14/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐
14 Julai 2026 (Selasa)
๐ Stadium Kompleks Sukan, Sandakan
Program Sukaneka Perpaduan Tabika Perpaduan Bahagian Sandakan Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah, menghimpunkan murid-murid Tabika Perpaduan, ibu bapa, guru serta komuniti dalam suasana penuh ceria dan harmoni.
Pelbagai acara sukaneka telah diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, kerjasama, keyakinan diri dan mengeratkan hubungan antara murid, ibu bapa serta warga pendidik. Program ini turut menyokong hasrat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam menyemai nilai perpaduan dan keharmonian sejak peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tn Henry Hj Hamdan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Elopura mewakili YB Puan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen P186 Sandakan, atas kesudian merasmikan program ini, serta kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakannya.