19/05/2021
Segamat Mei 19 bersamaan 7 Shawal 1442H - Alhamdullilah rel keretapi laluan berkembar telah siap dan tren sudah mula menggunakan laluan baru sejak sebelum Ramadhan lagi. Isu penutupan laluan alternatif bagi Kg. Berata (Parlimen Segamat) dan Kg. Tahang Rimau (Parlimen Sekijang) telah dapat di selesai kan dengan terbinanya terowong atas usaha Ahli Parlimen Segamat Dato Sri Dr. Santhara bagi kemudahan ibubapa yang rata2 nya dari Kg. Berata (Parlimen Segamat) ke Sekolah Dato Wan Idris (Parlimen Sekijang). Tetapi malang nya laluan masuk di terowong tersebut jalan nya berbahaya untuk dilalui dan perlu diperbaiki. Agak mustahil Ahli Parlimen Sekijang Yb Natrah Ismail tidak tahu menahu mengenai perkara ini, kerana jarak terowong tersebut hanya 500 meter dari kediaman agam beliau. . Tetapi apakah tindakan beliau sebagai Wakil Rakyat Parlimen Sekijang dilaksanakan atau beliau sekadar Wakil Rakyat pasu bunga.