Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat

Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat No. 856, Jalan Gudang Ubat, 85000 Segamat, Johor Sila hubungi 07-9311414 untuk maklumat lanjut.

Untuk makluman, dalam tempoh PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) semua urusan di pejabat ini adalah berdasarkan temujanji.

09/04/2026

PEMBAYARAN UPAH

Tempoh upah:
1) Majikan hendaklah menetapkan tempoh upah dalam kontrak perkhidmatan. Tempoh upah yang ditetapkan tidak boleh melebihi satu bulan.
2) Jika kontrak perkhidmatan tidak menyatakan tempoh upah, maka tempoh upah tersebut dianggap sebagai satu bulan.

Pengiraan upah bagi bulan bekerja yang tidak lengkap:
Situasi kerja tidak penuh adalah:
1) Mula bekerja selepas hari pertama dalam bulan tersebut.
2) Berhenti kerja sebelum akhir bulan / penamatan perkhidmatan.
3) Tidak hadir bekerja atau mengambil cuti tanpa gaji.
4) Mengambil cuti di bawah Akta 425, Akta 628 atau undang-undang berkaitan Perkhidmatan Negara.

Masa pembayaran upah:
1) Majikan hendaklah membayar upah pekerja (selepas potongan yang dibenarkan) tidak lewat daripada hari ke-7 selepas berakhirnya tempoh upah.
Contoh: Tempoh upah: 26 Februari – 25 Mac ⟶ Tarikh akhir bayaran: 1 April
2) Upah bagi kerja lebih masa, kerja pada hari rehat atau hari kelepasan am hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir tempoh upah berikutnya.
Contoh: - tempoh upah 26 Februari – 25 Mac ⟶ dibayar tidak lewat daripada 25 April.

Pembayaran atas penamatan biasa kontrak:
Upah pekerja hendaklah dibayar pada hari terakhir kontrak tamat dalam keadaan berikut:
1) Kontrak bertempoh telah tamat; atau
2) Kontrak perkhidmatan ditamatkan dengan notis.





07/04/2026
16/02/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN ANNOUNCEMENT

Laman web rasmi dan Sistem ePPAx akan mengalami masalah gangguan capaian untuk memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan fizikal dijalankan.
The official website and ePPAx system will experience temporary access disruption to facilitate scheduled physical maintenance works.

Tarikh Bermula: 17 Februari 2026 - 9.00 Pagi
Tarikh Selesai: 18 Februari 2026

Start Date: 17 February 2026 - 9.00 a.m
End Date: 18 February 2026

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.
We apologise for any inconvenience caused. Thank you.





OPERASI PENGURUSAN PENGINAPAN PEKERJASegamat | 11 Februari 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor melalui Pejaba...
16/02/2026

OPERASI PENGURUSAN PENGINAPAN PEKERJA

Segamat | 11 Februari 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor melalui Pejabat Tenaga Kerja Segamat telah menjalankan satu operasi bersepadu di beberapa lokasi di sekitar Dearah Segamat yang telah diketuai oleh Puan Siti Khadijah, Penolong Pengarah Pejabat Tenaga Kerja Segamat.

Operasi ini telah melibatkan seramai 9 orang anggota yang terdiri daripada Anggota Pegawai Pejabat Tenaga Kerja Segamat, dan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Jabatan mendapati, masih terdapat majikan yang gagal menyediakan penginapan yang kondusif dan lebih menyedihkan penginapan tersebut disediakan kepada pekerja tempatan juga.

Operasi ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama bersepadu antara agensi yang terlibat.





16/02/2026

MAKLUMAN:

WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER BULAN RAMADHAN 2026 (1447 HIJRAH)

CATATAN:
1) Berkuatkuasa mulai 19 Februari 2026 hingga 20 Mac 2026.

2) Negeri Perlis & Pahang: Waktu Perkhidmatan pada hari Jumaat hanya jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari sahaja.





05.02.2026 – Satu sesi libat urus antara agensi PERKESO dan Pejabat Tenaga Kerja Segamat telah diadakan pada 05.02.2026 ...
05/02/2026

05.02.2026 – Satu sesi libat urus antara agensi PERKESO dan Pejabat Tenaga Kerja Segamat telah diadakan pada 05.02.2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Tenaga Kerja Segamat. Tujuan program dijalankan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama antara PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja serta perancangan kolaborasi antara dua jabatan di bawah KESUMA untuk memastikan pematuhan majikan serta perlindungan kebajikan pekerja di daerah Segamat.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Nor Hidayah Binti Ahmad, Ketua Pejabat Tenaga Kerja Segamat dan telah dihadiri oleh Tuan Isahak Bin Ab Manap, Pengurus PERKESO Segamat serta pegawai-pegawai dari kedua-dua jabatan. Diharapkan kerjasama erat antara dua agensi ini melalui pelbagai program yang telah dirancang bersama dapat menjadi pemangkin kepada pematuhan undang-undang yang dilaksanakan.

MESYUARAT PENYELARASAN AGENSI PEKERJAAN SWASTA BIL 1/2026Segamat | 22 Januari 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri J...
22/01/2026

MESYUARAT PENYELARASAN AGENSI PEKERJAAN SWASTA BIL 1/2026

Segamat | 22 Januari 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor melalui Pejabat Tenaga Kerja Segamat telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan bersama Agensi Pekerjaan Swasta yang bertapak di Daerah Segamat.

Dipengerusikan oleh Ketua Pejabat Tenaga Kerja Segamat Puan Norhidayah binti Ahmad. Mesyuarat ini menfokuskan dalam menambahbaik keberadaan Agensi dan mengemaskini, bertukar pandangan tentang aktiviti perburuhan di sekitar Daerah Segamat.





OPERASI SERENTAK PENGURUSAN PEKERJA JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA KINI BERMULASegamat | 19 Januari 2026 - Ja...
21/01/2026

OPERASI SERENTAK PENGURUSAN PEKERJA JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA KINI BERMULA

Segamat | 19 Januari 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor melalui Pejabat Tenaga Kerja Segamat telah menjalankan satu operasi bersepadu yang dikenali sebagai “Ops Maid” di sekitar Bandar Segamat, Segamat yang telah diketuai oleh Puan Siti Khadijah, Penolong Pengarah Pejabat Tenaga Kerja Segamat.

Operasi ini telah melibatkan seramai 6 orang anggota yang terdiri daripada Anggota Pegawai Pejabat Tenaga Kerja Segamat, dan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jabatan juga mengingatkan kepada semua warga Segamat agar segala pematuhan penggajian dapat dipatuhi dan diberi secara terbaik dan kompetitif dalam menggajikan Pekerja Domestik Asing dan Pekerja di Malaysia amnya.

Operasi ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama bersepadu antara agensi yang terlibat.





10/11/2025

📢 Video Korporat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)📢

🎬 JTKSM dengan bangganya mempersembahkan Video Korporat yang menampilkan peranan, fungsi dan komitmen jabatan dalam melindungi hak serta kebajikan pekerja di Malaysia.

👉 Tonton video penuh di sini: https://jtksm.mohr.gov.my/ms/media/video





HARI KE-3 OPERASI GAJI MINIMUM SERENTAK SELURUH MALAYSIASegamat | 15 Oktober 2025 - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Mal...
15/10/2025

HARI KE-3 OPERASI GAJI MINIMUM SERENTAK SELURUH MALAYSIA

Segamat | 15 Oktober 2025 - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjalankan Operasi Gaji Minimum serentak di seluruh negara telah masuk hari ke-3.

Lokasi kali ini melibatkan beberapa agensi kerajaan Terutamanya di kawasan Hospital Segamat, Johor.

Kawasan ini telah di periksa bagi beberapa Kontraktor Perkhidmatan antaranya Kawalan Keselamatan, Pembersihan, dan Vendor² Jualan.

Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk mengesan majikan yang masih tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 yang dikuatkuasakan jabatan serta meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja terhadap hak dan tanggungjawab masing – masing.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat majikan yang masih lagi tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 dan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Kerja 1955 turut dikesan. Tindakan susulan penguatkuasaan akan diambil ke atas pelanggaran yang telah dilakukan oleh majikan terlibat.

JTKSM menyarankan agar majikan sentiasa patuh kepada undang-undang yang berkuatkuasa agar keharmonian bersama pekerja dapat disemai.




Address

No. 856, Jalan Gudang Ubat
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 04:00
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6079317237

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat:

Share