IPD Sarikei Official

IPD Sarikei Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IPD Sarikei Official, Government Organization, Sarikei.

Al-Fatihah Salam Takziah Kepada Semua Ahli Keluarga Allahyarham.
02/08/2023

Al-Fatihah Salam Takziah Kepada Semua Ahli Keluarga Allahyarham.

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL HUSSIN BIN JAI

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Koperal Hussin Jai.

Allahyarham bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Sarikei.

Seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak mendoakan agar roh Allahyarham dalam rahmatNya serta ditempatkan bersama para solihin dan semoga diberikan ketabahan buat keluarga Allahyarham atas pemergian beliau.

Al-Fatihah.

PROGRAM "HARI BERSAMA PELANGGAN / TALK TO US " IPD SARIKEI.1️⃣ Tarikh : 27.06.23@Selasa2️⃣ Masa :1030hrs - 1200hrs3️⃣ Te...
27/06/2023

PROGRAM "HARI BERSAMA PELANGGAN / TALK TO US " IPD SARIKEI.

1️⃣ Tarikh : 27.06.23@Selasa
2️⃣ Masa :1030hrs - 1200hrs
3️⃣ Tempat :Hadapan Everwin Supermarket, Jalan Abdul Rahman, Sarikei.

KEHADIRAN
▪️Supt.Awang Arfian B Awang Bujang (KPD SARIKEI)
▪️ASP Azmi B Abdul Lamat (KBPD)
▪️ASP Unang Ak Giang (KBSJD)
▪️ASP Douglas Ak Nyatop (PERLESENAN)
▪️Insp Rengga Ak Nyegang (KPB)
▪️Insp Tasman B.Hukman (BSJKD)
▪️Insp Abdul Hafiz B Suhaili (KJSPTD)
▪️Insp Airil Shahfuddin B Tajudin (BSJND)
▪️Sjn Anja Ak Brinau (BPJKKD)
▪️6 Anggota PRP

AMANITA.
▪️Insp Nurliyana Binti Hasimi(KAD)
▪️Insp Nurliyana Shamimi Binti Rosmail
▪️Sjn Noor Aini Binti Mostapa
▪️Sjn Betty Binti Tuko
▪️Kpl Nancy Geraman
▪️Kpl Rosenita Serit

Objektif
▪️ Membuka kaunter 'HARI BERSAMA PELANGGAN' DAN 'TALK TO US' dengan memberi perkhidmatan kepada orang awam dalam bentuk penerimaan seperti aduan/laporan Polis serta maklumbalas daripada orang ramai terhadap mutu perkhidmatan IPD Sarikei dan maklumat keselamatan, jenayah dan juga dadah.
▪️ Memupuk dan menyemai semangat persefahaman di antara PDRM dengan komuniti sebagai Sahabat Pencegahan Jenayah.
▪️Memberi peluang kepada masyarakat setempat di bawah pentadbiran IPD Sarikei untuk bertemu dengan anggota dari peringkat IPD.
▪️Menerangkan kes-kes yang sering berlaku di kawasan sekitar seperti mencuri kenderaan, pecah rumah, pecah tanah perkuburan, penipuan di atas talian serta menerangkan cara-cara mencegah jenayah.
▪️Orang ramai di alu-alukan untuk follow Facebook@JSJKPDRM@CyberCrimeAlertRMP bagi mendapatkan lebih banyak info berkaitan Modus Operandi Jenayah Komersial terkini.

14/06/2023
13/06/2023

Kes Amuk di Tabika Kemas, Kampung Rajang, Tanjung Manis

Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Awang Arfian Bin Awang Bujang mengesahkan kejadian amuk di Tabika Kemas kelas A Kampung Rajang, Tanjung Manis pada 13.06.2023 jam lebih kurang 0820 hrs yang tular di media sosial.

Satu laporan polis telah di terima berkenaan kejadian yang berlaku di mana (1) lelaki 17 tahun telah mengamuk dan merosakkan harta di dalam dan kawasan Tabika berkenaan. Suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku. Satu tangkapan (1) lelaki telah di buat oleh anggota Balai Tanjung Manis untuk siasatan lanjut.

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini yang sedang viral di media sosial.

Kertas siasatan telah di buka di bawah Seksyen 427 / 323 Kanun Keseksaan. Kes masih dalam siasatan.

*POLIS IPD SARIKEI*🔹Sarikei :25/09/ 2022. Rondaan Cegah Jenayah  oleh   Anggota Cawangan Kereta Peronda  IPD SARIKEI di ...
27/09/2022

*POLIS IPD SARIKEI*

🔹Sarikei :25/09/ 2022. Rondaan Cegah Jenayah oleh Anggota Cawangan Kereta Peronda IPD SARIKEI di premis2 perniagaan,bank2 dan taman2 perumahan untuk mencegah/membenteras kejadian jenayah dan mendapatkan maklumat2 jenayah daripada orang awam.

kita membenteras jenayah.

*KBPJKK IPD SARIKEI*

POLIS IPD SARIKEI"OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH OLEH  IPD SARIKEI.🔹Sarikei :15/09/2022 bermula  2200 hrs hingga selesa...
17/09/2022

POLIS IPD SARIKEI

"OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH OLEH IPD SARIKEI.

🔹Sarikei :15/09/2022 bermula 2200 hrs hingga selesai Ipd Sarikei meneruskan operasi bersepadu dengan melibatkan semua elemen di Ipd dalam usaha untuk mencegah/ membenteras jenayah kes pecah rumah, kecurian kenderaan dan penyalahgunaan dadah serta lumba haram ( mat rempit) di kawasan Sarikei.
🔹Hasil Operasi Bersepadu ini Polis Ipd Sarikei telah berjaya menangkap (5) orang Saspek dipercayai terlibat dengan kes Pecah Rumah dan Curi Motosikal.
🔹Kejayaan yang dicapai adalah hasil maklumat daripada orang ramai.
🔹Dengan ini pihak PDRM merakamkan jutaan terima kasih kepada pemberi maklumat..

kita membenteras jenayah.

KBPJKKD SARIKEI.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE - 65 TAHUN KHAS DARIPADA SEMUA WARGA KERJA IBU PEJABAT POLIS DAERAH SARIKEI.
30/08/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE - 65 TAHUN KHAS DARIPADA SEMUA WARGA KERJA IBU PEJABAT POLIS DAERAH SARIKEI.

POLIS IPD SARIKEI"OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH OLEH  IPD SARIKEI.🔹Sarikei :21/07/2022 bermula  2200 hrs hingga selesa...
22/07/2022

POLIS IPD SARIKEI

"OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH OLEH IPD SARIKEI.

🔹Sarikei :21/07/2022 bermula 2200 hrs hingga selesai Ipd Sarikei meneruskan operasi bersepadu dengan melibatkan semua elemen di Ipd dalam usaha untuk mencegah/ membenteras jenayah kes pecah rumah, kecurian kenderaan dan penyalahgunaan dadah serta lumba haram ( mat rempit) di kawasan Sarikei.
🔹Hasil Operasi Bersepadu ini Polis Ipd Sarikei telah berjaya menangkap (3) orang yang terlibat dengan kegiatan Penyalahgunaan Dadah.
🔹Kejayaan yang dicapai adalah hasil maklumat daripada orang ramai.
🔹Dengan ini pihak PDRM merakamkan jutaan terima kasih kepada anda semua.

kita membenteras jenayah.

KBPJKKD SARIKEI.

*POLIS IPD SARIKEI*Program "High Profile Policing" Dan "Meet and Greet"  IPD SARIKEI.🔹19/07/2022@ 1000 hrs.YDH DSP Bened...
19/07/2022

*POLIS IPD SARIKEI*

Program "High Profile Policing" Dan "Meet and Greet" IPD SARIKEI.

🔹19/07/2022@ 1000 hrs.YDH DSP Benedict Faris Bin Jimoy (Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei) bersama Ketua Bahagian/ Ketua Polis Balai dan Amanita Ipd Sarikei telah menjalankan aktiviti "Walk About" dan rondaan bertujuan:
- Menyantuni orang ramai di pekan Sarikei.
- Mendapatkan maklumat berkaitan jenayah
- Mencegah jenayah,
- Menjalinkan kerjasama yang berterusan dengan orang awam dan,
-Menyampaikan Risalah/Pamplet berhubung kes penipuan atas talian( Macau Scam)
🔹Orang ramai menyuarakan agar program ini dan kehadiran Polis di kawasan tumpuan umum diadakan secara berterusan.

dan masyarakat berpisah tiada #

# Kita bersama membenteras jenayah #

*BPJKK IPD SARIKEI*

*POLIS IPD SARIKEI*🔹Sarikei :13/07/ 2022. Rondaan Cegah Jenayah  oleh   Anggota Cawangan Kereta Peronda  IPD SARIKEI di ...
14/07/2022

*POLIS IPD SARIKEI*

🔹Sarikei :13/07/ 2022. Rondaan Cegah Jenayah oleh Anggota Cawangan Kereta Peronda IPD SARIKEI di premis2 perniagaan,bank2 dan taman2 perumahan untuk mencegah/membenteras kejadian jenayah dan mendapatkan maklumat2 jenayah daripada orang awam.

kita membenteras jenayah.

*KBPJKK IPD SARIKEI*

PINJAMAN TIDAK WUJUD (LOAN SCAM)Penipuan yang digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa dengan menawarkan pinjaman wang...
08/07/2022

PINJAMAN TIDAK WUJUD (LOAN SCAM)

Penipuan yang digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa dengan menawarkan pinjaman wang secara dalam talian.

Sindiket akan menawarkan pinjaman yang mudah, cepat, kelulusan mudah, kadar bayaran balik rendah dan pelbagai tawaran yang 'too good to be true'.

Mangsa akan berhubung hanya melalui whatsapp atau panggilan telefon.

Mangsa kemudiannya akan diminta untuk membuat pelbagai bayaran bagi mendapatkan wang pinjaman tersebut.

Mangsa akan membuat bayaran ke beberapa akaun bank (akaun keldai) namun tidak menerima wang pinjaman tersebut.

Jadilah peminjam yang bijak. Semak nama syarikat, syarat sah pemberi pinjam wang berlesen, no. akaun dan prosedur bagi pinjaman wang sebenar.

Jangan mudah percaya pada sebarang tawaran 'too good to be true'.









LOVE SCAMBerkenalan dengan rakan dari luar negara melalui media sosial?Kenalan merupakan askar, juruterbang, jurutera pe...
06/07/2022

LOVE SCAM

Berkenalan dengan rakan dari luar negara melalui media sosial?

Kenalan merupakan askar, juruterbang, jurutera petroleum atau businessman?

Kenalan media sosial anda seorang yang penyayang dan mengambil berat?

Rakan menjanjikan barangan mewah dari luar negara?

Rakan ingin meminjam wang untuk urusan perniagaan atau rawatan penyakit keluarga?

Rakan ingin meminta bantuan anda menguruskan wasiat keluarga di Malaysia?

Anda diminta membuat pelbagai bayaran bagi semua tujuan di atas?

ANDA MUGKIN ADALAH MANGSA JENAYAH LOVE SCAM!

Tips & Nasihat
Jangan percaya pada kenalan dalam talian atau tidak pernah berjumpa.
Jangan buat bayaran ke akaun yang tidak dikenali.









Address

Sarikei

Telephone

+6084652222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPD Sarikei Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share