Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Segamat

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Segamat Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada penduduk Segamat supaya mencapai tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat.

Dapatkan temujanji anda di aplikasi MySejahtera atau di klinik pergigian yang berdekatan.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H /2026M 🌙 Semoga hari yang mulia ini menjadi wadah untuk kita menghayati perjuangan, menel...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H /2026M 🌙 Semoga hari yang mulia ini menjadi wadah untuk kita menghayati perjuangan, meneladani akhlak mulia serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian 🤲🏻

Ikhlas daripada,
Warga Kerja Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Segamat

PROGRAM WARNA WARNI SENYUMAN SIHAT SEMPENA MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026 ✨Tarikh : 29 Julai 2026 (Selasa)Masa ...
31/07/2026

PROGRAM WARNA WARNI SENYUMAN SIHAT SEMPENA MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026 ✨

Tarikh : 29 Julai 2026 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Lobi Klinik Kesihatan Segamat & Ruang Menunggu Klinik Pergigian Segamat

Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) adalah kempen kesedaran tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan mulut dan gigi. Sehubungan itu, Program Warna Warni Senyuman Sihat telah diadakan bagi memberi pendedahan tentang kesihatan gigi secara lebih santai dan interaktif.

Objektif program ini adalah untuk :
1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti setempat, mengenai kepentingan menjaga kesihatan pergigian dan gusi sejak awal.
2. Memupuk tabiat penjagaan mulut yang betul melalui penyampaian maklumat interaktif dan demonstrasi visual semasa pameran bahan promosi dijalankan.
3. Menyebarluaskan publisiti mengenai perkhidmatan kesihatan pergigian yang sedia ada bersempena dengan sambutan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian tahun 2026.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah:
🖍️ Pertandingan mewarna
🦷 Pameran pergigian
🎲 Pertandingan Bahan Promosi dan Permainan Interaktif

Program diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Pegawai Pergigian Daerah Segamat, Dr Nurul Asniza Binti Abas. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bahan Promosi dan Pertandingan Permainan Interaktif.

Ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung khasnya bagi memastikan kelancaran program. Semoga usaha berterusan ini dapat membudayakan amalan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan mulut adalah asas kepada kesihatan keseluruhan 🪥🦷😁




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! 🕊️Buletin Pergigian Segamat Tahun 2026 Kini Berwajah Baru!Terdapat pelbagai p...
30/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! 🕊️
Buletin Pergigian Segamat Tahun 2026 Kini Berwajah Baru!
Terdapat pelbagai pembaharuan dan sudut menarik di dalam buletin baru kami!

Jemput klik pautan di bawah untuk melihat buletin April-Jun 2026
Selamat membaca!

PROGRAM JOM BERUS GIGI TAHUN 2026 🪥Tarikh : 22 Julai 2026 (Rabu)Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagiTempat : Sekolah dan Klinik...
29/07/2026

PROGRAM JOM BERUS GIGI TAHUN 2026 🪥

Tarikh : 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Sekolah dan Klinik Pergigian di sekitar Segamat

Program ini merupakan satu inisiatif Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rakyat Malaysia beramai-ramai menyertai aktiviti memberus gigi secara serentak seluruh negara. Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian melalui amalan memberus gigi yang betul sebagai langkah pencegahan penyakit pergigian.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Segamat turut menyokong dan menyertai program ini dengan melaksanakan beberapa aktiviti seperti:
🦷 Latihan memberus gigi
🦷 Ceramah kesihatan pergigian
🦷 Tayangan video pendidikan kesihatan pergigian

Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan mengenai teknik memberus gigi yang betul serta membudayakan amalan memberus gigi demi mengekalkan kesihatan mulut yang optimum. Ucapan jutaan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung khasnya bagi memastikan kelancaran program.




JOM BERUS GIGI 🪥Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan gigi yang baik. Jadikan amalan memberus gigi selama 2 minit...
22/07/2026

JOM BERUS GIGI 🪥

Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan gigi yang baik. Jadikan amalan memberus gigi selama 2 minit, 2 kali sehari sebagai rutin harian anda—sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur 🌞🌛

Memberus gigi dengan teknik yang betul membantu menanggalkan plak, mencegah kaviti, menguatkan gigi, melindungi gusi daripada penyakit, serta memastikan nafas kekal segar sepanjang hari 🦷

Hanya 2 minit, 2 kali sehari—langkah mudah untuk senyuman yang sihat, yakin dan berseri sepanjang hayat! 😁✨

Pengarang: Matron Norizan Binti Alwai @ Alwi (KP Segamat)





PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI SK PALONG TIMUR 2 PERINGKAT DAERAH SEGAMAT TAHUN 2026Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)Tempat...
17/07/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI SK PALONG TIMUR 2 PERINGKAT DAERAH SEGAMAT TAHUN 2026

Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
Tempat: SK Palong Timur 2, Segamat
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengahari

Program ini dianjurkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Segamat yang terdiri daripada anggota KP Palong Timur dan Pasukan Promosi Kesihatan Pergigian (GPRO) Segamat. Objektif program ini adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan pergigian yang menyeluruh kepada murid prasekolah, tahap satu dan dua serta ibubapa dan kakitangan sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan:
🦷 Ceramah kesihatan pergigian
🦷 Latihan memberus gigi
🦷 Pameran dan permainan interaktif
🦷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian

Ucapan jutaan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung khasnya bagi memastikan kelancaran program.




PROGRAM TRANSFORMATION WITH ONE SMILE TOGETHER (TW1ST) DAERAH SEGAMAT 2026 DI KOLEJ KOMUNITI BATU ANAMTarikh: 6 & 7 Jula...
15/07/2026

PROGRAM TRANSFORMATION WITH ONE SMILE TOGETHER (TW1ST) DAERAH SEGAMAT 2026 DI KOLEJ KOMUNITI BATU ANAM

Tarikh: 6 & 7 Julai 2026 (Isnin & Selasa)
Tempat: Kolej Komuniti Batu Anam, Segamat
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

TW1ST adalah satu inisiatif kerjasama yang diwujudkan di antara Program Kesihatan Pergigian KKM dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang direka untuk golongan dewasa muda yang menyambung pengajian di Kolej-Kolej Komuniti di seluruh negara. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan status dan kesedaran terhadap kesihatan pergigian pelajar-pelajar di Kolej Komuniti.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan :
🦷 Ceramah kesihatan pergigian oleh Pegawai Pergigian Daerah Segamat, Dr Nurul Asniza Binti Abas
🦷 Senam robik
🦷 Pameran & permainan interaktif
🦷 Pemeriksaan & rawatan pergigian

Program ini turut dihadiri ikon gigi Dr Nur Adibah Binti Zulkifli. Bagi menghargai pelajar yang mempunyai kesihatan pergigian yang cemerlang, Anugerah Gigi Cantik pada tahun ini dihadiahkan kepada Muhammad Faris Fitri Bin Mohd Fadir.

Ucapan jutaan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung khasnya bagi memastikan kelancaran program.




BENGKEL KALIBRASI MMI & GIS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT TAHUN 2026Tarikh   : 30 Jun 2026 - 2 Julai 2026Tempat : Sekolah Men...
08/07/2026

BENGKEL KALIBRASI MMI & GIS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT TAHUN 2026

Tarikh : 30 Jun 2026 - 2 Julai 2026
Tempat : Sekolah Menengah Sains Segamat, Johor

Objektif utama bengkel Kalibrasi Modified MOH ICDAS (MMI) dan Gingival Index for Schoolchildren (GIS) adalah untuk memastikan operator klinikal mempunyai kefahaman dan pentafsiran yang seragam terhadap penggunaan MMI dan GIS.

Pada 30 Jun 2026, Taklimat MMI dan GIS telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKPD Segamat. Taklimat ini disertai 16 orang peserta dan 3 orang penceramah/benchmark yang terdiri daripada anggota kumpulan pelaksana dan sokongan. Kalibrasi kumpulan 1 diadakan pada 1 Julai 2026 manakala kumpulan 2 pada 2 Julai 2026. Setiap sesi kumpulan ini melibatkan 8 peserta dan 15 staf sebagai urusetia. Seramai 32 murid dipilih untuk dijadikan subjek pemeriksaan.

Ucapan jutaan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini secara langsung atau tidak langsung khasnya bagi memastikan kelancaran bengkel. Juga syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.



PROGRAM KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) PERINGKAT DAERAH SEGAMAT 2025Tempat : Kuil Murugan Chaah, SegamatTarikh: 13 Jun ...
06/07/2026

PROGRAM KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) PERINGKAT DAERAH SEGAMAT 2025

Tempat : Kuil Murugan Chaah, Segamat
Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 1 tengahari

Objecktif program ini adalah untuk menyampaikan mesej kesihatan pergigian dan khidmat pemeriksaan terus kepada masyarakat di rumah ibadat serta pusat keagamaan tempatan. Antara aktiviti menarik:
1. Ceramah kesihatan pergigian oleh Pakar Periodontik Daerah Segamat, Dr Ong Zhi Ling
2. Pameran dan permainan interaktif
3. ⁠Pemeriksaan gigi percuma

Program ini turut dihadiri Pegawai Pergigian Daerah Segamat, Dr Nurul Asniza Binti Abas dan Ikon Gigi (iGG) Klinik Pergigian IOI iaitu Puan Kaliamah.

Ucapan jutaan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung khasnya bagi memastikan kelancaran program.



Address

KLINIK PERGIGIAN SEGAMAT
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

07-9323135

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share