15/12/2017
UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA KETUA POLIS NEGARA
Kesatuan Pegawai Awam Polis Sarawak (SPOCSU) IPD Sarikei ingin melahirkan rasa dukacita dan menyampaikan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dan keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.02 petang tadi selepas beliau bertarung selama 17 tahun melawan penyakit kanser.
Semoga Tan Sri Dato' Sri tabah menghadapi dugaan dan pihak kami mendoakan agar Allahyarhamah Puan Sri dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang beriman.
Al-Fatihah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1755441904466109&id=161086313901684
UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA KETUA POLIS NEGARA
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang baharu sahaja kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.02 petang tadi selepas beliau bertarung selama 17 tahun melawan penyakit barah.
Pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan yang amat besar khususnya buat Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia. Beliau yang mengambil alih jawatan Pengerusi PERKEP Malaysia pada 4 September lalu merupakan seorang ibu dan pemimpin keluarga PDRM yang amat disegani dan berjiwa kental.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke kampung halaman di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan esok.
Semoga roh Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.
“Sesungguhnya adalah milik Allah SWT apa yang dikhendakiNya, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada di sisiNya ada jangka waktu tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).
Al-Fatihah.