Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang

Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang Media Pergerakan Pemuda PBB N41 Kuala Rajang Official

With Yb Datuk Hj Len Talif Salleh – I just got recognised as one of their top fans! πŸŽ‰
10/02/2026

With Yb Datuk Hj Len Talif Salleh – I just got recognised as one of their top fans! πŸŽ‰

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat YB Datuk Haji Len Talif SallehArmada Pemuda PBB Cawangan N.41 Kuala Rajang mengucapka...
05/02/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat
YB Datuk Haji Len Talif Salleh

Armada Pemuda PBB Cawangan N.41 Kuala Rajang mengucapkan selamat hari lahir kepada YB Datuk Len Talif Salleh

Semoga YB Datuk dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan untuk terus gemilang mengemudi kepimpinan dan memacu pembangunan kawasan Kuala Rajang.

Semoga Allah memberkati umur beliau dengah segala limpah kurnia dan rahmat hendaknya.

Ikhlas dari
Armada Pemuda PBB N41 Kuala Rajang

KENYATAAN MEDIAPEMUDA PBB SARAWAK TEGAS: JANGAN ABAIKAN UNDANG-UNDANG SARAWAKMerujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan...
28/01/2026

KENYATAAN MEDIA

PEMUDA PBB SARAWAK TEGAS: JANGAN ABAIKAN UNDANG-UNDANG SARAWAK

Merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mendakwa bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak mengawal selia sumber minyak dan gas bagi Sarawak.

Kami kesal dengan pandangan Menteri yang terlalu sempit terhadap MA63, iaitu melihatnya semata-mata sebagai teks tanpa mengambil kira konteks, tujuan serta kepentingan perlembagaannya. Peribahasa β€œJangan kerana pokok, hutan tidak terlihat” amat bertepatan dalam hal ini.

MA63 ialah dokumen asas penubuhan Malaysia, yang menyatukan Sarawak, Sabah (ketika itu Borneo Utara), Singapura dan Tanah Melayu sebagai rakan setara dalam Persekutuan. Ketiadaan peruntukan khusus mengenai minyak dan gas dalam MA63 tidak bermakna undang-undang Sarawak serta kerangka perlembagaan berkaitan tanah dan sumber asli boleh diketepikan.

Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak (OMO) 1958 masih berkuat kuasa dan tidak pernah dimansuhkan oleh Badan Perundangan Sarawak. Digubal sebelum
pembentukan Malaysia, ordinan ini terus mengawal selia aktiviti minyak dan gas di Sarawak serta dilindungi secara perlembagaan. Menolak MA63 melalui tafsiran literal semata-mata bermakna mengabaikan undang-undang sedia ada dan hak perlembagaan Sarawak. Pendekatan sedemikian menjejaskan semangat MA63 dan memesongkan keseimbangan hubungan Persekutuan – Kerajaan Sarawak.

Memandangkan penolakan sempit MA63 oleh menteri serta jawapan yang tidak lengkap terhadap persoalan yang dikemukakan kepadanya, kami ingin mengemukakan soalan-soalan berikut dan menuntut penjelasan demi rakyat Sarawak:

1. Adakah Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan atau sokongan rasmi terhadap cabaran undang-undang PETRONAS ke atas Kerajaan Sarawak?

2. Jika Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, telah mengiktiraf hak Sarawak serta peranan PETROS sebagai pengagregat gas, mengapa PETRONAS
masih perlu memfailkan cabaran undang-undang? Adakah pengiktirafan beliau tidak membawa sebarang wibawa?

3. Bolehkah Putrajaya menjamin bahawa penyelesaian secara muafakat, iaitu penglibatan dan rundingan berterusan, akan kekal sebagai pendekatan utama
dalam pertikaian masa hadapan berkaitan hak minyak dan gas Sarawak, berbanding tindakan mahkamah?
Pergerakan Pemuda PBB Sarawak akan terus berdiri teguh bersama Yang Amat Berhormat Premier dalam melindungi dan mempertahankan hak-hak Sarawak.

PERGERAKAN PEMUDA PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)
SARAWAK

27 JANUARI 2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI! βœ¨πŸ“£ Jom Sertai Productivity Hunt 2026!πŸ“… Tarikh: 7 Februari 20...
20/01/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI! ✨

πŸ“£ Jom Sertai Productivity Hunt 2026!

πŸ“… Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Dewan Suarah Sarikei
πŸ‘₯ Penyertaan: PERCUMA dan Terhad kepada 125 kumpulan terawal
(4 orang bagi setiap kumpulan)

🎁 Penyertaan termasuk:
βœ… Sarapan pagi
βœ… Makan tengah hari
βœ… T-shirt percuma

πŸ“’ Sesi Taklimat Peserta
➑️ Satu sesi taklimat khas akan diadakan pada hari program bagi menerangkan perjalanan aktiviti, peraturan, dan mekanisme permainan sebelum aktiviti bermula.

πŸ—“οΈ Tarikh tutup pendaftaran: 30 Januari 2026

πŸ“Œ Syarat Penyertaan

βœ”οΈ Warganegara Malaysia
βœ”οΈ Had umur: 18 hingga 40 tahun
➑️ Kuota khas disediakan untuk 100 orang pelajar Tingkatan 4 & 5
βœ”οΈ Tiada masalah kesihatan yang boleh menjejaskan penyertaan aktiviti fizikal
βœ”οΈ Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 4 orang peserta

πŸ“ Tatacara Pengisian Google Form

πŸ”Ή Hanya wakil kumpulan (Ketua Kumpulan) sahaja perlu mengisi Google Form
πŸ”Ή Maklumat perlu diisi mengikut seksyen berikut:
β€’ Section 1: Nama Kumpulan
β€’ Section 2: Maklumat Ketua Kumpulan (Ahli 1)
β€’ Section 3 – 5: Maklumat Ahli Kumpulan (Ahli 2, Ahli 3 & Ahli 4)

⚠️ Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat.

⚑ Cepat! Jangan lepaskan peluang ini!
πŸ“² Daftar sekarang selagi tempat masih ada!

11/01/2026
KARNIVAL SUKAN SABERKAS (KASUS) 2025
25/12/2025

KARNIVAL SUKAN SABERKAS (KASUS) 2025

πŸ“£ JEMPUTAN TERBUKA KEPADA PENDUDUK BELAWAI, JERIJEH, RAJANG, TANJUNG MANIS & SEKITARNYA! πŸ“£

Ayuh kita meriahkan
πŸŽ‰ KARNIVAL SUKAN SABERKAS (KASUS) 2025 πŸŽ‰

πŸ—“ Tarikh: 27 Disember 2025 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Iftitah Resort & Restaurant, Belawai
🎯 Anjuran: SABERKAS Cawangan Kuala Rajang

Pelbagai aktiviti menarik & mencabar menanti anda seisi keluarga:

πŸ’ͺ Pertandingan Tarik Tali
>> Juara - RM300
>> Naib Juara - RM200
>> Ketiga - RM150
>> Tiga hadiah saguhati - RM50

⚽ Bola Sepak Pantai
>> Juara - RM300
>> Naib Juara - RM200
>> Ketiga - RM150
>> Tiga hadiah saguhati - RM50

===========================

Lain-lain acara:
πŸƒβ€β™‚οΈ Sukaneka
πŸ›‘ Simulasi Memanah
πŸ’ƒ Zumba
🍲 Jerayawara Bubur Lambuk

============================

✨ Acara Sukaneka:
πŸ₯₯ Bowling Kelapa
πŸ‘• Lari Dalam Guni
πŸ“» Radio Rosak
🎣 Memancing Botol
πŸ’§ Isi Air Dalam Botol
🏰 Istana Pasir
πŸ˜† Muka Buruk (makan biskut)

Untuk sukaneka keseluruhan hadiah setiap acara adalah seperti berikut:

>> Juara - RM200
>> Naib Juara - RM150
>> Ketiga - RM100
>> Tiga hadiah saguhati - RM50

=============================

🎁 CABUTAN BERTUAH PUN ADAAA!!!

Jangan lepaskan peluang untuk beriadah, berseronok dan mengeratkan silaturahim bersama komuniti 🌈

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut:
Syamirul – 011 3175 3190
Izul - 013 808 7152

πŸ“Œ Jumpa anda semua di Karnival Sukan SABERKAS 2025!

Address

Jalan Masjid Lama
Sarikei
96100

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang:

Share