17/12/2025
16 Disember 2025 | Selasa
Lawatan Sambil Belajar
Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan dari Fakulti Pertanian Lestari yang melibatkan seramai 46 orang pelajar, 3 orang pensyarah serta 1 orang pelajar pascasiswazah. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada para pelajar berkaitan aktiviti penyelidikan pertanian, pengurusan ladang serta amalan pertanian lestari yang dilaksanakan di pusat penyelidikan ini.
Sepanjang lawatan, para pelajar diberikan penerangan mengenai fungsi dan skop penyelidikan Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun serta berpeluang melihat secara langsung aktiviti penyelidikan dan kerja-kerja lapangan yang dijalankan. Lawatan ini turut membuka ruang interaksi antara pelajar dan pegawai penyelidik melalui sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman.
Diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat memberi manfaat dalam menambah pengetahuan serta meningkatkan minat para pelajar terhadap bidang pertanian dan penyelidikan. Pihak Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan ini serta mengalu-alukan lawatan seumpamanya pada masa akan datang.