Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei

Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei Page Official Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei

18/09/2026

INGAT LAGI SEKIRANYA JEREBU DATANG KEMBALI

Jangan tunggu sehingga IPU meningkat.
Amalkan langkah perlindungan kesihatan dari awal.


18/09/2026

SENTIASA BERWASPADA SEMASA JEREBU

Kualiti udara mungkin bertambah baik, namun kesan jerebu masih boleh berterusan. Amalkan langkah perlindungan kesihatan.

Jaga diri, Lindungi keluarga


18/09/2026

IPU JAM 7 PAGI
Sorry termasuk pulak johan setia dlm list ๐Ÿ™ tapi johan memang setia Johan "JoJo" Ghazali

17/09/2026

IPU SEMASA 63 (2.42 PM)

๐ŸŒซ๏ธ ๐’๐„๐๐“๐ˆ๐€๐’๐€ ๐๐€๐๐“๐€๐” ๐’๐ˆ๐“๐”๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐” ๐ƒ๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐€๐๐ƒ๐€ โ˜๐Ÿผ
Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda jika bacaan IPU jerebu meningkat:
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐›๐š๐œ๐š๐š๐ง ๐ˆ๐๐”: Jika bacaan IPU meningkat, hadkan aktiviti di luar rumah.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ ๐‰๐š๐ ๐š ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ ๐๐š๐ค๐š๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐ฎ๐ค๐š: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya perlu berada di luar bangunan.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ ๐๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ ๐š๐ข๐ซ: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ ๐’๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐›๐š๐ญ-๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.
Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran jika anda mengalami sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.

17/09/2026

Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

Amalkan tindakan berikut untuk melindungi keluarga anda daripada kesan buruk jerebu:

- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.

Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.

17/09/2026

KANAK-KANAK DAN SALURAN PERNAFASAN

Saluran pernafasan kanak-kanak masih berkembang dan lebih sensitif terhadap pencemaran udara. Semasa jerebu, kurangkan aktiviti luar dan lindungi pernafasan mereka.


16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!

Daripada kami,
Seluruh warga kerja
Cawangan Promosi Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

16/09/2026

ZARAH HALUS PM2.5

Jerebu mengandungi zarah halus seperti PM2.5 yang boleh masuk jauh ke dalam saluran pernafasan dan menjejaskan kesihatan.


16/09/2026

Dalam berusaha mencari rezeki di luar, jangan lupa untuk terus menjaga kesihatan diri, terutama ketika jerebu.

๐Ÿ’ง Sentiasa minum air kosong secukupnya
๐ŸŒซ๏ธ Kurangkan aktiviti di luar
๐Ÿงผ Kerap mencuci tangan, muka dan mandi
๐Ÿ˜ท Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Jika mengalami masalah kesihatan, dapatkan rawatan segera.
Jaga diri, lindungi kesihatan. โค๏ธ

16/09/2026

โ˜€๏ธ Panas sekarang? Jaga diri ya! ๐Ÿ’ง

Cuaca panas memang boleh buat kita cepat haus, letih dan pening. Jadi, jangan lupa jaga diri dan orang di sekeliling kita ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ’ง Kerap minum air kosong walaupun belum rasa dahaga.
๐Ÿงข Kalau keluar, pakai topi/payung dan pakaian yang selesa.
๐ŸŒณ Cuba elakkan aktiviti luar terlalu lama ketika cuaca panas.
๐Ÿ  Cari tempat yang teduh dan sejuk untuk berehat.

๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ด Anak-anak, warga emas, ibu mengandung dan mereka yang ada penyakit kronik perlukan lebih perhatian ketika cuaca panas.

๐Ÿšจ Kalau nampak seseorang terlalu panas, keliru, pengsan atau mengalami sawan, jangan tunggu lama. Dapatkan bantuan dan rawatan segera.

Panas boleh kita hadapi, tapi kesihatan jangan diabaikan. โค๏ธโ˜€๏ธ

Address

Jalan Bangunan Kerajaan, Tingkat 3, Wisma Persekutuan
Sarikei
96100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084651077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei:

Shortcuts

Share