SK Sanglang Perlis

SK Sanglang Perlis JALAN SIMPANG SANGLANG,
02800 SIMPANG EMPAT,
PERLIS

🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SANGLANG ✨🌙📅 28 Ogos 2026 | JumaatAlhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maul...
01/09/2026

🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SANGLANG ✨🌙
📅 28 Ogos 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Sanglang dalam suasana yang penuh meriah dan penghayatan. 🤍

Program ini bertujuan menyemai rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga sambutan ini dapat membentuk murid yang berakhlak mulia, berdisiplin dan sentiasa mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. 🌹

Terima kasih kepada seluruh warga SK Sanglang atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. 💙❤️

“Rasulullah SAW, Idola Sepanjang Zaman.” 🌙✨

🎂✨ SAMBUTAN HARI LAHIR STAFF SK SANGLANG ✨🎂Bulan Jun, Julai & Ogos | 24 Ogos 2026Alhamdulillah, warga SK Sanglang berkes...
01/09/2026

🎂✨ SAMBUTAN HARI LAHIR STAFF SK SANGLANG ✨🎂
Bulan Jun, Julai & Ogos | 24 Ogos 2026

Alhamdulillah, warga SK Sanglang berkesempatan meraikan insan-insan istimewa yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Jun, Julai dan Ogos. 🎉🎈

Sambutan ini bukan sekadar meraikan pertambahan usia, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyemai rasa kekeluargaan serta menghargai jasa dan komitmen seluruh warga sekolah. 💐❤️

🎁 Selamat Hari Lahir buat semua warga SK Sanglang yang diraikan!

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki serta terus diberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan.

Terima kasih atas segala dedikasi, komitmen dan sumbangan yang diberikan dalam membangunkan SK Sanglang bersama-sama. 🌷

Sekolah Kita, Keluarga Kita, Kejayaan Kita Bersama! ❤️

🌟SANGLANG FASIH DIGITAL 2.0🌟🌟WAYGROUND🌟Pembelajaran menggunakan Wayground menjadikan proses pengajaran lebih interaktif,...
26/08/2026

🌟SANGLANG FASIH DIGITAL 2.0🌟
🌟WAYGROUND🌟

Pembelajaran menggunakan Wayground menjadikan proses pengajaran lebih interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.

Melalui kuiz, permainan serta aktiviti digital, murid dapat menguji kefahaman secara langsung dan menerima maklum balas segera.

Guru p**a boleh memantau pencapaian, mengenal pasti kelemahan serta merancang tindakan susulan yang bersesuaian untuk meningkatkan penguasaan murid dengan berkesan berterusan.




CORETAN SEPANJANG BERLANGSUNGNYA PESTA KOMIK DI PUSAT SUMBER HAFEZ SHIRAZIPesta Komik berlangsung dengan meriah di Pusat...
25/08/2026

CORETAN SEPANJANG BERLANGSUNGNYA PESTA KOMIK DI PUSAT SUMBER HAFEZ SHIRAZI

Pesta Komik berlangsung dengan meriah di Pusat Sumber Hafez Shirazi dengan penglibatan aktif daripada murid-murid.

Murid-murid berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik sambil meneroka dunia komik dalam suasana yang menyeronokkan.

Program ini berjaya memupuk minat membaca, mengembangkan imaginasi serta menjadikan pusat sumber lebih ceria dan dekat di hati murid.

Perhimpunan MingguanMINGGU: 2924/8 HINGGA  28/8/2026TEMA : “ SIRAH MAULIDUR RASUL”TEMA 5 MINIT KESELAMATAN : “KESELAMATA...
24/08/2026

Perhimpunan Mingguan

MINGGU: 29
24/8 HINGGA 28/8/2026

TEMA : “ SIRAH MAULIDUR RASUL”

TEMA 5 MINIT KESELAMATAN :

“KESELAMATAN MAKANAN”

GURU BERTUGAS :

1.PN. SITI JARIAH BINTI REPAN (K)
2.PN.NORHASHIMAH BINTI SHAABAN
3.PN.NORAZEAN BINTI ABD AZIZ
4.EN. MOHD SHOLEHUDDIN BIN MOHD ARIFF
5.EN. JAMAL NASIR BIN MAT ZAIN
6.EN. MUHD. RASHIDI BIN ROMLI



Ucapan Guru Bertugas : Pn. Siti Jariah binti Repan
Tema Minggu Ini : Sirah Maulidur Rasul
- Mengenang kelahiran Nabi Muhammad SAW
- Mengikut akhlak Nabi Muhammad SAW
- Menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengikut sunnahnya.

Tema Keselamatan : Keselamatan Makanan
1. Lihat, Bau dan Rasa
2. Pastikan makanan selamat untuk dimakan.
3. Berhati-hati dengan apa yang kamu mahu makan dan minum.

💫 Penyerahan hadiah dan sijil kehadiran kelas tertinggi JULAI

Ucapan Penolong Kanan HEM : En. Amirul Shazmi bin Mohd Basri
1. Pastikan kehadiran cemerlang ke sekolah.
2. Laluan selamat ke kelas. Pastikan menggunakan laluan di tepi dewan.
3. Sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di sekolah.

📚✨ DIALOG PRESTASI & PENYERAHAN SLIP PBD PERTENGAHAN TAHUN 2026 ✨📚Jumaat, 21 Ogos 2026Alhamdulillah, telah berlangsung D...
21/08/2026

📚✨ DIALOG PRESTASI & PENYERAHAN SLIP PBD PERTENGAHAN TAHUN 2026 ✨📚

Jumaat, 21 Ogos 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Dialog Prestasi dan Penyerahan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan Sanglang.

Program ini menjadi ruang yang bermakna untuk memperkasa kerjasama antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa/penjaga dalam menelusuri perkembangan, pencapaian serta potensi murid sepanjang sesi persekolahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan erat antara sekolah dan keluarga terus menjadi pemangkin kejayaan anak-anak SK Sanglang. ❤️

“Bersama Membina Kecemerlangan, Melakar Masa Depan.” 🌟





🇲🇾🚴‍♂️ PROGRAM KAYUHAN MERDEKA SK SANGLANG 2026 🚴‍♀️🇲🇾Rabu, 19 Ogos 2026 | SK Sanglang, PerlisSemangat patriotisme terus...
19/08/2026

🇲🇾🚴‍♂️ PROGRAM KAYUHAN MERDEKA SK SANGLANG 2026 🚴‍♀️🇲🇾

Rabu, 19 Ogos 2026 | SK Sanglang, Perlis

Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui Program Kayuhan Merdeka SK Sanglang 2026 yang menghimpunkan warga sekolah dalam aktiviti berbasikal sambil menghayati semangat Malaysia MADANI dan Bulan Kebangsaan. 🇲🇾❤️

Program dimulakan dengan perhimpunan murid di dewan, pengambilan kehadiran serta penjurian Basikal Berhias, diikuti dengan senamrobik sebelum pelepasan peserta kayuhan oleh Guru Besar,
Pn. Rogayah binti Mat Arip.

🚴‍♂️ Laluan Kayuhan:
📍 SK Sanglang
➡️ SJKC Simpang Empat
➡️ SK Simpang Ampat
➡️ SK Sanglang

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada SJKC Simpang Empat dan SK Simpang Ampat atas sambutan, kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang persinggahan dan perjalanan kayuhan. 🤝❤️

Kerjasama erat antara sekolah ini menjadikan program lebih bermakna serta dapat menyemarakkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air. 🇲🇾

Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta warga SK Sanglang yang menjayakan program ini! Semoga semangat “Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka” terus subur dalam diri kita semua. ❤️🤍💙💛

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEBANGSAAN! 🇲🇾
Kita Kayuh Bersama, Kita Semarakkan Merdeka! 🚴‍♂️🇲🇾



💫Naib Johan Khat (Rendah)🌟 KARNIVAL MAHABBAH PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 🌟📅 18 & 19 Ogos 2026📍 SK Pendi...
19/08/2026

💫Naib Johan Khat (Rendah)

🌟 KARNIVAL MAHABBAH PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 🌟

📅 18 & 19 Ogos 2026
📍 SK Pendidikan Khas, Kangar

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas peluang dan pengalaman berharga yang diberikan kepada murid-murid PPKI SK Sanglang dalam Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perlis 2026. 🤲✨

🏆 Penyertaan Murid:

📖 Bercerita Lelaki (Rendah)
• Muhammad Firash Iqbal

🕌 Azan Subuh (Rendah)
• Khairin Muhaimin

✍️ Khat (Rendah)
• Muhammad Amsyar
• Damia Alieysa

📚 Hafazah Perempuan (Rendah)
• Siti Nur Jannah

🎉 TAHNIAH! 🎉

🏆 Naib Johan Khat (Rendah)
🥈 Muhammad Amsyar

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Amsyar atas pencapaian yang membanggakan! 🌟👏 Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. 💪✨

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian. Keberanian, kesungguhan dan usaha kalian amat membanggakan. ❤️

🌷 Terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru pembimbing, guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan komitmen dalam menjayakan penyertaan murid-murid PPKI SK Sanglang.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan terus menyemarakkan semangat “Berani Mencuba, Yakin Berjaya!” 🌈✨

Tahniah dan syabas semua! 👏🥰


✨SELAMAT MAJU JAYA ✨Selamat maju jaya buat pasukan Badminton Asrama SK Sanglang yang mewakili Perlis ke Karnival Kesenia...
18/08/2026

✨SELAMAT MAJU JAYA ✨

Selamat maju jaya buat pasukan Badminton Asrama SK Sanglang yang mewakili Perlis ke Karnival Kesenian & Sukan Murid Asrama Harian Peringkat Kebangsaan 2026 di Pulau Pinang! 🏸🇲🇾



Peluncuran Pesta Komik Peringkat Sekolah Kebangsaan Sanglang dengan kerjasama Perpustakaan Desa Masjid Simpang Sanglangp...
18/08/2026

Peluncuran Pesta Komik Peringkat Sekolah Kebangsaan Sanglang dengan kerjasama Perpustakaan Desa Masjid Simpang Sanglang

pada 18 Ogos 2026 bertempat di Dewan Ocean Light, SK Sanglang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sanglang, Cikgu Rogayah binti Mat Arip.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah:

* Menghasilkan komik bertemakan kemerdekaan
* Mencipta watak dan jalan cerita sendiri
* Mewarna serta menghias komik secara kreatif





PD Masjid Simpang Sanglang

Address

Jalan Simpang Sanglang
Sanglang
02800

Telephone

+6049805535

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sanglang Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category