Pemuda UMNO Segamat

Pemuda UMNO Segamat BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

07/08/2026
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap ker...
29/07/2026

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap kerjasama berkenaan kerana ia perlu melalui pelbagai ujian politik sebelum dapat dibuktikan benar-benar berjaya.

Menurutnya, kerjasama itu bukan sesuatu yang asing memandangkan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah bergabung di bawah Muafakat Nasional serta membentuk kerajaan sebelum membawa haluan masing-masing.

“BN, Pas dan Bersatu pernah bersama membentuk kerajaan suatu ketika dahulu. Kali ini di Negeri Sembilan, sekali lagi terbentuk kesepakatan melibatkan BN, Pas dan Parti Wawasan yang merupakan serpihan Bersatu.

“Saya percaya kepimpinan tertinggi parti mendengar kehendak serta aspirasi pengundi Melayu yang mahu kita kembali bersatu dan tidak lagi berpecah-belah,” katanya ketika ditemui selepas program walkabout di Taman Anggerik, Pajam pada Rabu.

21/07/2026
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEGAMAT 202618 Julai 2026 | VIP Hotel SegamatAlhamdulillah, Mesyuar...
19/07/2026

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEGAMAT 2026

18 Julai 2026 | VIP Hotel Segamat

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segamat 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan, barisan kepimpinan, para perwakilan cawangan serta tetamu yang hadir bagi menjayakan mesyuarat ini.

Semoga segala perbahasan, usul dan keputusan yang dipersetujui menjadi pemangkin kepada pengukuhan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segamat dalam menghadapi cabaran mendatang. Dengan semangat kebersamaan dan tekad yang jitu, kita akan terus bekerja demi agama, bangsa dan tanah air.



MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEGAMAT 202618 Julai 2026 | VIP Hotel Segamat
19/07/2026

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEGAMAT 2026

18 Julai 2026 | VIP Hotel Segamat



Terima Kasih Dato’ Zahari Sarip.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, bakti serta pen...
19/07/2026

Terima Kasih Dato’ Zahari Sarip.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, bakti serta pengorbanan Dato’ Zahari Sarip sepanjang menggalas amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor bagi penggal 2022–2026.

Kepimpinan yang berwibawa, keikhlasan berkhidmat dan komitmen memperjuangkan nasib keluarga tani, penternak, nelayan, warga FELDA, masyarakat luar bandar serta Orang Asli akan terus dikenang dan dihargai.

Jawatan mungkin berganti, namun jasa dan pengorbanan tetap terpahat di hati rakyat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan terus memberkati perjuangan Dato’ demi agama, bangsa, negeri Johor dan rakyat.

Terima kasih Dato’. Jasa dikenang, perjuangan diteruskan. 💙

Jumpa esok !
17/07/2026

Jumpa esok !

TERIMA KASIH PENGUNDI DUN JEMENTAH & DUN BULOH KASAP! 💙Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan...
11/07/2026

TERIMA KASIH PENGUNDI DUN JEMENTAH & DUN BULOH KASAP! 💙

Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Barisan Nasional.

🟦 DUN N01 Buloh Kasap
Zahari Sarip berjaya mempertahankan kemenangan dengan majoriti 8,600 undi.

🟦 DUN N02 Jementah
See Ann Giap mencipta kemenangan dengan majoriti 913 undi.

Lebih bermakna, Barisan Nasional berjaya menawan semula DUN Jementah selepas tewas dalam tiga siri pilihan raya sebelum ini. Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan politik, tetapi satu amanah besar daripada rakyat.

Kepada seluruh warga Jementah, tunggu dan lihat. Kami akan membuktikan bahawa kepercayaan yang diberikan akan dibalas dengan kerja, khidmat dan hasil.

Buat warga Buloh Kasap, insya-Allah YB Zahari Sarip akan terus mengekalkan momentum, turun padang dan berkhidmat tanpa mengenal penat demi kesejahteraan rakyat.

Kemenangan ini adalah kemenangan seluruh rakyat. Terima kasih kepada setiap pengundi, petugas, jentera dan penyokong yang tidak pernah putus asa.

Terima kasih pengundi Barisan Nasional. Amanah ini akan kami pikul sebaiknya. 💙🇲🇾

Address

Segamat
85000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda UMNO Segamat:

Shortcuts

Share