Indahnya Islam

Indahnya Islam A page that tell us about Islam is so beautiful if we know more about it.

04/03/2020
Biarlah kita tergolong dalam golongan yang menjaga solat dan begitu juga zuriat-zuriat kita.
25/01/2020

Biarlah kita tergolong dalam golongan yang menjaga solat dan begitu juga zuriat-zuriat kita.

bersyukurlah ketika diberi nikmat dan bersabarlah ketika diberi ujian
25/01/2020

bersyukurlah ketika diberi nikmat dan bersabarlah ketika diberi ujian

Cinta pada Rasulullah adalah cinta paling indah♡
19/10/2019

Cinta pada Rasulullah adalah cinta paling indah♡

19/03/2018

INGIN TAHU SELAWAT YANG MEMPUNYAI GANJARAN PAHALA YANG PALING BERAT ?

“Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil aziim”.

Amalkan selalu selepas solat 3 kali. 😊

Mudah mengantuk? Itu adalah mainan makhluk bernama syaitan. Sebgai muslim, sewaktu kita rasa sungguh lesu ketika ingin m...
24/04/2017

Mudah mengantuk? Itu adalah mainan makhluk bernama syaitan. Sebgai muslim, sewaktu kita rasa sungguh lesu ketika ingin melakukan kerja yang berfaedah maka selawatlah semampu yang boleh. Inshaa Allah, sambil² tu minum air untuk mendapatkan oksigen yg banyak dalam otak. Cubalah.

Allahu... Credits to :- Sentap&Deep
13/02/2017

Allahu...
Credits to :- Sentap&Deep

14/01/2017

Bila anda ditimpa musibah , bacalah doa ni. Senang je nak hafal. Bismillahirahmanirahim . Lailaha illa anta , subhanaka inni , kuntu minazzolimin. Senang kan ? Inshaa Allah , kita sama-sama berdoa . Semoga diperingankan musibah kita.

11/12/2016

-Peristiwa Rasulullah S.A.W-

Umur Baginda Dan Peristiwa Penting
Di sini dicoretkan beberapa peristiwa yang berlaku semenjak Rasulullah S.A.W dilahirkan sehinggalah kenabian baginda untuk pengetahuan kita bersama.

Baginda S.A.W berumur setahun

Halimah Sa’diah datang ke Mekah dan mengambil baginda untuk dibawa pulang ke bani Sa’ad bagi tujuan mengasuh sebagaimana adat masyarakat arab dulu

Ketika berumur dua tahun

Sayyidina Abu Bakar dilahirkan.

Ketika berumur tiga tahun

Berlakunya peristiwa pembelahan dada baginda buat kali pertama. Menurut riwayat yang lain berlaku ketika umur baginda empat tahun dan satu riwayat lagi ketika umur baginda lima tahun.

Ketika berumur lima tahun

Halimah Sa’diah mengembalikan baginda kepada ibunya

Ketika berumur enam tahun

Baginda bersama ibunya keluar untuk menziarahi bapa-bapa saudaranya daripada bani Adi bin an-Najjar di Madinah. Pada tahun ini juga ibu baginda wafat dalam perjalanan pulang iaitu di Abwa’

Ketika berumur lapan tahun

Datuknya Abdul Muttalib wafat menurut riwayat yang paling ramai. Penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Tholib.

Ketika berumur sembilan tahun

Baginda keluar bersama bapa saudaranya Abu Tholib ke Syam untuk berniaga

Ketika berumur tiga belas tahun

Sayyidina Umar al-Khattob dilahirkan

Ketika berumur empat belas tahun

Berlakunya peperangan al-Fajjar antara kabilah Kinanah dan Qais. Rasulullah S.A.W turut serta dalam peperangan ini dan ia merupakan peperangan yang pertama disertai oleh baginda. Ia dinamakan al-Fajjar kerana berlaku pada bulan haram.

Pada tahun ini juga berlakunya perjanjian Fudhul dan dikatakan ia dinamakan Fudhul kerana dihadiri oleh kumpulan daripada Jurhum yang mana setiap mereka bernama al-Fadhlu. Bani Quraisy telah mermbuat perjanjian di Darul Nadwah dan bersepakat untuk menghalangi orang zalim daripada melakukan kezaliman. Mereka bersepakat di rumah Abdullah bin Jud’an. baginda S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Apa yang aku s**a untuk aku berjani ialah kehadiranku di rumah Ibnu Jud’an Hamr an-Nia’m dan jika aku diajak baginya nescaya aku menyukainya.

Ketika berumur dua puluh lima tahun

Baginda keluar bersama dengan Maisarah dalam menjual barangan perniagaan Siti Khadijah sebelum baginda mengahwini Siti Khadijah dua bulan selepas itu pada tahun yang sama.

Ketika berumur tiga puluh tahun

Sayyidina Ali bin Abu Tholib dilahirkan berhampiran Ka’bah

Ketika berumur tiga puluh empat tahun

Lahirnya Mu’awiyah bin Abu Sufian dan Mu’az bin Jabal

Ketika berumur tiga puluh lima tahun

-Telah tersebar mengenai telah munculnya baginda dan juga berkat serta sifat amanahnya

– Fatimah az-Zahra’ dilahirkan

– Ka’bah runtuh dan Quraisy telah membaik pulihnya yang mana baginda telah diminta untuk memberi pendapat tentang bagaimana cara untuk meletakkan kembali hajarul aswad ditempatnya kembali bagi menyelesaikan pertenglingkahan antara mereka.Baginda telah mengambil sehelai kain yang mana hajarul aswad diletakkan dalamnya dan selepas itu baginda meminta 4 orang pemimpin utama Quraisy agar memegang keempat-empat punca kain itu. Apabila tiba ditempat asalnya maka Rasulullah S.A.W mengambil hajaru aswad itu dan dimeletaknya dengan mengunakan tangan baginda yang mulia.,

Ketika berumur tiga puluh lapan tahun

Berlakunya tanda-tanda awal kenabian baginda yang mana baginda telah melihat cahaya dan mendengar suara tetapi tidak melihat tuan suara tersebut. Baginda mula berkhalwat di gua Hira’

Ketika berumur empat puluh tahun

Jibril telah datang menemui baginda untuk menyampaikan wahyu daripada Allah. Permulaan kenabian ini disebut berlaku pada hari Isnin.

Tahun pertama kenabian baginda

Siti Khadijah, Ali bin Abu Tholib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar telah memeluk Islam

Inilah antara peristiwa penting yang berlaku semenjak nabi S.A.W dilahirkan sehinggalah tahun pertama kenabian baginda S.A.W. Insya Allah selepas ini akan dicoretkan mengenai beberapa peristiwa yang lain selepas kenabian. Semoga ia dapat menambahkan lagig pengetahuan kita tentang peristiwa yang penting sepanjang hayat baginda untk renungan..

Inshaa Allah. Semoga kita dijauhkan Dari azab api NERAKA.
06/12/2016

Inshaa Allah. Semoga kita dijauhkan Dari azab api NERAKA.

02/07/2016

Address

Sandakan
Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Indahnya Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category