Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran

Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran Laman Rasmi FB Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran Ramaraj

ZIARAH KASIH | SUMBANGAN KEWANGAN KESIHATAN Salam daripada YB Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj buat Aunty Fam S...
14/08/2026

ZIARAH KASIH | SUMBANGAN KEWANGAN KESIHATAN

Salam daripada YB Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj buat Aunty Fam Siew Ling.

Hari ini, kami menziarahi Aunty Fam di Jalan Nuri 8, Taman Mewah yang sedang diuji dengan penyakit strok dan kelemahan kaki.

Di saat kesihatan tidak mengizinkan dan langkah semakin terbatas, sedikit sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Semoga Aunty Fam terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.

Kami hadir bukan sekadar memberi, tetapi untuk berkongsi rasa dan memastikan tiada yang menghadapi ujian seorang diri.

SEDIKIT BANTUAN, BESAR HARAPAN BUAT ADIK VISHNUPejabat Parlimen Segamat hari ini menyampaikan sumbangan kewangan kepada ...
13/08/2026

SEDIKIT BANTUAN, BESAR HARAPAN BUAT ADIK VISHNU

Pejabat Parlimen Segamat hari ini menyampaikan sumbangan kewangan kepada adik Vishnu Kumar, 9 tahun, bagi membantu meringankan kos rawatan dan keperluan prosthetic leg beliau.

Sejak lahir, adik Vishnu menghidap spastic diplegic cerebral palsy yang menyebabkan beliau sukar berjalan, sering hilang keseimbangan dan mudah terjatuh.

Namun, semangatnya untuk ke sekolah dan bersama rakan-rakan tidak pernah luntur.

Ibunya p**a terpaksa mengorbankan pendapatan harian demi membawa Vishnu ke Hospital Sultanah Aminah, Johor, sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk rawatan dan fisioterapi.

Kami doakan adik Vishnu terus kuat, tabah dan dipermudahkan setiap langkahnya.

YB Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj, turut kirim salam dan menitipkan doa buat adik Vishnu sekeluarga.

Semoga setiap langkah kecil Vishnu hari ini menjadi langkah besar menuju masa depan yang lebih baik.

🏓 JOM SANTAI PICKLEBALL BERSAMA ANAK MUDA KRT SEGAMAT!Ayuh luangkan masa beriadah dan mengeratkan hubungan komuniti mene...
12/08/2026

🏓 JOM SANTAI PICKLEBALL BERSAMA ANAK MUDA KRT SEGAMAT!

Ayuh luangkan masa beriadah dan mengeratkan hubungan komuniti menerusi aktiviti pickleball dalam suasana santai, sihat dan penuh semangat perpaduan.

📅 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Pickle Buddy Segamat

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/AxvnFGxKesu1zXYF7?g_st=ic

Jumpa anda di gelanggang! Jom bersukan, berkenalan dan bersama-sama memperkukuh komuniti. 💪🏽🏓

UJIAN DI USIA MUDATidak pernah terlintas, di saat baru membina rumah tangga, kesihatan p**a menjadi ujian.En. Murrthi Ga...
12/08/2026

UJIAN DI USIA MUDA

Tidak pernah terlintas, di saat baru membina rumah tangga, kesihatan p**a menjadi ujian.

En. Murrthi Ganesan, masih muda dan baru melalui pembedahan jantung (bypass). Dalam masa yang sama, kos rawatan dan pemeriksaan susulan terus meningkat, sedangkan beliau kehilangan pekerjaan dan sukar mendapatkan pekerjaan baharu kerana keadaan kesihatan.

Cik Venissha Setiausaha Politik Ahli Parlimen Segamat hadir menyampaikan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung.

YB Yuneswaran Ramaraj, Ahli Parlimen Segamat, turut mengirim salam dan menitipkan doa agar En. Murrthi diberikan kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga sedikit sumbangan ini menjadi tanda bahawa dalam menghadapi ujian, masih ada yang peduli.

PEMULIHAN TABUNG HAJI SEMAKIN KUKUHLangkah pembaharuan dan penstrukturan semula Tabung Haji sejak 2018 kini menzahirkan ...
12/08/2026

PEMULIHAN TABUNG HAJI SEMAKIN KUKUH

Langkah pembaharuan dan penstrukturan semula Tabung Haji sejak 2018 kini menzahirkan hasil yang semakin jelas.

- Simpanan pendeposit meningkat
- Agihan keuntungan diperkukuh
- Pengiktirafan antarabangsa terus diraih

Pemulihan ini bukan sekadar tentang angka dan prestasi. Ia adalah usaha memelihara amanah umat, memperkukuh keyakinan pendeposit serta memastikan manfaat Tabung Haji terus memberi nilai kepada masyarakat.

Tabung Haji adalah Amanah Umat, Demi Kemaslahatan Masyarakat.

(JAKIM)

Pejabat Parlimen Segamat amat bersimpati dengan ujian berat yang dilalui Puan Kalaithevi Muthusamy Pillai selepas kehila...
11/08/2026

Pejabat Parlimen Segamat amat bersimpati dengan ujian berat yang dilalui Puan Kalaithevi Muthusamy Pillai selepas kehilangan anak lelaki tersayang dan hilang keupayaan berjalan dalam sebuah kemalangan. Sejak kejadian tiga hingga empat bulan lalu, beliau yang sebelum ini bekerja turut kehilangan punca pendapatan.

Cik Venissha Kennedy, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segamat, telah menziarahi kediaman beliau di Jalan Serikaya 5, Segamat Baru bagi menyampaikan sebuah kerusi roda baharu untuk menggantikan kerusi roda lamanya yang telah uzur dan patah.

Semoga sumbangan ini dapat memudahkan pergerakan serta meringankan sedikit beban harian Puan Kalaithevi. Venissha turut menyampaikan salam, kata-kata kekuatan dan keprihatinan daripada Ahli Parlimen Segamat, YB Yuneswaran Ramaraj.

MENYANTUNI KOMUNITI, MENGHARGAI WARISAN BUDAYAPejabat Parlimen Segamat melalui Saudari Venissha Kennedy, Pegawai Tugas-T...
10/08/2026

MENYANTUNI KOMUNITI, MENGHARGAI WARISAN BUDAYA

Pejabat Parlimen Segamat melalui Saudari Venissha Kennedy, Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) merangkap Setiausaha Politik (SUPOL), telah mewakili YB Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat, ke Majlis Kumbabhishegam anjuran Persatuan Penganut Sri Karumariamman di Kuil Sri Karumariamman, Ladang Gomali.

Kumbabhishegam merupakan upacara penyucian dan pentahbisan semula kuil yang mempunyai nilai keagamaan serta warisan budaya yang penting kepada masyarakat Hindu.

Majlis yang dihadiri kira-kira 400 orang ini turut menjadi ruang untuk bertegur sapa, mendengar pandangan masyarakat serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

Kehadiran ini mencerminkan komitmen berterusan YB Yuneswaran Ramaraj dalam menyantuni masyarakat, menyokong pembangunan komuniti dan memupuk perpaduan melalui sikap saling menghormati kepelbagaian agama serta budaya.

09/08/2026

Kalau sebuah kedai kopi di Segamat boleh menjadi tempat masyarakat pelbagai kaum duduk semeja sejak sebelum Merdeka, janganlah kita pada tahun 2026 membiarkan salah faham satu perkataan memisahkan meja itu.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara
Ahli Parlimen Segamat
Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Pusat

மக்களில் ஒருவன்

YB TURUN PADANG, JKR BERTINDAK ISU JALAN LICIN MULA DIATASIHampir dua bulan lalu, pada 17 Jun 2026, YB Yuneswaran Ramara...
05/08/2026

YB TURUN PADANG, JKR BERTINDAK ISU JALAN LICIN MULA DIATASI

Hampir dua bulan lalu, pada 17 Jun 2026, YB Yuneswaran Ramaraj telah turun meninjau aduan mengenai keadaan jalan berminyak dan licin berhampiran sebuah kilang sawit di sempadan Jementah–Tangkak.

Isu tersebut dipandang serius kerana boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya, terutama ketika hujan dan pada waktu malam.

Hasil tindakan susulan, pihak JKR Daerah Segamat telah mengarahkan pihak pengurusan kilang melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan, antaranya:

✅ Membina lorong pecutan sepanjang 650 meter
✅ Menyelenggara serta memastikan kebersihan jalan
✅ Mengecat semula garisan jalan
✅ Memasang lampu jalan solar
✅ Menambah jalur melintang bagi memperlahankan kenderaan

Segala kos pembinaan, pemasangan dan penyelenggaraan berkaitan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Pejabat Parlimen Segamat akan terus memantau perkembangan perkara ini sehingga tindakan sewajarnya dilaksanakan. Keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.

Aduan rakyat, tindakan bersama.

ZIARAH KASIH BUAT PUAN ROSIMAHDahulu, Puan Rosimah binti Mohamad, 59 tahun, menjadi tempat cucunya berlindung dan bergan...
02/08/2026

ZIARAH KASIH BUAT PUAN ROSIMAH

Dahulu, Puan Rosimah binti Mohamad, 59 tahun, menjadi tempat cucunya berlindung dan bergantung. Setiap hari, beliaulah yang mengurus serta mengambil cucunya p**ang dari sekolah.

Namun, dalam perjalanan menjemput cucunya, beliau ditimpa kemalangan yang mengubah seluruh kehidupannya. Kini, Puan Rosimah terlantar akibat lumpuh separuh badan dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala yang berkemungkinan memerlukan pembedahan.

Tangan yang dahulu menjaga cucunya, kini perlu dijaga. Anak beliau p**a terpaksa mengambil cuti demi menemani dan menguruskan ibunya di kampung.

Pasukan YB Timbalan Menteri, YB Yuneswaran Ramaraj telah menziarahi Puan Rosimah di Kampung Pudu. Sumbangan berupa sebuah kerusi roda, tiga tin besar susu serta lima pek lampin pakai buang telah disampaikan bagi meringankan keperluan hariannya.

Bantuan susulan juga akan diusahakan. Semoga Puan Rosimah diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan.

Dalam setiap ujian, janganlah kita biarkan sesiapa menghadapinya sendirian.

Address

40 & 40A, Jalan BISTARI 1/1, TAMAN YAYASAN BULOH KASAP
Segamat
85010

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Ahli Parlimen Segamat YB Yuneswaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share