FELDA Wilayah Segamat - RASMI

FELDA Wilayah Segamat - RASMI FELDA Wilayah Segamat

PROGRAM LATIHAN ANTARABANGSA AARDO 2026 DI FELDA TUN GHAFAR HUTAN PERCHA
12/08/2026

PROGRAM LATIHAN ANTARABANGSA AARDO 2026 DI FELDA TUN GHAFAR HUTAN PERCHA

Tahniah kepada Felda Tenang Labis, Segamat Johor dan Komuniti Hutan Percha atas kejayaan mewakili Warga komuniti FELDA k...
16/07/2026

Tahniah kepada Felda Tenang Labis, Segamat Johor dan Komuniti Hutan Percha atas kejayaan mewakili Warga komuniti FELDA ke ASEAN Tourism Standards Awards 2027 - 2029.

Semoga Kejayaan Milik Kalian.

7 Inisiatif Utama 70 Tahun FELDA:Komitmen Kerajaan Memperkasa Warga Peneroka yang Diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Mal...
15/07/2026

7 Inisiatif Utama 70 Tahun FELDA:

Komitmen Kerajaan Memperkasa Warga Peneroka yang Diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7 Julai 2026 Bersempena Sambutan Hari Peneroka FELDA



15/07/2026

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir atas pelantikan sebagai Pengerusi FELDA.

Semoga kepimpinan beliau menjadi pemangkin kepada kesinambungan legasi, memperkukuh transformasi dan membawa FELDA terus maju demi kesejahteraan warga peneroka.


15/07/2026

KENYATAAN MEDIA: PELANTIKAN PENGERUSI FELDA BAHARU

14/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui FELDA sebagai Pengerusi.

Segala sumbangan, komitmen dan pandangan strategik yang diberikan menjadi sebahagian daripada legasi penting dalam memperkukuh FELDA serta membawa aspirasi warga peneroka ke arah masa hadapan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna. Semoga terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kejayaan dalam setiap langkah mendatang.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga, Pengurusan Tertinggi, Kumpulan dan seluruh Warga FELDA.


Daripada Pengurusan FELDA Wilayah SegamatSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaHjh Milah Binti Yoot, FELDA Chemplak, W...
07/07/2026

Daripada Pengurusan FELDA Wilayah Segamat

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

Hjh Milah Binti Yoot, FELDA Chemplak, Wilayah Segamat
Dianugerahkan sebagai Tokoh Penerokawati Sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA Tahun 2026*

Penganugerahan ini adalah pengiktirafan atas jasa, pengorbanan, dan dedikasi yang tidak ternilai sebagai penerokawati yang menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti FELDA.

Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti, memartabatkan peranan wanita di dalam rancangan FELDA dan menjadi contoh teladan buat generasi FELDA akan datang.

Selamat maju jaya dan terus cemerlang, Puan Hjh Milah!
FELDA Wilayah Segamat berbangga dengan pencapaian anda

Kebanggaan buat seluruh warga FELDA Wilayah Segamat




07/07/2026

Tujuh dekad berlalu, namun semangat peneroka tetap menjadi nadi yang menghidupkan legasi FELDA. Di sebalik setiap kejayaan hari ini, tersimpan kisah pengorbanan, kesabaran dan doa yang tidak pernah putus. Mereka membuka tanah, membina kehidupan dan meletakkan asas masa depan demi generasi yang akan datang. Ada yang masih bersama meneruskan perjuangan, dan ada yang telah kembali ke rahmatullah, meninggalkan jasa yang tidak ternilai.

Sempena Sambutan Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA, marilah kita menzahirkan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh warga peneroka. Semoga Allah SWT merahmati setiap pengorbanan mereka dan terus memberkati legasi FELDA untuk diwarisi sepanjang zaman.




Ucapan TahniahSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepadaFELDA Tun Ghafar Hutan PerchaWilayah SegamatAtas pencap...
06/07/2026

Ucapan Tahniah

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada

FELDA Tun Ghafar Hutan Percha
Wilayah Segamat

Atas pencapaian membanggakan di Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) Peringkat Kebangsaan 2025 👏

🏆 Naib Johan Anugerah Utama ADM 2025
🏆 Anugerah Khas Pengurusan - Pengurusan Sistematik

Kejayaan berganda ini mencerminkan komitmen, disiplin dan kecekapan sistem pengurusan komuniti FELDA Tun Ghafar Hutan Percha dalam membangunkan desa yang tersusun, progresif dan berdaya saing selaras dengan Aspirasi Desa Madani.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menjadi contoh terbaik buat semua Rancangan FELDA di seluruh negara.

Tahniah sekali lagi buat seluruh warga FELDA Tun Ghafar Hutan Percha! Pengurusan Wilayah Segamat berbangga dengan pencapaian anda.

Komuniti Hutan Percha
FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

*



Address

KM 5, Jalan GENUANG
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079432410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Wilayah Segamat - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share