30/08/2026
๐๐๐ค ๐ก๐๐๐๐ง ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฒ๐พ
30 Ogos 2026 - Wisma Abyadh telah menganjurkan BBQ Night Ambang Merdeka 2026 yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat patriotisme. Majlis yang disertai oleh ahli Wisma Abyadh bersama keluarga ini turut diserikan dengan tema Pakaian Tradisional Etnik Sabah, sekali gus menampilkan kepelbagaian budaya dan warisan yang menjadi kebanggaan negeri Sabah.
Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan malam ambang merdeka, antaranya Karaoke Patriotik, Pecah Belon, Busana Etnik Merdeka 2026, Pertandingan Mewarna serta permainan kanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga Wisma Abyadh bersama keluarga.
Kemuncak majlis diserikan dengan countdown Ambang Merdeka dan pertunjukan bunga api sebagai simbolik menyambut Hari Kebangsaan ke-69. Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam jiwa seluruh warga. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! ๐ฒ๐พ
๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ ๐๐๐๐ก๐: ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ท๐ฎ๐ต๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ถ๐ธ๐บ๐ฎ๐๐ถ