21/05/2026
PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH SARATOK BULAN MEI 2026
21.05.2026 - Ketua Polis Daerah Saratok, YDH DSP Mathew Anak Manggie telah menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Saratok bagi bulan Mei 2026 bertempat di Padang Kawad, IPD Saratok. Program ini disertai oleh Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Ahli PERKEP IPD Saratok.
Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah Saratok agar semua warga IPD Saratok harus mengekalkan semangat Espirit De Corps, semangat kebersamaan dan saling hormat-menghormati dalam pasukan. Selain itu, memperingatkan semua warga IPD Saratok agar menjauhkan diri daripada semua aktiviti yang menyalahi undang-undang, penyalahgunaan dadah, rasuah dan salah guna kuasa. YDH Ketua Polis Daerah Saratok juga mengucapkan setinggi tahniah kepada BSJD & BSJND IPD Saratok atas kejayaan membendung kegiatan jenayah serta penyalahgunaan dadah di daerah Saratok.
Turut disampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Ahli PERKEP IPD Saratok daripada YDH Pesuruhjaya Polis Sarawak dan Mantan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia yang disampaikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Saratok. Program ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan Ketua Polis Daerah Saratok dalam memupuk budaya kerja cemerlang dan memperkukuh hubungan dalam kalangan warga PDRM khususnya di IPD Saratok.
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"