penuh barakah ini telah diserikan dengan pengisian ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Dr. Hj. Azihal bin Bangsawan. Beliau telah mengupas secara mendalam tajuk ceramah bertemakan "Sunnah Rasulullah Saw : Panduan Kehidupan Berintegriti". Intipati ceramah menekankan betapa pentingnya menjadikan akhlak serta sunnah baginda sebagai kompas utama dalam membina jati diri, memelihara amanah, dan mengamalkan nilai integriti tinggi dalam kehidupan seharian.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran pengurusan tertinggi institusi, iaitu Pengarah Penjara Sandakan, PKP Muhammad Khalid bin Muhammad dan Timbalan Pengarah Penjara Sandakan, PP Alif Akmal bin Che Hashim.

Sambutan majlis ini amat menggalakkan dan turut diimarahkan dengan kehadiran jemaah yang terdiri daripada warga kerja Penjara Sandakan, ahli keluarga, serta komuniti dan jemaah setempat.

Pelaksanaan program seumpama ini bukan sahaja berfungsi sebagai medan ilmu kerohanian yang bermanfaat, malah menjadi platform terbaik dalam mengeratkan silaturahim serta menyuntik inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

PROGRAM CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PROSPEK PENJARA SANDAKAN TAHUN 202620 Ogos 2026 (Khamis)...
20/08/2026

PROGRAM CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PROSPEK PENJARA SANDAKAN TAHUN 2026

20 Ogos 2026 (Khamis), bermula jam 0900hrs – Bertempat di Surau Nur Iman, Institusi Penjara Sandakan telah menganjurkan Program Ceramah Agama bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Prospek bagi tahun 2026.

Majlis ilmu yang penuh barakah ini telah diserikan dengan pengisian tazkirah oleh penceramah jemputan, Ustaz Dr. Haji Azihal bin Bangsawan. Pengisian ceramah berfokus kepada menghayati sirah perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Turut hadir meluangkan masa bersama para prospek bagi menjayakan majlis kerohanian ini ialah Ketua Bahagian Korektif, TPP Azlan bin Musa @ Muhammed.

Penganjuran program seumpama ini merupakan antara inisiatif berterusan pihak jabatan dalam menerapkan nilai-nilai murni dan pengukuhan rohani ke dalam jiwa para prospek, selari dengan objektif pemulihan insan.

Majlis telah berlangsung dengan penuh harmoni dan melabuhkan tirainya pada jam 1130hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

PROGRAM REVIEW OF MEDICATIONS FOR DETAINED INDIVIDUALS (ReMeDI) TAHUN 2026 DI INSTITUSI PENJARA SANDAKAN20 Ogos 2026 (Kh...
20/08/2026

PROGRAM REVIEW OF MEDICATIONS FOR DETAINED INDIVIDUALS (ReMeDI) TAHUN 2026 DI INSTITUSI PENJARA SANDAKAN

20 Ogos 2026 (Khamis) – Bertempat di Institusi Penjara Sandakan, telah berlangsung dengan jayanya Program Review of Medications for Detained Individuals (ReMeDI) bagi tahun 2026. Program pemantauan kesihatan ini merupakan anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Sesi turun padang ini telah dijayakan oleh delegasi yang terdiri daripada lima (5) orang Pegawai Farmasi JKNS. Pelaksanaan program turut dibantu dan diiringi oleh anggota kesihatan serta keselamatan dari Institusi Penjara Sandakan bagi memastikan kelancaran proses kerja.

Antara pengisian utama sepanjang program dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang tersebut merangkumi pelaksanaan proses ReMeDI secara menyeluruh ke atas prospek, serta lawatan pemantauan tapak ke lokasi penyimpanan ubat-ubatan prospek di dalam fasiliti penjara.

Kolaborasi strategik berterusan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ini amat penting dalam memastikan pengurusan ubat-ubatan, penjagaan klinikal, serta tahap kesihatan para prospek sentiasa berada di tahap yang optimum dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

PROGRAM LATIHAN MENEMBAK SIRI 1/2026 INSTITUSI PENJARA SANDAKAN (HARI KEDUA & KETIGA)18 hingga 19 Ogos 2026 (Selasa & Ra...
20/08/2026

PROGRAM LATIHAN MENEMBAK SIRI 1/2026 INSTITUSI PENJARA SANDAKAN (HARI KEDUA & KETIGA)

18 hingga 19 Ogos 2026 (Selasa & Rabu), bermula jam 1000hrs – Bertempat di Lapang Sasar Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, siri Program Latihan Menembak Institusi Penjara Sandakan bagi tahun 2026 telah diteruskan dengan jayanya untuk hari kedua dan ketiga.

Sesi latihan pada hari kedua telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Sandakan, PP Alif Akmal bin Che Hashim; bersama Ketua Bahagian Korektif, TPP Azlan bin Musa @ Muhammed, serta penyertaan aktif daripada barisan kakitangan pelbagai pangkat.

Latihan selama tiga hari ini bukan sahaja menguji ketangkasan dan fokus anggota, malah turut merekodkan pencapaian membanggakan daripada para peserta.

Berikut adalah Senarai 10 Penembak Terbaik (Top 10) yang berjaya mencatatkan markah tertinggi sepanjang program berlangsung:

πŸ₯‡ 1. KPL Dzulhizrie bin Safri – 204 markah
πŸ₯ˆ 2. SJN Md Sukri bin Kabul – 192 markah
πŸ₯‰ 3. KPL Maxley – 184 markah

4. KPL Sarman – 180 markah
5. TPP Muhammad Shahmi bin Mohd Shukri – 178 markah
6. SJN Dasuki bin Ali – 172 markah
7. WP Moidi – 162 markah
8. KPL Irnan – 161 markah
9. INSP Wasli – 151 markah
10. SJN Helmi Jakarullah – 151 markah

Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang markah tertinggi serta syabas kepada semua peserta atas komitmen, disiplin, dan pematuhan SOP keselamatan yang cemerlang. Program Latihan Menembak Siri 1/2026 ini telah melabuhkan tirai dengan jayanya dan mencapai objektif kesiapsiagaan jabatan sepenuhnya.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

SELAMAT BERSARA SM RAMDAN MAD BASSAHSeluruh warga kerja Institusi Penjara Sandakan ingin merakamkan ucapan Selamat Bersa...
19/08/2026

SELAMAT BERSARA SM RAMDAN MAD BASSAH

Seluruh warga kerja Institusi Penjara Sandakan ingin merakamkan ucapan Selamat Bersara kepada SM Ramdan Mad Bassah.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan atas segala dedikasi, komitmen, jasa, dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama jabatan.

Kami sentiasa mendoakan agar fasa persaraan ini membawa kebahagiaan yang berterusan, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta beroleh keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Selamat menikmati masa-masa yang berharga di samping keluarga tercinta dan menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.

Jasamu dikenang, baktimu dihargai!

Ucapan Tulus Ikhlas Daripada:
PKP Muhammad Khalid bin Muhammad
Pengarah Penjara Sandakan
Serta Seluruh Kakitangan Penjara Sandakan

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

PROGRAM KEMUNCAK KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) NEGERI SABAH TAHUN 202619 Ogos 2026 (Rabu), jam 1100hrs – Usai ma...
19/08/2026

PROGRAM KEMUNCAK KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) NEGERI SABAH TAHUN 2026

19 Ogos 2026 (Rabu), jam 1100hrs – Usai majlis sambutan di peringkat institusi, kemeriahan sambutan bulan kebangsaan diteruskan lagi dengan Program Kemuncak Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Batu Putih, Sandakan.

Majlis perasmian bagi acara kemuncak yang penuh gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, YB Senator Datuk Anna Bell @ Suzieanna Hj Perian.

Bagi menzahirkan sokongan berterusan terhadap kempen menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang, Pengarah Penjara Sandakan, PKP Muhammad Khalid bin Muhammad turut hadir mewakili jabatan memeriahkan majlis penuh bermakna tersebut. Penglibatan ini juga adalah cerminan semangat patriotisme dan komitmen Institusi Penjara Sandakan bersama masyarakat setempat.

Majlis kemuncak ini telah berlangsung dengan penuh keharmonian serta semangat kenegaraan yang tinggi, dan melabuhkan tirainya dengan jayanya pada jam 1200hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan
Jabatan Penerangan Sabah

PROGRAM SAMBUTAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) NEGERI SABAH 2026 DI INSTITUSI PENJARA SANDAKAN19 Ogos 202...
19/08/2026

PROGRAM SAMBUTAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) NEGERI SABAH 2026 DI INSTITUSI PENJARA SANDAKAN

19 Ogos 2026 (Rabu), bermula jam 0900hrs – Semarak bulan kebangsaan terus dirasai apabila Institusi Penjara Sandakan telah terpilih dan menjadi persinggahan Checkpoint ke-3 bagi Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

Ketibaan konvoi yang merangkumi penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini telah diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Puan Jainisah Mohd Noor.

Rombongan konvoi telah disambut dengan penuh kemeriahan oleh Pengarah Penjara Sandakan, PKP Muhammad Khalid bin Muhammad; Timbalan Pengarah, PP Alif Akmal bin Che Hashim; Ketua Bahagian Korektif, TPP Azlan bin Musa @ Muhammed, serta barisan kakitangan daripada pelbagai pangkat.

Majlis sambutan yang berlangsung dengan semangat patriotisme yang tinggi ini padat dengan pelbagai pengisian bermakna, antaranya:

-Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Penjara Sandakan dan disusuli ucapan balas oleh Ketua Konvoi.
-Acara penyerahan Jalur Gemilang daripada pihak konvoi kepada wakil Institusi Penjara Sandakan.
-Penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada pihak penjara kepada rombongan konvoi.
-Sesi menandatangani Buku Konvoi oleh Pengarah Penjara Sandakan, manakala Pengarah Penerangan Sabah turut menandatangani Buku Pelawat Penjara.
-Acara simbolik penanaman pokok yang disempurnakan bersama oleh kedua-dua pengarah.

Selesai pengisian majlis, acara diakhiri dengan sesi pelepasan (flag-off) kenderaan konvoi bagi meneruskan siri jelajah kembara ke destinasi yang seterusnya. Program gilang-gemilang ini telah berjalan dengan amat lancar dan melabuhkan tirai pada jam 1030hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan
Jabatan Penerangan Sabah

Address

Peti Surat 1469
Sandakan
90716

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penjara Sandakan:

Shortcuts

Share