Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan, Government Organization, IPD SANDAKAN, Sandakan.

Salam Maulidur Rasul 08/2026
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 08/2026

Penugasan Point Duty Pagi 21.08.2026 oleh Team Bertugas BSPT Sandakan. Semoga perjalanan Tuan / Puan lancar dan dipermud...
21/08/2026

Penugasan Point Duty Pagi 21.08.2026 oleh Team Bertugas BSPT Sandakan. Semoga perjalanan Tuan / Puan lancar dan dipermudahkan.

19/08/2026
PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN Tarikh: 19 Ogos 2026Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SandakanPenga...
19/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN

Tarikh: 19 Ogos 2026
Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan
Penganjur: BSPT IPD Sandakan, Polis Diraja Malaysia

Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Sandakan bagi bulan Ogos 2026 telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas. Perhimpunan ini dipimpin oleh YDH Ketua Polis Daerah Sandakan, bertujuan untuk menyampaikan arahan, maklumat terkini, serta menilai prestasi dan hal ehwal keselamatan di Daerah Sandakan.

βœ… Kesimpulan

Perhimpunan berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat. Ia menjadi wadah penting untuk penyampaian maklumat, penilaian prestasi, serta memperkukuh semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan anggota IPD Sandakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan menjamin keselamatan awam di daerah tersebut.

Disediakan oleh: [BSPT IPD Sandakan]
Tarikh: 19 Ogos 2026.

Syabas dan Mantap kepada Team Bertugas BSPT Sandakan yang diketuai oleh Puan P/KBSPT sendiri πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ🀲🀲🀲.
08/08/2026

Syabas dan Mantap kepada Team Bertugas BSPT Sandakan yang diketuai oleh Puan P/KBSPT sendiri πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ🀲🀲🀲.

Penugasan Point Duty oleh Team Bertugas BSPT IPD SandakaSelamat pagi dan salam sejahtera semua. Berhati-hati semasa mema...
28/07/2026

Penugasan Point Duty oleh Team Bertugas BSPT IPD Sandaka

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Berhati-hati semasa memandu dan menunggang motosikal.


LAPORAN LAWATAN KEBAJIKAN Tajuk: Lawatan Kebajikan YDH Datuk Ketua Jabatan Pengurusan Polis IPK (KJP) Sabah ke Rumah Ang...
27/07/2026

LAPORAN LAWATAN KEBAJIKAN

Tajuk: Lawatan Kebajikan YDH Datuk Ketua Jabatan Pengurusan Polis IPK (KJP) Sabah ke Rumah Anggota Yang Sakit.
Tarikh: [27.07.2026]
Tempat: Rumah Sjn Burhanudin, Di Taman Alam Indah Batu 7 Sandakan.
Dihadiri oleh: YDH Datuk Ahsmon Bajah [Datuk KJP Sabah], Pegawai-pegawai Kanan Ibu dan Pegawai Rendah Polis Pejabat Polis Daerah Sandakan Sabah.

1. TUJUAN

Lawatan ini diadakan untuk menzahirkan perhatian dan keprihatinan pihak pucuk pimpinan Polis Sabah terhadap kesejahteraan anggota yang sedang sakit, serta mendoakan semoga Sjn Burhanudin segera pulih dan dapat kembali berkhidmat dengan cergas.

2. PERKARA YANG DILAKSANAKAN

- YDH Datuk KJP Sabah bersama rombongan tiba di kediaman Sjn Burhanudin.
- YDH beramah mesra bersama Sjn Burhanudin dan ahli keluarganya, bertanya khabar mengenai tahap kesihatan serta rawatan yang sedang diterima.
- YDH menyampaikan sumbangan kebajikan sebagai tanda ingatan dan sokongan moral daripada pihak jabatan.
- YDH turut menasihati Sjn Burhanudin supaya banyak berehat, mengikut nasihat doktor dan tidak memikirkan beban tugas sehingga pulih sepenuhnya.
- Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga kerana sentiasa memberi sokongan dan menjaga Sjn Burhanudin dengan penuh kasih sayang.

3. MAKLUMBALAS

Sjn Burhanudin dan seluruh ahli keluarganya melahirkan rasa terharu dan amat berterima kasih atas perhatian yang diberikan oleh YDH Datuk KJP Sabah serta pihak jabatan. Beliau berjanji akan menjaga kesihatan dengan baik dan berharap dapat segera pulih untuk kembali berkhidmat bersama-sama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Sabah.

4. PENUTUP

Lawatan ini menandakan semangat kekeluargaan dan kepedulian sesama warga kerja Polis Sabah. Semoga Sjn Burhanudin dikurniakan kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang baik dan kekuatan untuk meneruskan perkhidmatan yang mulia ini.

Disediakan oleh:


23.07.2026Di Mahkamah Sesyen Sandakan, Sabah telah berlangsung perbicaraan yang melibatkan kesalahan - kesalahan trafik ...
23/07/2026

23.07.2026

Di Mahkamah Sesyen Sandakan, Sabah telah berlangsung perbicaraan yang melibatkan kesalahan - kesalahan trafik dan antaranya adalah:

1. Kes Di Bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol)

- Pertuduhan: Menunggang/memandu kenderaan dengan kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan.
- Keputusan Mahkamah: Orang Kena Tuduh (OKT) didapati bersalah.
- Hukuman: Denda sebanyak RM10,000 dan hukuman penjara selama satu (1) hari.
- Status: OKT bayar denda dan telah dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman.

2. Kes Di Bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu Dengan Tidak Cermat dan Tidak Bertimbang Rasa)

- Pertuduhan: Melibatkan kes kemalangan jalan raya.
- Keputusan Mahkamah: OKT didapati bersalah.
- Hukuman: Denda sebanyak RM6,000.
- Status: OKT telah membayar denda tersebut sepenuhnya.

3. Kes Di Bawah Seksyen 279 KK (Memandu Secara Melulu dan Membahayakan)

- Pertuduhan: Melibatkan aktiviti tunggangan berbahaya (Rempit).
- Keputusan Mahkamah: OKT didapati bersalah.
- Hukuman: Dirujuk kepada Jabatan Kebajikan untuk tidakkan lanjut.
- Status: Mahkamah telah memberikan jaminan sebanyak rm 600/- dengan (1) penjamin warga tempatan sementara menunggu laporan dari pegawai kebajikan.

Ringkasan Keseluruhan:

Pihak BSPT IPD Sandakan telah berjaya menjalankan pertuduhan ke atas tiga (3) kes utama. Seramai dua (1) OKT (bagi kes Seksyen 45A(1) manakala satu (1) OKT (bagi kes Seksyen 43) telah dilepaskan setelah menjelaskan bayaran denda yang ditetapkan oleh mahkamah. (1) pesalah kanak- kanak yang dituduh dibawah Seksyen 279 telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan untuk tidakkan lanjut.

πŸš” JANGAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL πŸš”Satu keputusan yang salah boleh mengubah kehidupan ramai orang dalam sekelip...
23/05/2026

πŸš” JANGAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL πŸš”

Satu keputusan yang salah boleh mengubah kehidupan ramai orang dalam sekelip mata.

Memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan (alkohol) bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Keupayaan membuat pertimbangan, masa tindak balas dan kawalan kenderaan akan terjejas, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa.

βš–οΈ Ingat, tindakan ini membawa padah di sisi undang-undang:
πŸ”Ή Denda : RM10,000 hingga RM30,000
πŸ”Ή Penjara : Boleh dipenjara sehingga 12 bulan
πŸ”Ή Hilang kelayakan memandu sekurang-kurangnya 2 tahun

βœ… Jika anda mengambil minuman beralkohol, jangan memandu. Gunakan pengangkutan awam, e-hailing atau minta bantuan rakan yang tidak mengambil alkohol.

Fikir sebelum memandu. Jangan menyesal kemudian.

Address

IPD SANDAKAN
Sandakan
90700

Telephone

+6089242222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan:

Shortcuts

Share