19/07/2026
Alhamdulillah.
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Sandakan telah selesai dilaksanakan dengan jayanya dalam suasana penuh ukhwah, muhasabah dan semangat perjuangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh perwakilan, ahli, AJK pelaksana serta semua yang telah hadir dan menyumbang tenaga bagi menjayakan mesyuarat ini.
Ucapan penghargaan yang istimewa juga kepada Pemerhati Jemputan, YDP PAS Kawasan Beluran, Ustaz Mohd Razlie Mohd Omar, atas kesudian hadir bersama kami.
Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kali ini menjadi titik tolak untuk kita terus memperkukuh saf perjuangan, memperkemaskan organisasi serta melaksanakan amanah dengan lebih berkesan.
Memperkasa Tanzim, Menuju Kemenangan.
"Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah: 214)