17/11/2025
"Banyak lagi ke poster yang nak gantung bang?"
Soalan ni lah yang saya tanya pada suami pada malam selepas beberapa hari penamaan calon bertanding di parlimen kami. Ahli kami ditugaskan menaikkan poster calon PRU pada ketika itu Khairul Faizi Ahmad Kamil.
"Banyak lagi poster dalam bonet kereta belakang tu", balas suami saya.
Kami ketika itu sedang menggantung poster di sekitar Taman Yayasan. Saya hanya tunggu dalam kereta kerana saya bawa 2 orang anak kecil, seorang belum pun berusia 6 bulan & seorang lagi berumur 4 tahun yang sesekali merengek mungkin kerana suasana dalam kereta yang tak selesa pengudaraannya.
Semasa proses menggantung berjalan, datang sebuah lori membawa muatan poster-poster & kelengkapan dari pihak 'lawan'. Mungkin ada 2 atau 3 orang lelaki dalam lori tu.
"Abang pasang sorang je ke?" sapa lelaki dari lori tersebut .
"Aah, sorang je ni. Kami tak ada bajet la nak upah orang". balas suami saya. Berkeringat lebat juga sebab bukan senang nak pasang poster. Nak gantung, ikat tali, survey tempat yang sesuai, kalau ikatan kurang kemas kena bukak pasang balik. Fuh berpeluh ketiak mat.
Perasaan saya bercampur baur ketika melihat 'scene' tu, mungkin saya terlalu 'setahun jagung' dalam PAS. Kadang-kadang saya mempersoalkan "Do we really need to do this?". Soalan ini kerap 'menghantui' fikiran saya.
Suami saya mempunyai kerjaya yang kerap ke luar kawasan, jadi keletihan tubuh badan membuatkan saya simpati kepadanya. Yela, drive berjam-jam kot lepastu balik nak kena pasang poster la bendera la. Koyak beb. Hmm.
"Tak payah la pasang poster malam ni, rehat", saya mencuba nasib beberapa kali.
"Tapiii nanti kat area sini siapa nak pasang, ahli lain pasang tempat dorang", jawab suami seolah-olah memujuk.
"Hmm, ok lah kalau macam tu", jawab saya. Dialog yang sama ni diulang beberapa kali dalam seminggu tapi rasanya hari-hari kot dalam tempoh berkempen tu. Haha.
Saya pulak ditugaskan kepil poster pada tali rafia. Dengan anak 'baby' nya lagi. Aduh memang mencabar sungguh ya. Poster pulak bukan kaleng-kaleng bilangannya. Menimbun.
Itu peristiwa lebih kurang 7 atau 8 tahun yang lepas. Seiring dengan masa yang berlalu saya semakin faham mengapa saya & suami berada dalam medan ini.
Sekarang pun amilin-amilin PAS bekerja sebagai sukarela TANPA bayaran. Kalau ada yang dok main isu PAS bagi duit poket la, rasuah duit toksahlah percaya sebab kami memang tak ada duit lebih nak buat macam tu.
Bagi kami setakat berkorban sikit-sikit tu apalah sangat nak dibandingkan dengan pejuang merdeka zaman dulu-dulu macam Tok janggut, Mat Kilau & the geng kannn. Rasa sedikit loser kadang-kadang.
Bagi saya menyokong & mendokong pemimpin yang jujur & amanah adalah 1 tuntutan. Apatahlagi visi & misi PAS ingin menjadikan negara & rakyat menegakkan syariat Islam untuk kesejahteraan dunia & akhirat. Kelompongan dalam parti tu tetap ada kerana kami bukan malaikat kami tetap seorang manusia yang semampunya mengelak dari melakukan dosa-dosa besar.
Ya, kami memang 'miskin' duit tapi pemimpin kami 'kaya' dengan sifat integriti InsyaAllah. Kalau tak percaya, cuba lah lantik kami. Hehe.
Sekarang tengah musim PrN Sabah, untuk rakyat Sabah nilailah calon-calon pemimpinmu dengan teliti. Sumber alam kamu kaya & banyak, biarlah ianya diuruskan oleh orang yang bertanggungjawab & jauh daripada amalan rasuah & pecah amanah.
Selamat bekerja kepada semua jentera PN di Sabah & selamat memilih untuk rakyat Sabah.
-Admin A-
*P/S : Kami pun AJK Media juga..