13/08/2026
🌙 PODCAST MAGHRIB SEMARAK INFAQ 1448H/2026M 🌙
Alhamdulillah, Program Podcast Maghrib Semarak Infaq Tahun 1448H/2026M telah berjaya dilaksanakan pada 13 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Masjid FELDA Pemanis Dua, Segamat.
Program ini menampilkan perkongsian santai berkaitan infaq, pengimarahan masjid serta peranan masyarakat dalam menyuburkan budaya memberi dan memperkukuhkan kebersamaan dalam institusi masjid.
🎙️ Panel:
As-Syeikh Haji Mohd Azhar bin Samadun
Kadi Daerah Segamat
🎙️ Moderator:
Haji ’Afifi bin Mohamed Derapar
Imam Daerah Segamat
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abd. Manap, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pemanis.
Kehadiran beliau bersama para jemaah dan masyarakat setempat telah menambahkan lagi kemeriahan program serta mencerminkan sokongan terhadap usaha memperkasakan institusi masjid sebagai pusat ilmu, ukhuwah dan kebajikan masyarakat.
Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat, meningkatkan kesedaran mengenai kelebihan berinfaq serta menyemarakkan lagi semangat untuk bersama-sama mengimarahkan masjid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta para jemaah yang hadir menjayakan program ini.
🤲 Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi saham akhirat dan amal jariah yang berpanjangan.
“Infaq Hari Ini, Pahala Berkekalan.”