Unit Promosi Kesihatan Pergigian Sarikei

Unit Promosi Kesihatan Pergigian Sarikei Unit Promosi Kesihatan Mulut Sarikei
~Untuk info pergigian yang sahih dan terkini~

30/07/2026

🚨 JANGAN TERPEDAYA DENGAN HARGA MURAH, KESIHATAN MULUT ANDA SANGAT BERHARGA! 🚨

Sejak belakangan ini, semakin ramai yang menjadi mangsa akibat terpengaruh dengan iklan pendakap gigi (braces) atau veneer murah di media sosial. Di sebalik harga "rahmah" yang ditawarkan oleh pengamal pergigian haram, ada bahaya besar yang menanti anda!

Apakah risiko jika anda memilih fake dentist?
⚠️ Peralatan Tidak Disteril: Alatan yang kotor boleh memindahkan virus berbahaya seperti HIV dan Hepatitis!
⚠️ Bahan Tiruan & Beracun: Penggunaan bahan gred rendah yang boleh merosakkan tisu mulut.
⚠️ Kerosakan Kekal: Risiko gigi longgar, gusi bernanah, dan kerosakan struktur rahang.
⚠️ Tiada Perlindungan Undang-undang: Jika muka atau mulut rosak, tiada siapa yang akan bertanggungjawab.

Gigi kita nak pakai seumur hidup, jangan jadikan diri anda bahan uji kaji pihak tidak bertauliah. Pastikan anda hanya mendapatkan rawatan di klinik pergigian yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


30/07/2026

πŸ’” "Niat asal nak cantik, tapi akhirnya merana..." πŸ’”

Ini adalah realiti yang sering dihadapi oleh mangsa pengamal pergigian haram. Terpengaruh dengan harga murah dan janji manis di media sosial, akhirnya terpaksa menanggung kos beribu ringgit untuk membaiki kerosakan kekal pada gusi dan struktur gigi. Lebih menakutkan, risiko jangkitan kuman dan penyakit berjangkit!

Sayangi diri anda. Rawatan pergigian bukanlah satu trend kosmetik remeh yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja tanpa tauliah. Kerana penyesalan di kemudian hari tidak dapat mengembalikan gigi asli anda yang rosak. 😒

Oleh itu, sebelum memulakan sebarang rawatan, pastikan doktor gigi anda adalah yang ORI. Mereka mestilah mempunyai pendidikan formal, berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia, mempunyai Sijil Perakuan Pengamal Tahunan yang sah, serta bertugas di premis yang berdaftar dengan KKM. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya!


30/07/2026

😁 π’π„ππ˜π”πŒπ€π π‚π„π‘πˆπ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π†πˆπ†πˆ 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 π˜π€ππ† ππ„π‘π’πˆπ‡!😁

Bagi pengguna gigi palsu, penjagaan yang betul amat penting. Tahu tak, jika gigi palsu tidak dijaga dengan bersih, ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan mulut seperti:

❌ Nafas berbau (Halitosis) akibat pembiakan bakteria.
❌ Jangkitan kulat (Denture Stomatitis) yang menyebabkan lelangit dan gusi menjadi merah serta pedih.
❌ Kerosakan gigi asli (jika masih ada) dan penyakit gusi.

Jom amalkan 3 tip mudah ini untuk elakkan masalah di atas. Boleh juga menggunakan ubat rendaman gigi palsu (tablet) sekurang-kurangnya sekali seminggu (atau mengikut arahan produk) untuk membasmi kuman dan menanggalkan kotoran degil dengan lebih berkesan!

Kongsikan tip ini dengan ibu bapa atau datuk dan nenek kita ya!


30/07/2026

🀰🀒 "Sebut pasal gosok gigi dengan minum air kosong je, terus rasa loya dan nak muntah..."

Bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness yang teruk pada waktu pagi, situasi ini memang sangat mencabar. Nak minum air kosong tak lepas, nak dekatkan berus gigi ke mulut pun dah rasa nak muntah semula!

Kenapa ini berlaku? Situasi ini sebenarnya berpunca daripada perubahan hormon ketika mengandung.

Namun begitu, kesihatan pergigian tetap perlu dijaga ya ibu-ibu.

Ikuti langkah penting ini untuk melindungi gigi anda:

πŸ’§ Bilas Mulut: Selepas muntah, segera bilas mulut dengan air bersih atau air garam.

⏳ Jangan Terus Berus Gigi: Tangguhkan sekurang-kurangnya 30 minit. Ini kerana persekitaran rongga mulut masih dalam keadaan berasid yang boleh menghakis permukaan gigi jika terus diberus.

πŸͺ₯ Pilihan Berus & Ubat Gigi Tepat: Gunakan berus gigi yang mempunyai bulu yang lembut serta kepala berus gigi yang sesuai (bersaiz kecil) untuk mengurangkan rasa loya bersama ubat gigi berfluorida.

🍹 Alternatif Air Kosong: Jika air kosong terlalu sukar untuk ditelan, jus buah tanpa gula tambahan boleh dijadikan sebagai menu tambahan buat ibu mengandung.

πŸ₯ Dapatkan Pemeriksaan Pergigian: Jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian dan lawatan susulan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) berdekatan anda.

Jom amalkan tip ini demi kesihatan diri dan kandungan yang tersayang! ❀️



30/07/2026

πŸ₯± "Alah... penatnya hari ni, esok pagilah baru berus gigi."

Jangan buat begini ya! Letih macam mana sekalipun, pastikan anda luangkan masa 2 minit sahaja sebelum tidur untuk memberus gigi.

Jika anda tidur tanpa memberus gigi, anda sebenarnya memberi 'pesta percuma' kepada plak dan bakteria untuk merosakkan gigi dan gusi sepanjang malam! 🦠🦷

Jom amalkan rutin ini setiap hari bagi mengekalkan gigi asli yang sihat sepanjang usia.



30/07/2026

πŸͺ₯ BANYAK MANA UBAT GIGI ANAK ANDA? πŸ€”

Ibu bapa sekalian, rupa-rupanya kuantiti ubat gigi kanak-kanak perlu mengikut umur mereka tahu! Bukan main picit penuh satu berus gigi.πŸ˜‰

Panduan mudah :

Umur bawah 3 tahun: Hanya secalit sahaja (smear layer).
Umur 3 tahun & ke atas: Sebesar kacang p*s.

Jangan lupa, pantau anak-anak ketika mereka memberus gigi. Kadang-kadang rasa manis ubat gigi menjadi tarikan anak-anak untuk menelan dan bermain-main dengannya. Menelan ubat gigi berfluorida secara kerap dan berlebihan boleh menyebabkan fluorosis, iaitu tompok putih pada permukaan gigi. Oleh itu, peka dan pantau kuantiti ubat gigi anak anda ketika hendak memberus gigi.




30/07/2026

"Asalkan putih..."

Tapi kesudahannya terpaksa menanggung kos beribu ringgit nak repair balik dekat klinik pakar. πŸ€¦β€β™‚οΈ

Trend veneer palsu ni makin menjadi-jadi sebab ramai terpedaya dengan iklan "gigi putih ekspres" dekat media sosial. Hakikatnya, veneer palsu yang dibuat dekat hotel atau spa ni cuma guna bahan murah dan tidak selamat yang melekat kekal dekat gigi, silap-silap mendatangkan risiko bahaya kepada kesihatan.

Akibatnya? Sisa makanan tersumbat di celah-celah veneer yang dipasang tidak menepati spesifikasi klinikal, gusi menjadi tidak sihat, nafas berbau, dan gigi asli di dalam boleh rosak terus.

Veneer yang betul sepatutnya nampak natural mengikut saiz dan ketebalan gigi kita, bukannya nampak tebal bertingkat-tingkat macam tu.

Jangan sebab nak jimat atau nak cepat, kita gadaikan kesihatan mulut kita. Ingat, rawatan pergigian secara haram adalah salah di sisi undang-undang dan sangat berbahaya!

Kalau nak senyuman cantik yang selamat, carilah doktor gigi yang bertauliah, bukannya "scammer" pergigian!



Program pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya pengamal pergigian haram telah dijalankan pada 30 Jun 2026 bertempat di...
08/07/2026

Program pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya pengamal pergigian haram telah dijalankan pada 30 Jun 2026 bertempat di Klinik Pergigian Sarikei.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

πŸ“’ Ceramah β€œKesan Pengamal Pergigian Haram”
πŸ‘©β€βš•οΈ Disampaikan oleh Dr Woon Chuei Yee

πŸ“Œ Pameran bunting pengenalan dan kesan pengamal pergigian haram
πŸ“ Dipamerkan di ruang menunggu Klinik Pergigian Sarikei bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai risiko mendapatkan rawatan daripada individu yang tidak bertauliah.

πŸŽ₯ Tayangan video β€œAwas, Pengamal Pergigian Haram”
πŸ“Ί Sebagai usaha pendidikan kepada masyarakat agar sentiasa mendapatkan rawatan daripada doktor gigi yang berdaftar dan bertauliah.

Kesihatan pergigian anda adalah pelaburan untuk masa depan. Jangan gadaikan senyuman anda dengan memilih rawatan yang murah tetapi berisiko.

✨ Pilih yang sah, pilih yang selamat. Lindungi senyuman anda dan keluarga. ✨

healthyteethhealthyyou πŸ¦·πŸ’™

Program Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian telah dijalankan di SMK Sarikei Baru dari 4 Mei hingga 3 Julai 2026.Sera...
08/07/2026

Program Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian telah dijalankan di SMK Sarikei Baru dari 4 Mei hingga 3 Julai 2026.

Seramai 4 orang staf pergigian dari Klinik Pergigian Sarikei telah terlibat sama dalam menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1. Saringan dan pemeriksaan pergigian
[oleh Dr Er Jin Hui dan Dr Hasya Afina, dibantu oleh DSA Moliady dan DSA Kiu Siang Wang]
2. Ceramah kesihatan pergigian
[oleh Dr Er Jin Hui dan Dr Hasya Afina]
3. Latihan memberus gigi πŸͺ₯✨

Diharapkan semua pelajar dapat memperoleh manfaat daripada program ini serta terus mengamalkan tabiat penjagaan kesihatan mulut yang baik demi mengekalkan senyuman yang sihat dan ceria 😁🦷

A. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah dijalankan pada 24 Jun 2026 bertempat di Klinik Kesihatan Nanga Semah....
08/07/2026

A. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah dijalankan pada 24 Jun 2026 bertempat di Klinik Kesihatan Nanga Semah.

Seramai beberapa orang staf pergigian telah terlibat sama untuk menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1. Pemeriksaan dan rawatan pergigian (termasuk cabutan gigi)
[oleh Dr Er Jin Hui, dibantu oleh DSA Hemamuliyanie dan DSA Nicholas]
2. Ceramah kesihatan pergigian di Klinik Kesihatan Nanga Semah.

B. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah dijalankan pada 9 Jun 2026 bertempat di Tabika Perpaduan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1. Ceramah Kesihatan Pergigian [oleh Dr Janet Chai]

Diharapkan semua penduduk, pesakit dan murid-murid dapat memperoleh manfaat daripada program ini serta terus mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik demi mengekalkan senyuman yang sihat dan berkualiti 😁🦷✨

🦷✨

Address

Jalan Hospital Lama
Sarikei
96100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan Pergigian Sarikei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Promosi Kesihatan Pergigian Sarikei:

Shortcuts

Share

Category