Polis Daerah Segamat

Call Directions Contact the organization

Polis Daerah Segamat Facebook ini merupakan FB rasmi bagi Polis Daerah Segamat. Anda boleh mendapatkan info dan menyalurkan sebarang maklumat dan pertanyaan. Terima kasih.

Halaman Facebook ini merupakan halaman rasmi facebook Polis Daerah Segamat. Kami amat mengalu-alukan anda dan mengharapkan melalui ruang maya ini, kami dapat berinteraksi dengan rakan rakan kami khasnya masyarakat setempat. Anda boleh mendapatkan sebarang info keselamatan daripada pihak kami dan kami juga mengharakan agar masyarakat dapat membantu kami pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat khasnya tentang jenayah, dadah, pendatang asing, masalah remaja, rempit dan lain-lain lagi melalui pesanan dan email kami di alamat email [email protected]. Segala maklumat anda adalah rahsia bagi kami. Jadikan anda sebagai mata dan telinga kepada pihak polis dan kerjasama dari anda amat kami hargai.

UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN GEMILANGYDH P/SUPT Mohd JumazanZahir bin Chek Ismail Ketua Polis Daerah Segamat bersama sel...
04/10/2026

UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN GEMILANG

YDH P/SUPT Mohd JumazanZahir bin Chek Ismail Ketua Polis Daerah Segamat bersama seluruh warga kerja IPD Segamat merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada L/KPL/D Mohd Faizal bin Mat Rashid atas kejayaan membanggakan dalam arena sukan bina badan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau telah berjaya meraih tempat kedua dalam kategori MenSport Physique Up to 170cm pada 58th Asian Bodybuilding & Physique Sports Championships 2026, sebelum meneruskan kecemerlangan dengan dinobatkan sebagai JUARA bagi kategori yang sama dalam MR Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa warga PDRM, khususnya warga kerja IPD Segamat, mampu menyerlah bukan sahaja dalam tugas kepolisan, malah turut mengharumkan nama pasukan melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga kerja IPD Segamat untuk terus berusaha, berdisiplin dan mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniah dan syabas L/KPL/D Mohd Faizal bin Mat Rashid! Teruskan kecemerlangan dan harumkan nama PDRM di persada yang lebih tinggi.





COMMUNITY POLICING BALAI POLIS LABIS – MAJLIS JALINAN KASIH SEKAMPUNG ZON 10 SUNGAI KARAS, LABIS  01 Oktober 2026- Balai...
01/10/2026

COMMUNITY POLICING BALAI POLIS LABIS – MAJLIS JALINAN KASIH SEKAMPUNG ZON 10 SUNGAI KARAS, LABIS

01 Oktober 2026- Balai Polis Labis telah menyertai Majlis Jalinan Kasih Sekampung Zon 10 Sungai Karas, Labis yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Karas, Labis.

Majlis turut dihadiri oleh YB Tan Chong, ADUN Bekok, YB Mohd Azahar bin Ibrahim, ADUN Tenang, En. Tey Ah Lim, Ahli Majlis Zon 10 Sungai Karas, Labis, serta Insp. Ahmad Suffi bin Zailanudin, Ketua Polis Balai Labis bersama tujuh (7) anggota Balai Polis Labis dan kira-kira 200 orang masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku, diikuti bacaan doa serta ucapan daripada wakil Ahli Majlis dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada pelajar SJK(C) Sungai Karas sebelum diteruskan dengan jamuan makan.

Penyertaan Balai Polis Labis dalam program kemasyarakatan seperti ini mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuh hubungan silaturahim, meningkatkan kerjasama serta membina kepercayaan antara polis dan komuniti setempat melalui pendekatan Community Policing.

Program berlangsung dalam suasana harmoni, meriah dan penuh semangat kekitaan serta berjalan lancar dan teratur seperti yang telah dirancang.




MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PERINGKAT IPD SEGAMAT  01 Oktober 2026, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasi...
01/10/2026

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PERINGKAT IPD SEGAMAT

01 Oktober 2026, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bertempat di Surau Al Furqan, Perumahan IPD Segamat.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat, sebelum diakhiri dengan Solat Fardu Isyak.

Program anjuran Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Segamat ini turut disertai oleh YDH P/Supt. Mohd JumazanZahir bin Chek Ismail, Ketua Polis Daerah Segamat, bersama seramai 109 orang warga IPD Segamat yang terdiri daripada 11 Pegawai Kanan Polis, 96 Pegawai Rendah Polis dan 2 Pegawai Awam Polis.

Majlis ini diadakan sebagai wadah untuk memohon keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT buat seluruh warga IPD Segamat, di samping menyemai nilai kesyukuran, memperkukuh ukhuwah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Sesungguhnya, pengimarahan surau bukan sahaja menjadi medan ibadah, malah menjadi platform dalam membentuk sahsiah, mendidik jiwa serta memperkukuh nilai integriti dan moral warga Polis Diraja Malaysia dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat.






SOLAT SUNAT DHUHA DAN QURAN HOUR PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEGAMAT  2026- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segama...
01/10/2026

SOLAT SUNAT DHUHA DAN QURAN HOUR PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEGAMAT

2026- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat telah melaksanakan Solat Sunat Dhuha dan Quran Hour Peringkat IPD Segamat bertempat di Surau Al Furqan, IPD Segamat, pada 1 Oktober 2026.

Program yang berlangsung pada jam 8.00 hingga 8.30 pagi ini turut disertai oleh YDH P/Supt. Mohd JumazanZahir bin Chek Ismail, Ketua Polis Daerah Segamat, bersama seramai 101 orang warga kerja IPD Segamat terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam polis.

Antara pengisian program adalah Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat serta Quran Hour, sebagai salah satu usaha memperkukuhkan penghayatan kerohanian dan membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kalangan warga kerja PDRM.

Solat Sunat Hajat turut dilaksanakan bagi memohon agar seluruh warga kerja IPD Segamat sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesejahteraan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

Program pengimarahan Surau Al Furqan ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kerja IPD Segamat di samping membentuk sahsiah dan jati diri yang lebih baik berlandaskan nilai-nilai Islam.

“Dengan al-Quran, hati ditenangkan, jiwa dikuatkan dan kehidupan dipandu menuju keberkatan.”




LAWATAN DAN PEMERIKSAAN MENGEJUT DI ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT PERKUKUH KESELAMATAN SERTA DISIPLIN PELAJAR​SEGAMAT,...
30/09/2026

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN MENGEJUT DI ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT PERKUKUH KESELAMATAN SERTA DISIPLIN PELAJAR

​SEGAMAT, 30 September 2026 – Dalam usaha berterusan membendung salah laku disiplin dan jenayah dalam kalangan remaja, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) telah mengadakan satu sesi lawatan serta pemeriksaan mengejut ke asrama Kolej Vokasional Segamat, malam tadi.

​Pemeriksaan yang bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Segamat merangkap PPS Kolej Vokasional Segamat, Inspektor Hanaffi bersama enam (6) anggota dari Balai Polis Segamat.

​Kehadiran pihak polis telah disambut baik oleh pihak pengurusan kolej yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Abd Razak Bin Zaiden, Ketua Warden, Ustaz Abd Aziz Bin Abd. Kadir, warden asrama serta anggota kawalan keselamatan kolej.

​Pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan ke atas empat (4) blok asrama lelaki dan satu (1) blok asrama perempuan yang menempatkan seramai 520 orang pelajar. Ketika pemeriksaan dilakukan, sebahagian besar pelajar berada di dewan makan bagi sesi minum malam (supper) dalam keadaan tenang dan teratur.

​Selain rondaan dan pemeriksaan fizikal di blok kediaman, pihak polis turut mengambil ruang untuk mengadakan sesi libat urus (engagement) bersama para pelajar. Antara intipati perkongsian termasuklah:

1. ​Pencegahan Jenayah & Disiplin: Nasihat dan peringatan tegas berhubung pencegahan perlakuan buli, anasir gengsterisme, salah laku disiplin serta kepentingan mematuhi peraturan asrama.

2. ​Kempen Kesedaran Aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol): Penerangan mengenai fungsi aplikasi VSP sebagai medium perantara moden bagi menyalurkan maklumat dan aduan terus kepada pihak PDRM. Inisiatif ini mendapat sambutan amat positif apabila seramai 12 orang pelajar telah berjaya didaftarkan sebagai ahli baharu VSP.

​Hasil keseluruhan pemeriksaan mendapati tahap disiplin penghuni asrama berada pada tahap terbaik di mana tiada sebarang pemilikan barang terlarang atau pelanggaran disiplin dikesan. Suasana persekitaran asrama dan kolej secara keseluruhannya disahkan berada dalam keadaan selamat, terkawal serta kondusif.

​Polis Daerah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warden Kolej Vokasional Segamat atas kerjasama erat yang diberikan. Usaha pemantauan proaktif seperti ini akan terus dipergiat bagi memastikan institusi pendidikan sentiasa bebas daripada sebarang anasir negatif demi masa depan generasi muda.

​"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"
​





KEJOHANAN BADMINTON PIALA KOMANDAN MAKTAB TEKNIK PDRM INTER AGENSI BERKUMPULAN DAERAH MUAR DAN JEMPUTAN 2026.Pada 29 hin...
30/09/2026

KEJOHANAN BADMINTON PIALA KOMANDAN MAKTAB TEKNIK PDRM INTER AGENSI BERKUMPULAN DAERAH MUAR DAN JEMPUTAN 2026.

Pada 29 hingga 30 September 2026 - Bertempat di Dewan Badminton Maktab Teknik PDRM Muar Pasukan badminton IPD Segamat telah menyertai Kejohanan Badminton Piala Komandan Maktab Teknik PDRM Inter Agensi Berkumpulan Daerah Muar dan Jemputan 2026 yang dianjurkan oleh Maktab Teknik PDRM Muar.

Penyertaan IPD Segamat melibatkan seramai 15 orang pemain yang terdiri daripada 4 Pegawai Kanan Polis dan 11 anggota, dengan penyertaan dalam beberapa kategori pertandingan yang dipertandingkan.

Sepanjang kejohanan, pasukan IPD Segamat telah mempamerkan semangat juang, disiplin serta kerjasama berpasukan yang tinggi dan berjaya menamatkan saingan di Tempat Ketiga keseluruhan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan badminton IPD Segamat atas komitmen, semangat kesukanan dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan. Penyertaan ini turut menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta kerjasama antara PDRM dan agensi-agensi yang terlibat.




ZIARAH KEBAJIKAN KEMATIAN AYAHANDA ANGGOTA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEGAMAT  30 SEPTE...
30/09/2026

ZIARAH KEBAJIKAN KEMATIAN AYAHANDA ANGGOTA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEGAMAT

30 SEPTEMBER 2026 - Ziarah kebajikan kematian Allahyarham Ali bin Ahmad, ayahanda kepada Sjn Mohamad Noor bin Ali, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Segamat, bertempat di Surau Rumah Awam 2 dan Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar, Melaka.

Ziarah tersebut diketuai oleh ASP Khairil Anuar bin Muhammad Razdi, KBSJND Segamat, bersama pegawai dan anggota IPD Segamat serta wakil Kebajikan IPK Melaka.

Mewakili YDH Tuan Ketua Polis Daerah Segamat, ASP Khairil Anuar turut menyampaikan sumbangan daripada warga kerja IPD Segamat kepada keluarga waris sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang menghadapi kehilangan insan tersayang.

Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Surau Rumah Awam 2 sebelum selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar, Melaka pada jam 1130hrs.

IPD Segamat sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan warga kerja dan keluarga dalam memupuk semangat kekeluargaan serta kebersamaan dalam warga PDRM.

Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.



PROGRAM GERAK MESRA DAN 3S “SEJAHTERA, SEGAR & SELAMAT”SEGAMAT, 30 September 2026 – Balai Polis Batu Anam telah bersama-...
30/09/2026

PROGRAM GERAK MESRA DAN 3S “SEJAHTERA, SEGAR & SELAMAT”

SEGAMAT, 30 September 2026 – Balai Polis Batu Anam telah bersama-sama menjayakan Program Gerak Mesra dan 3S “Sejahtera, Segar & Selamat” bertempat di Surau Awam Rumah Rakyat, Batu Anam, yang menghimpunkan kira-kira 120 orang terdiri daripada pemimpin setempat, agensi kerajaan, penghulu, ketua kampung serta komuniti setempat.

Program turut dihadiri Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, Ungku Mohamed Alif bin Ungku Farouk, Setiausaha Majlis Perbandaran Segamat, Dr. Aananthi A/P Maran selaku wakil Pejabat Kesihatan Segamat, wakil ketua jabatan dan agensi, Ahli Majlis Perbandaran Segamat serta SM Mohd Hamil bin Abd Rahman, Ketua Polis Balai Batu Anam bersama anggota.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta, nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku serta bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi program, diikuti ucapan dan perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat.

Antara pengisian utama program ialah taklimat pencegahan dan kawalan Aedes oleh Pejabat Kesihatan Segamat yang memberikan penerangan berkaitan kepentingan membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes serta mengenali tanda-tanda demam denggi.

Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan gotong-royong membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan awam Batu Anam melalui aktiviti flogging dan biswalk. Program turut disusuli dengan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti setempat.

Program ini menjadi platform dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat setempat, selain memupuk semangat kebersamaan dalam menjaga kebersihan serta kesihatan persekitaran. Penglibatan komuniti secara langsung turut mencerminkan kepentingan kerjasama bersepadu dalam usaha mencegah penularan demam denggi.

Secara keseluruhannya, Program Gerak Mesra dan 3S “Sejahtera, Segar & Selamat” telah berlangsung dengan baik, lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.










FITIK MINGGUAN IPD SEGAMATSEGAMAT, 30 September 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat telah melaksanakan Program...
30/09/2026

FITIK MINGGUAN IPD SEGAMAT

SEGAMAT, 30 September 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat telah melaksanakan Program Fitik Mingguan IPD Segamat sebagai usaha berterusan dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keceriaan persekitaran tempat kerja sentiasa berada pada tahap yang baik.

Program yang berlangsung pagi ini melibatkan seramai 53 orang warga PDRM, terdiri daripada 3 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 50 Pegawai Rendah Polis (PRP), dengan pemantauan oleh Insp Sofia Anis Anisha binti Mohd Nazri, Cawangan Khas.

Pelaksanaan program dimulakan dengan pengambilan tempat oleh PKP dan PRP di pekarangan IPD Segamat sebelum pembahagian tugas dilaksanakan. Tumpuan diberikan kepada kerja-kerja pembersihan di kawasan sekitar jalan angkat serta kawasan dalam IPD Segamat bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan selesa.

Program Fitik Mingguan turut dilaksanakan secara serentak di Balai Polis Segamat, Balai Polis Labis, Balai Polis Jementah, Balai Polis Buloh Kasap, Balai Polis Batu Anam, Balai Polis Chaah, Balai Polis Bekok dan Balai Polis Tenang.

Program kemudiannya diakhiri dengan sesi panggil nama bagi memastikan kehadiran warga yang terlibat sebelum arahan bersurai diberikan oleh Pegawai Baris.

Pelaksanaan Fitik Mingguan secara berkala ini merupakan salah satu usaha IPD Segamat dalam mengekalkan tahap kebersihan dan keceriaan kawasan kerja, di samping memastikan amalan tersebut dilaksanakan secara berterusan selaras dengan arahan pucuk pimpinan PDRM.

Secara keseluruhannya, Program Fitik Mingguan IPD Segamat telah dilaksanakan dengan lancar dan teratur serta mencapai matlamat yang ditetapkan.









𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐈𝐅𝐋𝐄 𝐌𝟏𝟔 𝐀𝟏 𝐊𝐎𝐑 𝐊𝐀𝐃𝐄𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔SEGAMAT, 29 September 2026 – Ibu Peja...
29/09/2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐈𝐅𝐋𝐄 𝐌𝟏𝟔 𝐀𝟏 𝐊𝐎𝐑 𝐊𝐀𝐃𝐄𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

SEGAMAT, 29 September 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah melaksanakan Latihan Menembak Senjata Api R***e M16 A1 Kor Kadet Polis Daerah Segamat Tahun 2026 bertempat di Lapang Sasar Batu Anam.

Latihan melibatkan seramai 244 orang peserta, terdiri daripada ASP Mohamad Fauzi bin Basri, KBPJKKD Segamat, Insp Fuzi bin Rakam, P/KBKDNKA, 18 PRP, 50 guru pengiring serta 176 orang ahli Kor Kadet Polis daripada 20 buah sekolah menengah di seluruh Daerah Segamat.

Sebelum latihan dimulakan, semua peserta diberikan taklimat keselamatan meliputi aspek keselamatan di lapang sasar, disiplin, kepatuhan kepada arahan serta tatacara yang perlu dipatuhi sepanjang latihan. Penerangan berkaitan pengenalan, pengendalian dan penggunaan R***e M16 A1 turut diberikan oleh jurulatih yang dilantik.

Latihan menembak kemudiannya dilaksanakan secara terkawal mengikut giliran dan prosedur keselamatan yang ditetapkan di bawah pemantauan pegawai serta jurulatih bertugas. Aspek keselamatan, disiplin, kekemasan, ketenangan dan kepatuhan terhadap arahan sentiasa diberikan penekanan sepanjang latihan berlangsung.

Selain memberikan pendedahan dan pengalaman kepada ahli Kor Kadet Polis, penilaian markah tembakan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti peserta yang memperoleh pencapaian terbaik. ASP Mohamad Fauzi bin Basri, KBPJKKD Segamat turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pelajar yang memperoleh markah tembak tertinggi sebagai penghargaan serta galakan untuk terus meningkatkan prestasi dan keyakinan diri.

Program kemudiannya diakhiri dengan Upacara Lafaz Ikrar Lapang Sasar oleh semua peserta sebagai tanda komitmen terhadap aspek keselamatan, disiplin serta pematuhan kepada segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, latihan telah dilaksanakan dengan lancar, teratur dan selamat hasil kerjasama erat antara pihak PDRM, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, guru pengiring, pihak sekolah serta ahli Kor Kadet Polis. Program ini turut menjadi medium dalam memupuk semangat kerjasama, persaingan sihat, jati diri dan semangat berpasukan dalam kalangan generasi muda.







***eM16A1


Address

Segamat

Telephone

+6079312222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Segamat:

Shortcuts

Share